Sunday, October 30, 2011

No Words Can be Expressed

That's a tears that we can't hold on anymore

It's hard to find a true friend

When i'm crying, nobody know 'bout it

To be strong is not easy as we say it

People only see outside of our face but not inside of our heart

It's hard to find people who can be our side when we in hard time
I'm still wait for it ^^
That's a F.A.C.T.S!

I will try not depend on other people anymore


Ujian itu Rahsia Allah s.w.t

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Saturday, October 29, 2011

Ujian Allah: Sejauh Mana Keredhaan Kita?


Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.

Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"

- Artikel iluvislam.com

Nice story to be shared! Spent ur time to watch it! =)

Friday, October 28, 2011

Jalan-jalan Cari Pasal: Cameron Highland

Cuti,cuti,cuti!!!
Hah,semiggu je pun cuti macam laa cuti lama sangat tapi ok laa dapat gak cuti kan? Heheh, cameron mali lo! Hahah~

Here we go~~~~~

Gloves? Errr~ sejuk kot kat sana,maybe sebab sekarang musim hujan so aku rasa cam duk dalam fridge je! "camne nak duk oversea camnih??? duk kat cameron pn dah tak tahan sejuk" bak kata mak. -.-"


Ni yang paling tak bleh bla! Aku turun je kereta terus aku pegi kat kedai tu then beli ni! Strawberry milk shake! Superbbb!!!!


Ice cream strawberry! Ok sume makanan berasaskan strawberry!

Aku rasa geram dan rasa nak petik je strawberry nih tapi masa aku nak masuk kat pintu dia ada tulis "awas cctv memerhatikan anda!" Heh!

Bubble tea! Yang ni pun superbbb! tengok harga dia, mahal tak? Yang ni dia ada 3 perisa strawberry, mango dengan taro. Apakah taro? disebabkan keinginan nak mencuba so ak pun beli laa,orang kat cashier tu cakap sedap dan rasa dia macam grape so aku pun beli then aku rasa.. tak macam grape pun!!! rasa cam keladi je? huh,aku tertipu????

Blue roses!!! Sebenarnya sangat murah rm10 untuk 2 ikat. Sangat teruja then lari kat mak: "nak beli bunga ros! murah! rm 10 je. (mata bersinar)" mak jawab: "hidup ke tanam kat umah?" aku: "bukan pokok bunga ros tapi bunga ros je" mak cakap lagi: "nak buat ape bunga???"
T_T aku senyap tak berjawab, kalau laa de orang yang nak belikan aku bunga tu...

Ni bunga lavender! Same goes to rose, kalau bunga ros xleh nak beli takkan nya dapat nak beli bunga ni..at least dapat laa tengok bunga lavender ni camne.. ^^

Kaktus! heheh, murah! 7 pokok just rm10!

Ini kegemaran ku! Mak beli 2kilo untuk aku okeh!!!

Jom pegi MARDI!

















Tak tau ni pokok apa tapi dia ada duri kat dia punya buah???adik beradik durian? hahahha,tak kot~


Ambik gambar dari luar pagar? Saja je tak bagi orang masuk, takut sangat orang petik buah anggur ni,huh!



Tak tau yang mana 1 buah kundur??? Yang ni or gambar lagi 1 kat atas? Hah,failed!
Epal???
Bird of paradise? Sebenarnya tetiba aku teringat de 1 jenis beras dia punya cop bird of paradise so aku rasa ni laa bunga dia kot??

Arnab ni chumil! ^^
Ladang teh! ok, abah ciap beli pokok teh wat balik umah! awesome!

Ok,dah penat berjalan duk umah then semalam dapat berita ayah sedara baru meninggal. T_T al-fatihah~ semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Aminn.

Tuesday, October 18, 2011

Aku Tak Suka!

Salam..
Ehem, dah lama rasanya aku tak update blog ni kan?
Ada ke orang tertunggu-tunggu post dari aku?
Mesti takde kan? Hahah, i know it!
Bukan taknak update tapi rasa macam banyak benda yang mengganggu,heh kadang tu ada je idea nak tulis something tapi takde mood/feeling plak time tu nak duk taip-taip nih! Huhuu~ Ok sekarang aku nak cerita something, nak baca silakan baca taknak or dah boring baca sila tekan butang pangkah kat atas tu ok? Ceritanya bermula dari sini, aku tak tau napa aku paling tak suka orang duk sibuk-sibuk pasal aku. Aku nak keluar ke suka hati aku lah, ye mungkin korang ambik berat sal aku kan tapi tak payah laa kau nak duk kecoh-kecoh plak, duk bising-bising dalam kelas, duk sakat-sakat aku. Helloooo! I need my privacy okeh!? Kalau aku nampak kau keluar takde plak aku nak kecoh-kecoh kan dah tu bila aku kuar apsal plak kau nak kecoh-kecoh sangat nih???? Please, give me my privacy! Aku tak suka diceritakan,digosipkan! Tolong ye? Please laa jangan buat aku camni, aku nak kuar pun sorok-sorok tengok line clear ke tak, heh aku kuar rumah pn takde laa sampai aku nak sorok-sorok dengan mak aku macam dah terbalik plak. Lagi satu, please jangan salah paham! Kalau aku baik/rapat dangan seseorang (especially laki) tu bukan bermakna aku suka kat orang tu or orang tu suka kat aku. It just a friendship don't misunderstanding about it! Nanti boleh menimbulkan fitnah pulak. Aku datang kat sini nak belajar dan aku bukan bawak diri je ok? Aku bawak sekali maruah diri dan keluarga aku, ni kat atas bahu ni tergalas semua pengharapan dia orang semua. It's load enough! Aku tau bukan senang bagi aku tuk bawak nama dan maruah keluarga aku especially bagi pompuan nih, masyarakat selalu memperhatikan maybe dengan pandagan yang baik dan mungkin juga dengan pandangan buruk, so aku dah cuba sebaik mungkin tolong jangan burukkan ye? Thanks & sorry! ^^