Monday, June 27, 2011

Tak Nak Menyusahkan Tapi...


Tak nak menyusahkan tapi perlukan pertolongan..
Adakah ini dinamakan ego?
Aku bukan jenis yang suka menyusahkan orang dan mintak pertolongan dari orang tapi itulah hakikatnya kadangkala aku perlukan pertolongan dari orang lain dan perlu juga menyusahkan orang sebabnya nobody is perfect. Yup, i'm not perfect n also i'm weak sometimes. Kalau boleh memang aku nak berdikari sendiri, tak bergantung pada orang lain tapi kadangkala tanpa aku sedari aku jugak telah menyusahkan orang lain tanpa aku sedari.

Dulu aku penah kena tinggal dengan train untuk pegi ke Penang sebab lambat. Masa tu aku tengah belajar kat matrik lagi. Dan pada malam tu jugak abang aku kena anta aku ke Penang sebab ayah aku dah marah-marah. Masa tu aku sangat kesian kat abang aku sebab kena marah dengan ayah aku walaupun aku tahu bukan salah dia nak anta aku lambat ke stesen KTM. Dia singgah kat umah kawan dia sebab nak bagi aku makan dulu sebelum naik KTM yela perjalanan jauh kan. Tapi masa tu kitorang lambat dan bila sampai ke stesen KTM, train baru je berlepas. Ada seorang pegawai yang jaga kat situ cakap maybe kitorang boleh kejar lagi train tu, sebelum stesen seterusnya iaitu kat Tanjung Malim. Dan dari masa tu jugak dari stesen Rawang kitorang pegi ke stesen Tanjung Malim, malangnya bila sampai kat sana train pun dah lepas jugak. Kalau ikutkan back up plan tuk naik train hari ahad malam dan akan sampai hari isnin pagi tapi ayah aku dah bantah sebab nanti kena ponteng kelas pagi isnin tu dan bila sampai ke sana takde kenderaan yang boleh anta aku ke sana. Nak naik teksi memang mak aku tak bagi langsung sebab risau akan keselamatan dan terpaksa laa pada masa tu abang aku kena anta aku jugak ke matrik. Dan masa tu jugak abang aku 'merajuk' dengan parents aku sebab kena marah lambat anta aku ke KTM. Kalau boleh aku taknak benda tu berlaku dan kadang tu aku rasa tu semua adalah salah aku sendiri. Mungkin ini aku boleh katakan pengorbanan dan tanggungjawab seorang abang kepada adiknya. Well~ i'm so touched with it.

Dan baru-baru ni aku juga telah menyusahkan abang aku kerana dia kena anta aku balik ke rumah dari uni aku. Pada mulanya abang aku hanya perlu anta aku ke stesen bas akan tetapi pada hari tu dia kerja dan perlu tunggu dia balik dari kerja tapi masalahnya bas terakhir untuk aku balik ke rumah adalah pada pukul 8.00 dan kalau ikutkan memang tak sempat tuk hantar aku ke stesen bas tambah-tambah lagi masa puncak orang balik kerja. Dan dalam perjalanan untuk ke stesen bas memang jalan tengah sesak, masa tu mak aku dah bimbang sebab mesti tak sempat nak naik bas dan mungkin aku kena postpone untuk balik ke rumah. Pada masa tu aku tak tahu pulak abang aku dia nak anta terus ke rumah, padahal pada keesokkan paginya dia perlu kerja.Bayangkan dari KL-pahang dan perlu ke KL semula untuk pergi kerja, pada esoknya sebelum subuh dia dah kena bertolak tuk pergi kerja. Dah laa lepas abis kerja terus ambik aku dan balik ke sana semula terus masuk kerja semula. Kesian dan rasa bersalah yang amat. Well~ itu yang aku rasa, aku tak tahu laa korang orang lain kata benda tu takde pape pun.

Aku: Aku rasa bersalah dan kesian kat abang aku.
Kawan: Takpe laa, dah tu memang tanggungjawab abang ko pun.
Aku: Hmm~~~

Friday, June 24, 2011

Going Back Home Again! ^^

Salam,

Apa khabar semua? semoga sihat sejahtera hendaknya (eh, macam nak tulis surat plak aku rasa). Ok, selepas 3 minggu aku bertungkus lumus menyiapkan perancangan untuk program sem depan akhirnya masa yang di tunggu-tunggu telah tiba. Masa untuk kembali pulang ke rumah! Selepas 3 minggu berhempas pulas menyiapkan modul zon bebas polisterin dan beg plastik, pelbagai cabaran dan dugaan telah aku tempuhi. Sakit kepala, sakit otak, sakit hati macam-macam laa aku sakit dalam tempoh nak siapkan modul ni. Anyway, thanks a lot to my friends that give me a chance to involve in this program. Sesungguhnya telah banyak aku pelajari sepanjang program ni, terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu, memberi semangat dan kekuatan untuk menyiapkan modul hingga ke hari terakhir ni. Dan yang paling utama adalah aku ingin memohon kemaafan andai aku ada menyakiti hati kalian. Maaf, aku hanya manusia biasa yang punya kelemahan dan sering melakukan kesilapan. Semoga selepas ini kita boleh berkerjasama lagi di masa akan datang. =)


Sekian, wassalam.

