Tuesday, December 21, 2010

Kain batik


Kain batik.. Apa yang peliknya??? Uhuu~~ tetiba ak terasa nak bercerita sal kain batik plak. Hmm, aku sebenarnya agak pelik bin ajaib skit bila orang pandang aku pelik time tengok aku pakai kain batik especially di kalangan kawan2 aku. Pelik sangat ke??? Ape aku tak leh ke nak pakai kain batik??? Biasanya bila aku pakai kain batik masa kat hostel dan ada kawan aku yang nampak mesti dorang cakap "wahhhh!!!" sambil buat muka teruja tengok aku, kalau tak pun "fewwitt! nak ngorat bleh?" nasib baik kawan aku, pompuan plak tu! Aishhh! Dan ada jugak yang tanya "ko pandai pakai kain batik??". Wuuu~ ye aku pandai pakai kain batik. Mungkin sebab sekarang ni dah tak ramai anak2 muda especially nya anak dara yang pandai pakai kain batik sebab tulah dorang pandang pelik dan kagum bila nampak aku pakai kain batik. Sebab mostly yang buat muka teruja bila nampak aku atau orang lain pakai kain batik ni biasanya dorang tak ni tau camne nak pakai, dan lepas tu akan timbul lah soklan seterusnya yang berbunyi "ko kat umah pun pakai kain batik ke??". Ohoo~~ soklan dia.. Hmm, kalau kat umah aku tak pakai camne aku bleh pakai kat hostel plak??? Ok, sebenarnya aku tak penah belajar pun camne nak pakai kain batik ni, even mak aku pun tak penah ajar aku camne nak pakai kain batik. Persoalannya, camne aku bleh tau cara nak pakai kain batik?. Jawapannya mudah je sebab aku dulu teringin sangat nak pakai kain batik bila tengok orang dewasa atau orang tua2 pakai kain batik. Aku tau pakai kain batik pun secara tak sengaja, belajar pakai sendiri dengan tengok camne mak aku pakai kain batik. Senang je kOt! Tapi maybe ada yang akan cakap leceh sebab akan mudah terbukak atau selalu nak kena betulkan tapi kalau pandai dan kena caranya takkan mudah terbukak laa apatah lagi nak tercabut. Sebab apa aku cakap camtu? Sebabnya mak aku penah nak tarik kain aku, konon2nya nak kenakan aku tapi kira nasib baik masa tu aku pakai kain batik dengan lipat kemas skit so bila mak aku dok tarik2 tak tercabut pon! Ahahah, then mak aku tanya "ikat mati ke? tarik tak cabut pun?" aku pun jawab "heheh, tak leh tarik" sambil tersenyum2. Hee~~ =) Tapi kira ok apa tau pakai kain batik sebab penah sekali aku tumpang bermalam kat umah kawan abang aku gara2 kena tinggal bas dan masa tu akak tu bagi laa kat aku towel tuk mandi dan kain batik tuk di pakai. Then tak lama lepas akak tu bagi dia ada bertanya maybe dia baru teringat kot nak tanya.. "tau tak pakai kain batik??" sambil sengeh2. Aku dengan cepatnya menjawab "hah, pandai..boleh je nak pakai kain batik dah biasa pakai". Haa~ bagus tak aku?? Hak3. Tapi tu laa, sekarang dah ramai yang tak tau nak pakai kain batik dan nak pakai kain batik terutamanya anak2 muda zaman sekarang. Semoga batik tak luput di telan zaman!

Bagi sesiapa yang tak tau camna nak pakai kain batik kat sini ada cara2 nya. Lebih kurang dengan sama cam nak pakai kain pelikat tapi jangan laa duk gulung cam pakai kain pelikat plak!


Eheh, btol ke???

Batik sekarang dah banyak digunakan secara meluas.

Monday, December 20, 2010

Indah tercipta

Wanita adalah seindah2 hiasan. Dan seindah2 hiasan di dunia adalah wanita yang solehah. Maybe aku patut bersyukur sebab dilahirkan sebagai wanita/perempuan sebabnya banyak ganjaran yang Allah berikan kepada seorang wanita. Wanita adalah antara paling ramai bilangannya di syurga dan tak lupa juga wanita adalah antara paling ramai di neraka. Nauzubillah! Mintak dijauhkan! Tapi kenapa wanita dikatakan seindah ciptaan??? Okeh, kat sini aku nak kongsikan sesuatu kat korang berkenaan dengan wanita. Hope bagi wanita/perempuan yang kat luar sana bleh laa baca dan ambik iktibar untuk memperbaiki diri semoga bleh jadi yang terbaik.



Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.
Setiap Wanita itu Cantik.

Wanita
Cantik yang solehah adalah :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki solehah.

