Thursday, January 20, 2011

Masalah datang lagi?

Minggu ni adalah minggu ke-3 aku berada di Uni. dan sepanjang 3 minggu ni jugaklah yang banyak menguji kesabaran. Bermula dengan masalah esmp (e-sistem maklumat pelajar) dimana aku tak boleh nak mendaftar kursus disebabkan oleh status berhutang yang terpapar di skrin!. Oleh yang demikian aku perlu menguruskan masalah yang dihadapi dengan sepantasnya kerana aku risau bahawa tempoh mendaftar adalah seketika cuma. Oh, begitu penat aku berkejaran ke sana ke sini memasuki pejabat hanya untuk mencari jalan penyelesaian. Apakah nasibku ini? Minggu pertama yang begitu kucar-kacir! Dan apabila aku dah boleh mendaftar kursus, maka timbul pula masalah baru berkenaan dengan wang PT! Kenapa semua orang duit dah masuk tetapi aku still mempunyai masalah yang perlu dihadapi. Serius! Aku dah tak tau apa yang aku mampu lakukan lagi? Adakah aku perlu tunggu dan tunggu dan tunggu lagi??? Sampai bila aku perlu menunggu? Mampukah aku untuk menunggu dengan lebih lama lagi? Sesabar itukah aku? Bak kata orang; pasti ada hikmah disebaliknya! Maka aku perlu hadapi dugaan ini semua dengan hati yang terbuka. Semoga aku kan tetap sabar dan tabah menempuh dugaan yang menimpa. Amin!

4 comments:

  1. huhuhuhu..so??wit pt dah masuk belum??setahu aku lah...thn ni...wit pt masuk sparuh2..i mean..bukan semua orang dpt wit pt dlm satu masa...ada yg dpt awal..ada yang dpt lmbt..tp...sampai awal bln feb ni jela..then..sume bru dpt...ni kat U ak lah/..thn ni phk pt wat gitu..rasanya myb sume u jg cam 2..wallahualam..aku alhmdllh.akhr bln 12 dh msuk b4 msuk sem 2...kalau fakulti kejuruteraan kt sini,mereka semua xmsuk2 lg wit pt..huhu

    ReplyDelete
  2. hmm,dunnoe bout dat..ak dah tepon pt dy ckp dri bhgn pt sume dah selesai..kne tggu bank yg mskkn dlm akaun..tp sampai ble? nk tggu ak mkn pasir dulu ke? oh, dugaan! pasti de hikmahnya! b'sabarlah!

    ReplyDelete
  3. oohh...bersabarlah..insyaallah..akn hdr sinar cahaya duit 2 xlama lg..em..kat sini pn..kekwan ak yg xdpt wit pt lg pn..merungut jg..nk beli buku kan...xpe2..bersabrlah

    ReplyDelete
  4. amin! semoga Allah permudahkan segalanya!

    ReplyDelete