Monday, June 20, 2011

Quick post: Lonely a.k.a kesunyian

ntah kenapa aku tetiba je rasa yang aku kesunyian.
aku rasa macam aku dah takde kawan je.
mana perginya kawan-kawanku yang dulu?
aku benci bila perasaan ni datang dengan tiba-tiba tanpa aku pinta.
kenapa aku rasa seperti kehilangan kawan yang selalu bersama aku dahulu?
mana mereka? kesibukkan telah meragut segalanya.
ya, aku patut paham akan situasi ini.
bukan mereka sahaja, bahkan aku juga begitu.
mungkin bukan mereka yang melupakan aku
barangkali aku yang telah melupakan mereka atas kesibukkan kerja yang perlu aku ciapkan.
hurrrm, semoga aku tabah menghadapinya
dan semoga aku menjadi insan yang tidak terlalu bergantung dan mengharapkan orang lain supaya sentiasa berada disisiku setiap masa, setiap saat.
belajar untuk hidup bersendirian dan tidak terlalu bergantung harap pada orang lain.

Wednesday, June 8, 2011

Penggunaan Bekas Polisteren dan Plastik Penyebab Kanser

video
Jika Bumi Bisa Bicara

Sedarkah kita bahawa setiap bekas makanan yang kita gunakan untuk membungkus makanan yang kita beli atau yang kita sediakan turut mempunyai kesan buruk terhadap diri kita bukan sahaja kepada alam sekitar. Mungkin sebelum ini kita hanya memandang enteng terhadap perkara seperti ini akan tetapi tibalah masanya untuk kita membuka mata dan pandanglah di sekeliling mu, apakah yang kamu nampak? Pasti akan ada sampah bukan? Walaupun hanya sekadar pembungkus gula-gula, botol air minuman, beg-beg plastik akan tetapi tetap memberi kesan terhadap diri kita dan alam sekitar.

Setiap bekas makanan mempunyai jenis-jenisnya yang tersendiri. Anda boleh lihat label di bawah bekas makanan anda. Saya tahu masih ramai yang tidak mengetahui maksud simbol-simbol yang tertera di bawah bekas makanan anda. Di sini saya sertakan sedikit penerangan berkaitan simbol-simbol yang tertera beserta jenis dan kesan-kesan bahan tersebut.

Jenis-jenis plastik


1. PETE (polyethylene terephthalate)
Keadaannya yang jernih dan boleh dilihat isi kandungannya ,selalunya digunakan untuk botol plastik seperti botol air mineral atau botol air gas. Bahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja,kadang-kadang di rumah, kita akan menggunakan semula botol tersebut dengan menambahkan air suam kedalamnya,ini boleh memberi kesan jangka panjang seperti kanser.

2. HDPE (high density polyethylene)
Selalunya digunakan pada botol susu yang berwarna putih susu. Apabila kita hendak beli botol susu digalakkan lihat dahulu kualiti dan jenis botol susu itu, kalau boleh yang disahkan keselamatan penggunaannya.

3. V atau PVC (polyvinyl chloride)
Digunakan pada plastik pembungkus dan botol-botol ,ia akan menyerap pada makanan jika dipanaskan. PVC berpotensi mengakibatkan kesan bahaya pada ginjal dan hati.

4. LDPE (low density polyethylene)
Biasanya digunakan untuk tempat makanan dan botol-botol yang lembek. Barang dengan kod 4 tidak dapat di hancurkan tetapi baik untuk tempat menyimpan makanan.

5. PP (polypropylene)
Adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk meletak atau menyimpan bahan makanan dan minuman .biasanya boleh didapati pada botol transparen yang tidak jernih .Kita digalakkan mencari simbol seperti ini apabila membeli barangan buatan plastik.

6. PS (polystyrene)
Kebanyakkannya digunakan sebagai bahan membungkus makanan, Bahan Polystyrene boleh memresapkan styrine ke dalam makanan. Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem saraf.

7. Other (biasanya polycarbonate)
Polycarbonate boleh mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosak sistem hormon. Kita digalakan menghindari bahan plastik Polycarbonate.



Dan untuk lebih baik lagi, sila guna bekas yang mempunyai simbol BPA FREE. Ini adalah yang terbaik daripada semua jenis bekas makanan. Walaupun harganya sedikit mahal tapi bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati? So, fikir-fikirkan demi kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan alam sekitar. Dan jika anda lihat serta baca di sini , di sini dan juga di sini anda dapat mengetahui serba sedikit keburukan dan kesan-kesan penggunaan polisteren dan beberapa cara pencegahan yang boleh anda lakukan.

Bagi mengatasi masalah ini terdapat juga agensi-agensi yang bergiat aktif melancarkan program bagi memastikan kehijauan bumi ini terus terpelihara. Antaranya anda boleh lihat di website ini cleaner greener penang bahkan ada juga sekolah yang membuat program seperti itu contohnya seperti sekolah Han Chiang High School dimana mereka mempromosikan kehijauan kekal terpelihara. Bahkan program seperti ini patut di contohi di negeri-negeri lain, di sekolah-sekolah, serta IPTA dan IPTS yang lain. Di harap masyarakat luar menyedari akan kepentingan menjaga alam sekitar agar ia tetap indah dan terpelihara.


Tuesday, June 7, 2011

Let's Go Green



Please save our earth! Dimanakah tanggungjawab kita sebagai manusia untuk menjaga alam sekitar dan bumi yang satu-satunya planet tempat untuk kita tinggal selama ini. Kita bukan mewarisi bumi ini dari nenek moyang kita tapi untuk diwarisi oleh anak cucu kita di masa akan datang, jadi sama-samalah kita memelihara bumi. Hentikan kerosakan dan kemusnahan yang kita telah lakukan tanpa kita sedari selama ini. Ini adalah masanya untuk kita berubah!!! Bangunlah wahai saudara-saudaraku, sedarlah bumi kita tengah menangis atas kerosakan dan kemusnahan yang kita telah lakukan selama ini. Bangkit dan sedarlah!