3. Seorang wanita yang jahat adalah
lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat
satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat
pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti m
embebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi
ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah
memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat
pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat
pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa
40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat
pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa
syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi
pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan
mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.
Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu,
hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Yang beriman, macam
700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah.
Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa.

Nastagfirullah Zunubana Ya Allah !

Sunday, December 19, 2010

Menunggu


Apa aku buat malam2 camni??? Dok depan laptop, on9, fb, ym pastu men game. As usual nothin' change as long as i'm at home. Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa kat sini tapi aku cuma nak share/story 1 feeling iaitu perasaan menunggu. Penantian itu satu penyeksaan! betol ke??? Bagi orang yang jenis tak sabar memang akan kata ya, dan walau sesabar mana pun tetap ada had nya kan??
Hurmm, bagi aku be punctual is really2 important. Why??? Cuba kita tengok kat negara maju seperti Jepun, mereka sangat mementingkan masa. Kalau pukul 8 start keje pukul 7.50 dah ada kat sana, yang ni memang aku betol2 respect dan tabik spring laa kat dorang! Tak macam kat m'sia datang awal pun sebab nak punch card je pastu kuar balik g breakfast laa kononnya. Aku berani cakap camni sebab aku penah tengok situasi camni dan aku penah keje kat sebuah kilang milik syarikat Jepun. Kat situ memang dorang sangat2 pentingkan masa. Start keje kul 8.00 pagi tapi kena masuk sebelum 7.50 pagi dan setiap pagi akan ada sesi senaman pagi selama 10minit dari kul 7.50-kul 8.00. Haa,bagOs kan??? kat m'sia ada ke camtu? Budaya keje dorang pun sangat berlainan, sistematik, mementingkan kualiti, prestasi, kebersihan dll. Datang keje awal tapi balik keje lambat. Kalau kat m'sia ni ada gak yang datang lambat pastu bleh plak balik awal! Uhuu~~ bila laa agaknya perilaku rakyat m'sia ni akan berubah? Tunggu 2020 ke? Istilah 'janji melayu' dah cukup untuk mengambarkan keadaan sebenar rakyat m'sia. Bukan aku nak merendah2 kan bangsa sendiri tapi itulah kenyataannya atau mungkin orang akan cakap kerana nila setitik rosak susu sebelanga tapi aku rasa lebih dari setitik! Bukan apa laa, aku pun kadang2 tu penah gak lambat datang kuliah tapi lambat tu agak2 laa wei! Jangan laa sampai lebih 15minit. Ni yang datang selepas 40 minit pun ada, kalau camtu bek tak payah datang tros, orang dah berkemas nak abis kuliah dia baru sampai. Tapi sebab aku penah menghadapi situasi kena marah sebab lambat telah membuatkan aku serik tuk datang lambat kalau dengan kelas lecturer tu. Ohoo~ tu aku baru lambat tak sampai 10minit dah kena camtu lagi laa kalau lambat lebih daripada tu mesti kena halau tak bagi masuk! Hahah,ambik kau! Cuak kot time tu, perasaan kena marah telah memdatangkan kesan yang agak mendalam kat aku iaitu dah tak berani nak datang lambat!
Okeh, aku paling tak suka nak kena tunggu orang dan buat orang lain tertunggu2. Atau lebih senang menunggu dan di tunggu. Kalau 10-15 minit tu ok lagi laa walaupun dalam hati dah panas berasap je tunggu tapi kalau dah 30-40 minit bahkan nak dekat 1jam ++ memang takkan ada kesabaran lah kan??? Aku just nak cakap jangan laa buat orang tertunggu2 camtu. Kesian laa kat orang yang menunggu tu, terpaksa membuang masa dorang camtu je hanya semata2 nak tunggu korang yang lambat tu. Cuba korang berada kat tempat kawan korang yang nak kena tunggu korang yang lambat tu mesti akan merasai perasaan yang sama dengan orang tu melainkan korang ni jenis yang takde hati dan perasaan, atau tak penah nak ambik tahu sal orang lain. Ingat!!! Camne korang wat kat orang nanti korang pun akan rasai benda yang sama gak maybe lebih terok lagi, sape tau??
Uhuuu~~ kesimpulannya, hargai dan tepati masa. Masa itu umpama pedang kalau kamu tak memotongnya, dia akan memotong kamu (Pepatah arab) dan masa itu emas bak kata oarang2 melayu.

