Sunday, December 19, 2010
Menunggu
Apa aku buat malam2 camni??? Dok depan laptop, on9, fb, ym pastu men game. As usual nothin' change as long as i'm at home. Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa kat sini tapi aku cuma nak share/story 1 feeling iaitu perasaan menunggu. Penantian itu satu penyeksaan! betol ke??? Bagi orang yang jenis tak sabar memang akan kata ya, dan walau sesabar mana pun tetap ada had nya kan??
Hurmm, bagi aku be punctual is really2 important. Why??? Cuba kita tengok kat negara maju seperti Jepun, mereka sangat mementingkan masa. Kalau pukul 8 start keje pukul 7.50 dah ada kat sana, yang ni memang aku betol2 respect dan tabik spring laa kat dorang! Tak macam kat m'sia datang awal pun sebab nak punch card je pastu kuar balik g breakfast laa kononnya. Aku berani cakap camni sebab aku penah tengok situasi camni dan aku penah keje kat sebuah kilang milik syarikat Jepun. Kat situ memang dorang sangat2 pentingkan masa. Start keje kul 8.00 pagi tapi kena masuk sebelum 7.50 pagi dan setiap pagi akan ada sesi senaman pagi selama 10minit dari kul 7.50-kul 8.00. Haa,bagOs kan??? kat m'sia ada ke camtu? Budaya keje dorang pun sangat berlainan, sistematik, mementingkan kualiti, prestasi, kebersihan dll. Datang keje awal tapi balik keje lambat. Kalau kat m'sia ni ada gak yang datang lambat pastu bleh plak balik awal! Uhuu~~ bila laa agaknya perilaku rakyat m'sia ni akan berubah? Tunggu 2020 ke? Istilah 'janji melayu' dah cukup untuk mengambarkan keadaan sebenar rakyat m'sia. Bukan aku nak merendah2 kan bangsa sendiri tapi itulah kenyataannya atau mungkin orang akan cakap kerana nila setitik rosak susu sebelanga tapi aku rasa lebih dari setitik! Bukan apa laa, aku pun kadang2 tu penah gak lambat datang kuliah tapi lambat tu agak2 laa wei! Jangan laa sampai lebih 15minit. Ni yang datang selepas 40 minit pun ada, kalau camtu bek tak payah datang tros, orang dah berkemas nak abis kuliah dia baru sampai. Tapi sebab aku penah menghadapi situasi kena marah sebab lambat telah membuatkan aku serik tuk datang lambat kalau dengan kelas lecturer tu. Ohoo~ tu aku baru lambat tak sampai 10minit dah kena camtu lagi laa kalau lambat lebih daripada tu mesti kena halau tak bagi masuk! Hahah,ambik kau! Cuak kot time tu, perasaan kena marah telah memdatangkan kesan yang agak mendalam kat aku iaitu dah tak berani nak datang lambat!
Okeh, aku paling tak suka nak kena tunggu orang dan buat orang lain tertunggu2. Atau lebih senang menunggu dan di tunggu. Kalau 10-15 minit tu ok lagi laa walaupun dalam hati dah panas berasap je tunggu tapi kalau dah 30-40 minit bahkan nak dekat 1jam ++ memang takkan ada kesabaran lah kan??? Aku just nak cakap jangan laa buat orang tertunggu2 camtu. Kesian laa kat orang yang menunggu tu, terpaksa membuang masa dorang camtu je hanya semata2 nak tunggu korang yang lambat tu. Cuba korang berada kat tempat kawan korang yang nak kena tunggu korang yang lambat tu mesti akan merasai perasaan yang sama dengan orang tu melainkan korang ni jenis yang takde hati dan perasaan, atau tak penah nak ambik tahu sal orang lain. Ingat!!! Camne korang wat kat orang nanti korang pun akan rasai benda yang sama gak maybe lebih terok lagi, sape tau??
Uhuuu~~ kesimpulannya, hargai dan tepati masa. Masa itu umpama pedang kalau kamu tak memotongnya, dia akan memotong kamu (Pepatah arab) dan masa itu emas bak kata oarang2 melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment