Hmm, well sebenarnya aku baru balik dari Mid td. Perghhh! 1st day kuliah tterus kuar tu! No laa, sambut birthday kawan; birthday girl laa katakan dan aku kuar pun sebenarnya sebab nak beli barang keperluan. Again KEPERLUAN! Heheh.. ok straight to the main point!
Well, rasanya masih belum terlambat aku rasa untuk wish hepi new year kat korang (sape-sape yang baca laa..maceh!) Heheh, so amacam azam korang?? dah senaraikan ke??? Heheh. Well ak xde laa berazam sangat sebab ak rasa bukannya setiap awal taun je kita nak kena berazam kalau boleh biar laa hari-hari kita berazam supaya hari esok lebih baik dari hari ini dan hari yang akan datang lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya, tak gitu? Tapi ada dua benda yang aku nak dapatkan dalam tahun ni iaitu: 1) mesti dapatkan jugak lesen! MESTI (full stop) dan 2) kalau boleh aku nak naikkan pointer aku tapi ni sebenarnya bukan tuk sem ni jela termasuk laa sem-sem yang akan datang! Amin! Semoga dipermudahkan. Tapi itu laa klu boleh bila dah azam tu mesti laa bersungguh-sungguh tuk capaikan apa yang korang dah azamkan tu, jangan plak just hangat-hangat taik ayam! Kalau macam tu baik tak payah buat azam. Ni dah laa buat azam lepas tu duk kecoh-kecoh plak dok bagitau orang lain kecoh sekampung kau! lepas tu bila dah akhir tahun azam hanya tinggal angan-angan. Huu~ Ntah ntah azam yang taun lepas pun tak tercapai lagi or even 10 or 20 yang lepas pun tak tercapai (eh,ada ke orang cmacam tu??) dah sibuk dok buat azam baru,haila~ (ni bukan halia ok?? sila baca betol-betol)
Ok,dah abis aku cite sal azam so sekarang ak nak cerita plak secara ringkas apa yang dah berlaku, terjadi dan hadapi oleh aku sepanjang tahun lepas. Uhuu~~
1) Bermula dengan sem dua sebenarnya aku dah tak ingat sangat tapi aku cuba nak ingat-ingat balik nih.. Hurmm, ok, secara keseluruhannya ok laa masa sem dua tapi ada 1 yang best iaitu aku ambik koko main basket ball! Huwalah! kenapa basket ball yang aku pilih??? Sebabnya basket ball adalah salah satu impian aku. Yup, aku teringin sangat nak main basket ball kenapa tah aku pun tak tau! Boleh tak camtu?? Hahah, dan ada lagi 1 impian aku adalah tuk blaja main piano. Huu~ tah bila laa dapat agaknya?? Hmm, sebenarnya ada lagi impian aku tapi cukup laa buat masa sekarang aku kongsikan dua nanti bila-bila aku crite lagi. Okeh?!
2) Sem tiga! Hah, sem ni memang banyak dugaan sikit. Dari segi apa? Lebih kepada emosi sebenarnya. Sem tiga ni laa memang banyak sangat aku mengalirkan air mata. Ntah kenapa kalau bab-bab persahabatan ni air mata aku begitu murah tuk keluar. Yup, aku hampir-hampir kehilangan kawan,tak bukan kawan maybe boleh di kategorikan sebagai sahabat. Sebab apa?? Biarlah rahsia! Hahahah. Dan masa sem ni jugak aku start renggang dari 'geng' aku yang sebelum ni masa sem dua aku boleh dikatakan agak rapat dengan dorang. Puncanya? Tah aku pun tak berapa pasti sebenarnya. Hurmm~ tak pela, ada hikmahnya tu! Think +ve!
3) Dan masa sem tiga ni jugak laa aku pindah bilik, bukan setakat bilik tapi blok skali nasib baik laa tak pindah kolej! Hahah. Bukan sebab aku ada gaduh dengan roomate aku yang dulu tapi tahlaa maybe sebab aku rasa takde keserasian, heh gitu plak?? Tapi tu laa masa aku nak hantar surat mintak pindah bilik tu pun aku dah pikir bayak kali. Camne dengan dia nanti? Boleh ke dia sesuaikan dengan roomate dia yang baru nanti? Dan banyak lagi laa sebenarnya. Tapi aku punya perasaan serba salah makin meninggi bila aku dapat tau yang ayah dia meninggal masa cuti sem dua. Innalillah (al-fatihah). Bila dah masuk sem tiga aku ingat dia tak leh trima ke apa ke, tapi tup-tup kitorang ok je. Still bleh borak-borak, mula-mula pun dia yang tegur aku dulu so aku agak terkejut pada mulanya tapi lepas tu aku rasa okay je! Hee~ XD
Hmm, sampai kat sini jela kot aku habiskan cerita. Penat laa duk jalan2 pusing mid tadi jalan-jalan dan menbeli barang keperluan bukan KEHENDAK! Heheh, saja je nak caps lock kan perkataan tu nak bagitau yang aku ni bukan dok shopping sakan,okeh?! Okay laa, sampai sini je aku nak menggundurkan diri dah. Adios! Salam.
No comments:
Post a Comment