Thursday, December 16, 2010

Jangan putus asa

Result dah kuar.. Hurmm,amacam? Wuuu, tak tau nak cakap pe. Sedih? Xdelaa sedih sangat, maybe sebab dah boleh agak dari cara jawab. Aku yang jawab so ak tau laa camne ak jawab tu. Tah laa, result sem ni menurun sikit dari sem lepas. Bertambah koleksi C aku, tah camne aku bleh plak pungut C tuk sem ni. Ada yang aku target A tapi len plak jadinya. Apakah??? Tu laa konfiden sangat! Wuuu~ benda dah jadi nak wat camne? Result pun dah kuar, trima jela tapi aku tetap bersyukur sebab takde yang kena repeat. Walaupun ada pungut C tapi rasanya aku takkan repeat kOt! Ohoo, bukan pe aku rasa baik aku focus tuk sem akan datang. Aku tau sem yang akan datang lagi mencabar dari sem lepas. Biasa laa semakin tinggi level mesti laa semakin susah kan??

Ok, aku rasa result sem ni telah mendatangkan nightmare bukan saja pada aku tapi jugak pada course mates aku! Uhuu~ rilek laa beb! Bukan korang je sedih, aku pun sedih gak kOt! Lepas ni kita kena berusaha dengan lebih kuat lagi nampaknya. Don’t give up ok!!??

Ok, kat sini aku nak share 1 artikal yang aku ambik dari Iluvislam.com maybe boleh naikkan semangat korang yang hamper nak berputus asa atau tengah frust dengan result korang bek baca ni. Sebelum ni aku ada share kat facebook maybe dah ada yang baca sebelum ni tapi takpe laa aku tetap nak share gak kat sini. Ngahh!

“Hah!banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun,erghh!!" Abdul Rahman rasa geram, marah. Dia tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur. Solat Asar, kemudian tidur. Solat Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung tidur lagi.


Mukhlis pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. Tak pernah dia lihat Abdul Rahman begitu. ”Ab..bangun lah Ab..dah nak Zohor ni..dari semalam kau
tido..tak puas-puas lagi ke?” Mukhlis mengejutkan Abdul Rahman. Abdul Rahman bangun, menunaikan solat Zohor, kemudian baring diatas katilnya kembali. “Kau ni, tak sihat ke Ab? Asyik tidur aje...”. “Sihat,” ujar Abdul Rahman. Mukhlis dapat melihat tiada langsung keceriaan diwajah sahabatnya itu. “abes tu…kau ni kenapa? Ada masalah ke?” “Hmm…” Ab sekadar mengeluh. “Cite lah kat aku, kot-kot aku boleh tolong.” Mukhlis mengambil posisi di sebelah Ab. “Aku geram lah. Kenapa lah aku study bagai nak rak pun, still tak dapat nak skor anugerah dekan? Aku dah buat semuanya,macam petua nak cemerlang, tapi apa hasilnya? 2.9 je! Tak sampai 3 pun! Kenapa lah aku ni bodoh sangat! Tengok Zaki tu, bukannya study sangat pun. Main games, enjoy sini sana, tapi dapat anugerah dekan jugak.” Luah Ab panjang lebar.
Mukhlis tersenyum. “Owh, ini ke masalahnya? Sabar lah Ab, mintak doa banyak-banyak. Allah pasti makbulkan.Allah dah kata,
‘berdoalah kepada aku, nescaya aku akan makbulkan’. “Aku rasa, dah puas dah aku berdoa, aku buat solat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal..tapi? kenapa Allah tak nak makbulkan doa aku?”
“AstaghfirUllah AlAzim, jangan kau fikir macam tu.Tempis bisikan-bisikan syaitan seperti itu,Ab. Kau kena ingat, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Cuba kau fikir balik, banyak hikmahnya dengan result yang kau dapat tu.”
“Aku tak nampak hikmahnya Mukhlis.Tolonglah aku, aku pun tak nak fikir macam ni, aku tahu aku berdosa.” “Ok
takpe, kita review balik hikmahnya.

Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.

Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa.

Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup?

Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman.

Hmm..macam mana Ab? Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian Allah. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?”
“Betul juga kata kau Mukhlis. Astaghfirullahalazim..ampunkan aku, ya Allah. Aku hamba yang sering terlupa.” “Ab, jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih, diberi nikmat Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Tak kira berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada Allah. Kita adalah hambanya, Dia yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kan… Abdul Rahman? Jadi, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari NYA. Insyaallah, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia, malahan di alam yang kekal nanti.”
Abdul Rahman tersenyum. Terima kasih ya Allah, diatas kurniaan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku, dikala aku kealpaan. Hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji pada dirinya, dia tidak akan sama sekali putus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati
Kerana Allah.

Semoga kita sama2 menghayatinya dan sentiasalah bersangka baik terhadap Allah. DIA takkan menguji hambanya kalau kita tak mampu untuk hadapinya. So, jangan mudah putus asa!

Wednesday, December 15, 2010

Keboringan

Walaweh... blog aku ke ni??? rasa cam xcaye plak! uhuu~~ ni laa jadinya bila dOk kat umah xde keje nak buat. Tetiba je rasa nak mencantikkan blog ak nih! cantik ke??? ahahahhah
Hmm... cuti sem dah nak berakhir, tinggal lagi brapa minggu je lagi tuk duk kat umah then lepas ni nak kena balik U semula, meneruskan sisa2 perjuangan yang blom selesai..
Okay sekarang aku nak review balik apa yang aku dah buat sepanjang cuti sebulan ni...
  1. Wat lesen Moto & kereta.. hanya mampu dapatkan lesen L je sebab dah xcukup masa nak wat lesen P.. tapi aku nak cerita kat sini, sepanjang tempoh nak wat lesen L ni sangat2 menguji kesabaran aku! Sangat2 tercabar! Bermula dengan menghadiri kelas KPP (kurikulum pendidikan pemandu) bagi sape yang penah ambik lesen sure tau punya! kelas ni selama 5 jam! Boring,ngantOk! macam2 ada walaupun penceramah tu ada wat lawak antarabangsa tapi lepas gelak tu xlama rasa ngantOk balik! ngahh~ ambik kau! Dan yang paling aku tercabar masa nak ambik ujian statistik (ujian berkomputer) memang betOl2 menguji.. mana tak nya, aku kena tunggu seminggu baru bleh ambik test 2. Dah laa aku nak cepat abis lagi dia lambat2 kan dan yang paling meninggalkan kesan yang mendalam kat aku adalah time amali moto. 3 jam pertama dalam kelas & 3 jam kedua kat litar! Masa kat litar laa sesuatu dah berlaku..wuuu~~ jatuh moto! masa tu cukup membuatkan aku rasa trauma tuk naik moto dah. Siyes! Time tu memang cuak gaban laa gua cakap sama lu! Dah laa lepas tu dia suruh tongkat moto tu guna 'double stand' tak ke haru aku dibuatnya??? xpenah2 aku tongkat dua bleh plak dia suruh wat & sume kene wat, laki ke pompuan ke xde exceptiOn langsung! wuuu~~ nek titi of course laa jatuh! yela cuak jatuh moto xhilang lg dia dah suh bawak nek titi mana tak nya kn?? Nak tggu sampai pukul4.30 sangat2 seksa sebab selagi tu laa ktorang kena pusing2 bawak moto tu dalam litar.. Tapi yang bestnya masa nak balik tu de sOrang cikgu ni dia approach ktorg cakap nanti kalau nak blaja moto tuk ambik P bleh laa bagitau dia,ciap bagi no phone lagi tu! walahh! T'bek! Tuk kete plak,bese laa blaja bahgian2 dalam kete tu & masa tu cikgu yang ajar bagus gak laa.. cikgu nanti saya nak bOoking cikgu! ahahahah.. Oppss! jangan salah paham plak, ni nak bOoking suh cikgu tu yang ajar ye! heheh..maka lepas tu tuggu laa seminggu & akan keluar laa lesen tu! weee~~ =)
  2. Ape lagi yang aku wat masa kat umah ye??? Online, men game, chatting, tengok tv, makan, tidO! rasanya tu jela yang aku banyak buat masa kat umah! isk3! Sekarang ni aku tengah tuggu result kuar.. Waaa~ so scary! camne laa result aku sem ni ye?? Adakah akan still maintain? atau jatuh tergolek2??? Wuu~~ sangat2 menakutkan! Tunggu laa tarikh keramat dia kuar.. 17 december! ohOoi~ lusa laaa!!!! ok,xnak fikir! Nanti dah kuar result baru fikir ok?
  3. Hmm,nak crita ape lagi ye??? Haa, i have a new fren! Kenal masa g kelas KPP dulu.. Bek kOt! Bakal jadi ustazah laa katakan.. Wee~~ lagi sOrang kenal masa sem 2 aritu..heheh best2! Teman chatting aku! heheh =)
Hmm,rasanya dah xde pape kOt nak crita.. Tunggu laa pas result kuar t aku crita camne plak result ak tuk sem lepas. Sem yang amat menyesakkan aku sem lepas. Banyak program yang ak xsertai sebab dOk sakit kepala wat assingment & repOrt! Nah! Rasakan! Rasa cam xde life langsung sem depan, xde masa nak kuar outting apatah lagi nak bersuka ria dan berpoya-poya! ahah.. Crazy x aku??? Pape pOn yang dah lepas biarkan lepas.. 'Let bygone be bygone' bak kata omputih..uhuu~~





Sunday, November 14, 2010

andai seorang PEREMPUAN itu DATANG...

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

"Kau adalah kawan karibku."

"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."

"Kau dah seperti abang kandungku."

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."

"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."

"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."

"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang...

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR

GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR

TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,

Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,

Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,

Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang...

Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...

Andai seorang perempuan itu datang.....

andai seorang LELAKI itu DATANG

Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...

Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...

Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...

Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...

Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...

Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya..

Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...

Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"

"Kau dah seperti adik kandungku"

"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"

"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"

"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"

"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN?

ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR

GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR

TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami

Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri

Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki

Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.

Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,

Andai seorang lelaki itu datang...

Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...

Friday, November 12, 2010

mencari yg terlalu SEMPURNA

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Thursday, November 11, 2010

benda yg susah nk dicari..

selama pencarian hidup kita kat dunia nie, apa yang paling susah kita nak dapat dan susah nak di cari ??

bila dah jumpa, tak banyak...

1) SAHABAT SEJATI..

"sahabat sejati" is so complicated..

"sahabat sejati" adalah sesuatu yang paling sukar dicari.

ramai yang kecewa,terluka dan menangis hanya kerana kawan.

pencarian seumur hidup belum tentu dapat menemukannya walaupun seorang.

nk cari kwn yg time senang mmg ramai.

bak kate org,nk cari kwn sejati nilai lah pd saat kita memerlukannya.

sama ada ketika senang atau susah.

"sahabat sejati"

adalah teman utk kita bergembira

dan teman untuk kita berkongsi kesusahan,kesulitan dan kesedihan.

teman yang sanggup menyandarkan bahunya tatkala kita tersungkur,

teman yang sedia memimpin tangan disaat kita memerlukan sesuatu untuk digapai..

tapi, berapa banyak kah sahabat sejati yg kite akan jumpe ?

mungkin ada yang jumpa "sahabat sejati" dalam hidup...

tapi...

berapa ramaikah kat dunia nie yang ada "sahabat sejati" ?

kalau pun ade, cuma sahabat baik, sahabat karib, sahabat kamceng..

dan ade jugak sekadar teman, kawan...

kenapa??

sama ke??

tak...

sahabat, kawan , teman....tak sama...dari segi maksud nye secara sekali pandang, nampak macam same..

tapi bile di hayati, direnung & difikir2 kan...

maksud nye tak same....

KAWAN...

kawan nie, org2 yg hampir ngan kita..org yg kenal kita..dan kita kenal die..

mungkin kawan sekelas..

mungkin jugak kawan sekampung..

atau mungkin jugak kawan sekolej or kawan sekolah.....

tapi, tak rapat sangat..juz kenal, sembang2 macam biase..

dan dgn 'kawan' biasenye jarang kita kongsi hal yg terlalu peribadi...

TEMAN...

teman lak..insan yg 'agak rapat' ngan kite..

yg tahu serba sedikit ttg diri kita..

baik hal personal or sebagainye..

mungkin teman serumah, teman sekuliah..

yg selalu ngan kita..

yg berjalan kemana2 dgn kita..

yg kdg2 org nampak kita selalu bersama dgn dia...

tp tak semestinye boleh di cop sbg sahabat sejati..

sebab rapat macam mane pun, blom tentu lagi die boleh terima kita seadanya dan kita boleh terima dia seadanya...

org nampak je selalu bersama tp org tak tahu 'kisah sebenar' mereka...

SAHABAT...

byk maksud nye..

tp sahabat nie kire agak rapat la sket...

mcm..sahabat karib, sahabat kamceng, sahabat baik....

lebih rapat & lebih touching...

yg faham perasaan kite, perangai kita, kehendak kita...bak kate org, lebih memahami....

yg ambik berat pasal kite...

yg selalu tolong kite...

yg selalu dgr masalah kite..

bg sokongan..

byk lagi la...

lebih nak ke arah 'sahabat sejati'..

tp lebih layak sahabat seperti ini dipanggil 'sahabat sejati' kirenya insan2 ini tidak hanya mementingkan diri sendiri....

bagi die, sahabat adalah segala-segalanya....

pergi dinanti..

jauh dirindui..

dekat disayangi..

tapi..kadang2, org yg sekadar 'kawan' ngan kita mampu wat kite happy, ketawa & senang diajak berborak..

bile kite dgn die, hati kite nie ceria je..

leh wat kite tersenyum..

tapi sayang, die cume 'kawan'...

yg hadirnye dalam hidup kita cuma sementara..

hari nie kita jumpe die, esok kita tak jumpe...

hari nie die ngan kita, esok die dgn 'sahabat' nye...

sbb kite cume 'kawan' die je..

Wednesday, November 10, 2010

peristiwa besar tahun 2012

Assalamuaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh...

Di sini saya ingin coretkan sesuatu yang saya rasa mungkin kita berkesempatan melalaluinya, insyaAllah seandainya diizinkan Allah SWT. Setelah membaca beberapa artikel yg berkaitan dan dgn kejadiaan gunung berapi merapi saya rasa saya perlu berkongsi dgn sahabat sekalian. Maaf seandainya kalian sudah atau pernah membaca atau juga telah mengetahui mengenainya..Ianya adalah sebagai peringatan buat kita umat di akhir zaman..

