Monday, April 18, 2011

Hadapi tekanan

Hello everyone, have a nice day! =)

Hari ni aku nak kongsikan beberapa petua untuk menghadapi peperiksaan. Okay sepatutnya aku post benda ni masa orang nak ambik exam PMR,SPM atau STPM kan? Tapi takpe laa disebabkan sekarang adalah musim final exam bagi budak-budak kat U, so serba sedikit boleh laa diamalkan. Check it out!

  • Jangan biarkan masalah peribadi mengganggu anda. Okay yang ni adalah penting kerana dengan masalah peribadi boleh mengganggu konsentrasi kita untuk belaja, jangan campur adukkan masalah peribadi dengan masalah pembelajaran kita kerana ini akan menambahkan lagi tekanan yang kita hadapi untuk peperiksaan. Kalau ada masalah leave it out for a while. Bagi yang ber'couple' tu sila laa bagi ruang tuk bf/gf kita untuk fokus dalam exam takkan korang nak tengok si dia fail disebabkan korang?
  • Baiki kelemahan. Yang ini penting bagi subjek yang kita lemah. Lebihkan tumpuan bagi subjek yang kita lemah supaya kita dapat lebih faham tentang subjek berkenaan. Biasanya mesti kita akan dapat markah rendah dalam sesetengah subjek, so inilah masanya untuk kita pertingkatkan kefahaman kita berkenaan dengan subjek tersebut.
  • Kurangkan aktiviti santai. Tengok tv, melayari internet, men'game' psp/ps2/ps3 atau apa-apa yang berkenaan dan inilah masanya untuk kita lupakan buat sementara. Aku tau dalam banyak-banyak benda ni laa paling susah untuk dihindari termasuk aku sendiri. Tapi untuk sementara waktu takkan tak boleh kan? Setiap kejayaan itu memerlukan pengorbanan, so lakukanlah pengorbanan anda demi masa hadapan.
  • Jangan memberi tekanan pada diri sendiri. Cuak, nervous, takut mesti ada punya lagi-lagi bila dah nak dekat exam. So, jangan terlalu stress memikirkannya. Chill, kalau kita stress tahap gaban pun bukannya kita dapat pape pun so cuba kawal tekanan yang kita hadapi dengan sebaiknya. Don't think 'bout it too much!
  • Pastikan kesihatan berada pada tahap terbaik. Ini adalah yang paling penting. Pentingnya jaga kesihatan lebih-lebih lagi saat-saat nak menjelangnya peperiksaan. Jaga kesihatan anda sebaik mungkin kerana jika kesihatan anda terganggu maka tahap tumpuan anda untuk belajar atau menjawab peperiksaan juga akan terganggu.
  • Dapatkan sokongan keluarga. Yang ini juga penting. Dapatkan restu ibubapa sebelum peperiksaan. Minta maaf dengan ibubapa kita sebelum peperiksaan dan minta juga supaya mereka mendoakan kejayaan kita untuk menghadapi peperiksaan, bukankah doa ibubapa mujarab?

Semasa menduduki peperiksaan
> Berhenti sebentar dan duduk dalam keadaan tegak dan tenangkan fikiran.
> Jangan fikirkan kemampuan orang lain dan hanya fikirkan mengenai kemampuan anda untuk melakukan yang terbaik.
>Sekiranya gagal menjawab soalan yang dihadapi, jawab soalan yang seterusnya atau yang lebih senang. Jangan berhenti pada satu-satu soalan dengan terlalu lama kerana ianya akan merugikan masa untuk menjawab. Sebaik-baiknya teruskan pada soalan yang seterusnya.
>Last but not least, berdoalah. Berdoa kepada Tuhan supaya dikurniakan ketenangan untuk menjawab soalan peperiksaan dan juga kejayaan dalam peperiksaan.

Selamat mencuba dan beramal! =)

No comments:

Post a Comment