Berdasarkan hadis dan kajian ulamak tahun 2012 berkemungkinan besar berlaku bencana alam yang megakibatkan banyak penduduk dunia kehilangan nyawa dan harta benda.Wabak penyakit banyak menular. Generasi manusia akan susut. Beliau menambah lagi kenyataan bahawa peristiwa 2012 itu adalah jangkaan tetapi tidak mustahil berlaku lebih awal. Nasihatnya supaya hidupkan zikir dalam diri masing-masing bermula sekarang. Sama ada percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.

Hadis

1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi berkenaani huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan di bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, mengenai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar di langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika beritahupada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi )Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dankenyataan pasal huru hara 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...".

Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"

Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan munculsuara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, paragadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu telahmelaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jikakalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah:"Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukanhal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Kajian NASA

Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(olehNASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planetjupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberikesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 planet ini telah jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan. AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara dibanjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahunkerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paperbulan februari, kosmo, BH n lain2)

Kata2 RASULULLAH satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlakudi mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zamanpurba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umatislam...ALLAHHUAKBAR

Semoga perkongsian ni meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Nya dan kita seboleh mungkin memperbanyaakkan zikir dan ibadah sebagai bekalan...

Wallahu'alam...

Tuesday, November 9, 2010

kerana aku wanita dan dia lelaki

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam


peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku


peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu


kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku


saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka


maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.


Kerana Dia Lelaki
Aku adalah senjata ampuh
peruntuh tembok nafsunya

Kerana Dia Lelaki
Kelunakan suaraku luar biasa
mampu menggoncang imannya

Kerana Dia Lelaki
Gerak geriku yang manja
Racun berbisa untuknya

Kerana Dia Lelaki
Santun budiku perhatian utama
namun batasnya perlu ada

Dan..

Kerana Dia Lelaki

egonya tinggi,
fahamilah,
ada saatnya perlu demi kehormatan dirinya,
ada saatnya tersalah tempatnya
tapi ingatlah,
dia juga manusia.

Kerana Dia Lelaki
akal logiknya mengawal perasaan
fahamilah,
sifatnya perlu untuk memimpin,
maka ada saatnya,
emosiku sukar ditafsirnya.

Kerana Dia Lelaki,
masalahnya sering terpendam,
tiada diluahkan,
fahamilah,
dia mahu menyelesaikan sendiri,
berikan ruang dan masa untuknya,
setelah beberapa ketika,
bantulah dia.

Kerana Dia Lelaki
dia seorang manusia,
maka fahamilah,
bukan mudah mencari insan kamil,
seperti Rasul tercinta,
setidak-tidaknya dia mengikut jejak Rasulnya,
sekurang-kurangnya dia telah berusaha.

WAHAI HAWA,
jika kau fikir 'usha' nya tanda dia menyukaimu,
fikir semula,
apakah dia hanya menguji dirimu?
sebelum kau rasa penangan cinta lelaki
berjaga-jagalah diri

andai kau rasa bersifat 'daring' mampu menarik perhatiannya
kau kan berjaya
tetapi kau sebenarnya hanya menghancurkan dia
kau kan merosakkan pewaris bangsa

kalau kau rasa dengan memakai baju 'adik' mu dia akan tergoda,
tidakkah kau fikir?
kau hanya menambahkan dosa
zina pada matanya

tanyakan saja pada lelaki ciri-ciri calon isteri
maka baginya,isteri adalah ibu untuk anak-anaknya
teman susah senangnya
yang mampu memberi contoh
penyejuk mata
pendamai jiwa

Saturday, November 6, 2010

knp mesti berubah??

hmmm
setiap manusia pasti akn berubah
xkira ke arah kebaikan ataupun sebaliknya
samada secara sedar atau pun tidak
mgkn pada diri seseorg 2 xkn rasa bhwa dirinya dah berubah
tp...
org sekeliling terutamanya yg rapat dgn kita pasti akn merasa akn perubahan itu
apa perlu kita lakukan sbg kwn/sahabat/teman???
tgk je??? biar je???
"setiap manusia pasti akn berubah"
btol ke???
hmmm
yg keduanya...
"kehidupan universiti merubah seseorg???"
agk payah n ssh tuk ku m'jwb soklan yg ttba2 kuar 2
btOl ke???
emm,tgk laa
kwn ku dah berubah..
sedarlah,
xde org yg nk brada di takok yg lama
keadaan yg memaksa mereka berubah
masa yg m'bawa mereka berubah
sape kte tuk menyekat perubahan 2???
xpe..
truskan..
truskn pada landasan yg kau lalui
jgn sesekali jatuh/terbabas dri landasan 2
ku hanya mampu b'doa
semoga kamu tetap sama
wlupn dah berbeza
xde apa yg ku pinta
m'harapkan kasih dri Pencipta
krna driNya adalah segala2nya...

Thursday, November 4, 2010

klu belum siap, cintai ia dalam diam

agak menarikkn tajuk dy???
mse duk bka fb nmpk org duk share
rse t'ingin plak nk baca..
ni laa isi kandungan dy

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...

karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

ak sgt t'sentuh bila bce artikal ni
yup! ak setuju sesangat
n mmg ni laa yg ak tgh lakukan..
hmmm,diam!
simpan sumenya dlm ati


apakah???

aritu..
ak balik umah..
org duk sibuk stdy ak duk sibuk nk balik..
heheh biar laa!!
tp bkn ni yg ak crita..
mse ari slase aritu,
tgh syOk2 duk lepak2 kat umah
depan tv; dgn my little sis n my mom
pastu ttba je de org call..apakah???
"faizah,u ada apply tuk program mobility??"
me: "erk?? xde,knp??"
"xpela..ni i ada apply tuk program mobility tu, tuk ke jepun. tp masih ada kosong n dsebabkan nak cepat so, i ambik je sesape yg bleh pegi. kat sana ada dr.pauzi (my lec,ajar forensic). universiti yg akan pegi nnt kyoto universiti; mmg universiti yg bgos laa. so u b'minat x nk pegi?"
me: " owh,ble nk fly?"
"klu jd this end of month,tp dsebabkan kat sne agk mahal so kte kne support dgn duit sendiri laa. utk mkan n lain2 around 3k or 4k u need to spend to go there.. but it's not include with the cloths. kat sne musim salji bln 12..so how??"
mak aihh..gila gaban laa nk kne cari duit sbyk 2..huish! xdela ak nk g..
me: "emmm,agk mahal 2.." bkn agk tp mmg mhl pn!
"so,u xbleh laa ni?? agk2 brapa percent yg u bleh pegi??"
me: "emm,mcm ssh je.."
"so ur percent to go very2 low?? hmm,it's ok. i need to find another person to go there.. sorry for disturbing u.."
me: "ok"

lebih kurang cmni laa dialog mse dy call..
hulawei...
nk g jepun..mahal dowh!
pape pn thanks to siao meng coz wat ak teruja n xcited wlupn hny seketika n skjp cuma.. huu~~

ttba ak rse b'minat plak nk m'yertai program mobility ni
huu~~ tp org dah dpt nk p oversea ak bru b'minat???
aishhh, sbnrnya bkn pe
ak xtw pn procedure dy cmne
huk3..serius wei ak nk p!!!
nnt laa sem depan laa ak nk apply
tp cmne???? hulawei
sape2 yg tw bleh xbgtw ak??? huk3

Friday, October 22, 2010

PENGAKHIRAN SEM

Boring???
sudah2 laa 2.. time byk kje boring,time xde kje lgi laa boring! huu~
sem ke-3
sem yg plg m'cabar bg ak
mcm2 jd dlm mse 1 sem ni..
sem ni sem yg plg byk ak nges
sem yg plg busy
sem yg plg srabut!
report dtg b'silih ganti
test dtg m'guji
dan ujian b'tukar ganti..
sem yg byk m'gajar ak tuk jd kuat
tuk lebih m'hargai
tuk jd lebih tabah
tuk xmudah m'gaku kalah
tuk blaja melepaskan benda yg kte syg
bak kte pepatah
"klu kte nk sesuatu, kte perlu korban sesuatu yg kte syg/sme nilai tuk dptkn apa yg di ingini"
so, byk pengorbanan yg perlu dbuat
tuk dptkan apa yg kte hendak..

setiap hari yg b'lalu pnuh dgn liku2
kegagalan m'gajar kte erti xmudah b'putus asa
m'gajar kte erti p'juangan
erti kejayaan yg sebenar
umpama kanak2 yg bru blajar b'jalan
pasti ada jatuh bgn setiap langkah p'jalanan
tp sakit yg dirasai
m'bangkit smgt tuk truskan perjuangan dan perjalanan..

kawan..
umpama kekasih awl dan akhir
sentiasa dsisi walau ape pn yg t'jadi
tempat kte m'ngadu domba
suka duka pasti b'sama
hilangnya umpama bumi kontang tanpa hujan..

tggl lg 2mggu sblm final
lec xabs2 m'beri kje
ble agknya nk rehat seketika???
nmpknya kne tggu cuti sem juga..
sabarlah wahai driku ini
krna setiap kesusahan pasti ada kesenangan..
setiap kegagalan pasti ada kejayaan..
=)

Tuesday, September 21, 2010

FIKIR-FIKIRKAN

dlm kls etika
ttba lec tny soklan yg b'kaitan dgn etika

1. ada seorg ni,dy dah jmp satu penawar utk sjenis pnykt yg sblm ni xde org jmp lg penawarnya. tp utk m'hasilkan ubt 2 dy hnya perlukan 400 dolar. tp ble dah siap dy nk jual dgn harga 4000 dolar. de seorg suami ni, isteri dy sakit & memerlukan ubt 2 tuk sembuhkan penyakit dy. tp oleh krna kesempitan wang dy telah b'jmp dgn org t'sbt tuk dptkn ubt yg dy wat dgn harga murah tetapi org t'sebut ttp b'tegas tuk jual dgn harga 4000 dolar. selepas tu, si suami cri cra lain dgn kumpul duit dgn cra minta derma tp hnya dpt 2000 dolar & msh kekurangan 2000 dolar. apabila si suami jmp dgn org tu tuk beli ubt, org tu ttp b'tegas tuk m'jualkan ubat tu dgn harga 4000 dolar wlupn dy hnya memerlukan 400 dolar tuk m'hasilkan ubat t'sebut. slps sgla usaha memujuk dilakukan xmenjadi, si suami b'cadang tuk mencuri ubat tu krna isterinya dah hampir2 mati...
persoalannya: patutkah si suami tu pegi curi ubat tu???
klu dy m'curi dy tlah melanggar etika...
so,bagaimana???

2. de seorg jht ni sedang kejar seseorg & b'hasrat tuk m'bunuh org tu.. tp org tu dah lari & msk dlm umh kamu..
persoalannya:ape yg kmu patut lakukan???
bagitau bhwa org td tiada b'sama kmu???
atau b'terus terang???


3. de seorg kontraktor ni dy buat 1 projek perumahan tnp buat piling t'lebih dahulu.. si engineer ni pn bgtw knp xwat piling & nnt mcm mne nk dpt CF tuk org duduk kat dlm umh 2???
dy ckp dy bleh uruskan..umh yg dwat dah ciap & si engineer tu xtw nk wat ape..
persoalannya: ape yg engineer tu patut lakukan???
nak report tp dah di ugut oleh kontraktor t'babit...
kemudian engineer tu benti kje sbb rse b'slh..
adkah ptot tindakan t'sebut???

bla kte pk kte rse tndakan tu betol tp sebenarnya m'yalahi etika
"tindakan tak m'halalkan matlamat"

Sunday, August 29, 2010

LUPA

aku seakan lupa akannya
blog ni
ak nyaris nak delete
tp ntah..
xsampai ati plak..
dalam tempoh jangka mse ak menyepikan diri ni
dah banyak benda yg b'laku dlm hidup aku
suka,duka,tawa,ria
saat2 kejatuhan dalam diriku
huu~ amat perit!
mungkin ada hikmah disebaliknya
yup! ada hikmah
menyedarkan aku
jgn m'harap kasih manusia
selagi blum cukup kasih pada Nya
cepat2 lah kembali kepadaNya
sesungguhnya Dia sentiasa disisi
walau apa pun t'jadi..

Wednesday, April 21, 2010

CABARAN

tadi, lepas abis je exam
fuhh! rasa lega.. sekarang tinggal lagi 2 paper
tapi, tadi aku tengok ramai plak yang kuar
release tension katanya..
aih??? exam xabis lagi kot???
hmm,biar laa kalau itu yang boleh buat dia orang release tension
aku xkuar so dapat mengadap laptop ni pun jadi laa
dapat gak release tension..huhuu

ok, sekarang aku nak crite sikit
tadi lepas abis je exam,then balik kolej
aku pun mesej laa kawan aku ni
crite sal exam aku tadi
dalam crite2 tu keluar plak topik kewangan
then aku cakap laa duit pinjaman yang aku dapat tu sebenarnya cukup2 je tuk hidup kat sini
tapi aku xtau kenapa boleh ter'over' baget plak
kiranya xcukup laa
then terpaksa mintak duit dengan parents
pastu tiba2 dia cakap
"ok,ak cabar ko next sem aku nak duit ko mesti ada dalam bank rm750 sampai abis sem. tapi ko xleh mintak duit dari sesape pn lepas tu, xkira la parents ke abang ke even sedara pn xbleh.
so, camne? ada brani??"
pergh! tiba2 kene cabar..
pikir punya pikir then aku cakap
"baiklah,aku terima cabaran ko!"
fuhh! betol ke aku ni???
walau cmne pn, aku dah terima cabaran tu
dan aku kene buktikan yang aku boleh simpan duit sebanyak tu sampai akhir sem depan
nampaknya lepas ni xde laa istilah outing bagi aku
apatah lagi shopping.. huu~
tapi boleh plak kawan ak cakap cmni lepas tu
"oh,belagak eh??"
ni bukan masalah belagak tapi bagus gak sebab lepas ni akan membuatkan aku lebih berjimat..
harap2 berjaya laa,walaupun aku xtau dia nak bagi apa kalau aku berjaya buat
tapi bagi aku tu xpenting yang penting simpan duit!! huhuu