Wednesday, April 13, 2011

Just Around The Corner

Walaweyhhh~ Final Exam datang lagi (!). Ya, nak tak nak itulah kenyataannya. Sem 4 bakal melabuhkan tirainya, lagi 2 hari maka akan berakhir lah kisah suka duka untuk sem ni. Selamat tinggal sem 4 and welcome sem 5 (!).
Oh yeah~
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Pejam celik, pejam celik sekejap je dah nak abis sem, uhuu~ Dah 2 tahun rupanya aku kat U ni ye? Minggu depan aku dah start study week tapi disebabkan oleh aku start exam lambat, setelah di teliti calender tambah tolak darab bahagi aku ada lebih kurang 2 minggu gap sebelum final exam. Syok memang syok tapi lagi syok lepas tu sebab aku akan ada exam straight dan berderet-deret lepas tu tanpa ada gap! Oh, sampai hati dorang susun jadual exam aku camni! Mana boleh! 5 hari berderet-deret kot, setiap hari ada exam belum lagi yang 1 hari ada 2 exam. Wuu~ memang lepas abis exam tu sume jadi zombie laa nampaknya sebab tak cukup tidur. Hah, memang gembira sangat-sangat tengok jadual exam dia sampai keluar air mata (hambik kau!). Apa-apa pun aku redha dan tawakal jela sepanjang minggu tu. Semoga Allah memudahkan setiap urusanku dan memberi kesenangan bagiku untuk menghadapi hari-hari peperiksaan. Amin! Tolong doakan kejayaan aku ye kalau ada sesiapa yang baca entry ni. Semoga kejayaan milik kita bersama!

2 years more before i finished it. Be a graduation, go out there with full of proud of myself. (sorry ni bukan riak/takbur ok?!) It just to make my parent smile happily with me, be proud to have a daughter like me. There's no parents out there which is don't want to see his/her son be a successfully person. Most of them wants their children be a success man but it doesn't meant that if you are fail they will not take care of you, please remember that whatever you do,they will be always behind you. Give you supports no matter what that you did. Just work hard and be a good man, make them proud of you even though you are not the man that they are desire you to be. =) Maybe i am not a good daughter but i will try to be nice and good daughter. Nobody is perfect but we can try to be perfect even thought we are not perfect (!).

Monday, April 11, 2011

Traffic Jammed

Ohoo~~ bagi siapa yang duduk kat bandar-bandar besar macam KL ni memang takkan terlepas punya lah dengan keadaan traffic jam, boleh dikatakan dah terbiasa sangat kan? Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Tiap-tiap hari jam! Waktu puncak ke bukan waktu puncak ke, siang malam pagi petang mesti jam. Sampai mak aku penah cakap "orang KL ni memang tak tidur ke? Siang jam, malam pun jam gak". Uhuu~~ nak wat camne? Dah memang kehidupan di bandar begitu.
Kat sini aku nak share sikit camne nak atasi, hadapi dan tangani masalah ni. Cewah, cam pro je aku ni kan? Hahahah, koya gila aku nih!

  1. Apa-apa pun first kita mesti laa hindari. Cuba cari alternatif lain, means guna jalan lain. Dah tau jalan tu tiap-tiap hari memang slalu jam guna laa jalan lain. Bukan ada 1 jalan je kan? Tapi kalau memang itulah satu-satunya jalan yang ada nak buat camne lagi? Nak tak nak lalu jela dah takde jalan lain dah, kang tak pasal-pasal nak pergi tempat lain tempat lain pulak sampai yang tu aku tak tau.
  2. Guna pengangkutan awam. Haa,yang ni bagus tuk menggurangkan jumlah kenderaan di jalan raya. Murah, jimat kos dan tenaga. Tapi biasa laa mesti ada pro dan contra nya kan? Well aku pun kalau naik komuter memang sakit hati laa, dengan kena tolaknya dah 1 hal bila train penuh, bab himpit-himpit laki pompuan pun dah 1 hal, kalau dah himpit-himpit tu paham-paham laa, tak kurang jugak dengan si celuk saku. Yang ni ramai gak kawan-kawan aku yang kena tapi nasib baik laa sekarang ni dah ada coach wanita so takde laa macam dulu lagi, dah tak payah nak berebut-berebut dengan orang laki, foreigner, mat bangla dan mat indon. Tapi kan aku respect kat lecturer aku sorang nih dia takde kereta! Even dia datang fakulti naik penggangkutan awam. Nak kata dia tak mampu memang tipu laa, tapi dia memang sangat bagus! Sangat menjaga environment!
  3. Kalau boleh laa kan, kalau datang kerja ke apa ke biar laa penuhkan kereta tu. Aku ni payah sikit nak amalkan sebab ape, bukannya sume orang nak pegi destinasi yang sama kan? Dan bukan sume orang tinggal di kawasan yang sama tapi kalau boleh share, share laa kereta dengan kawan-kawan.
  4. Kalau berada dalam kesesakan lalu lintas kita memerlukan banyak kesabaran. Aku tak paham laa kenapa orang tak leh nak bersabar walaupun berada di jalan raya. Hey, ko nak cepat sampai orang lain pun nak cepat sampai gak boleh tak bawak bersabar sikit?! Ni tak asal nampak kosong je terus masuk laluan orang! Lagi panas kalau jenis potong sebelah kiri pastu tetiba je nak masuk laluan orang. Serius beb! Bikin panas! Sila pastikan anda berada di laluan yang betul dan tolong lah hormat pada pemandu jalan raya yang lain, anda nak cepat sampai orang lain pun nak cepat sampa jugak. Bawak bersabar, pandu cermat jiwa selamat dan ingatlah orang yang tersayang.
  5. Bagi yang berada dalam kesesakan jalan raya, aku paham perasaan korang. Boring kan? Dah laa penat-penat balik kerja pastu tersangkut pulak dengan kesesakan lalu lintas tapi takpe! Aku akan bagi tips supaya korang tak boring masa dalam kereta tengah tunggu traffic jam.
  • Dalam kereta korang mesti ada radio kan? Tipu laa kalau kau cakap takde radio, mesti ada punya! kecuali laa kalau radio dalam kereta tu rosak, heheh. Hah, apa lagi kalau dah tahu boring buka laa radio dengar lagu yang korang suka at least boleh laa layan lagu tu dari korang duk menung tunggu jalan nak clear kan ok tu.
  • Buat laa exercise yang ringan-ringan dalam kereta. At least takde laa rasa lenguh sangat duduk lama dalam kereta tu. Sambil dengar lagu sambil gerakkan badan. Ohoo~~ lupakan apa yang orang perkatakan bila nampak anda berbuat demikian tapi jangan laa sampai over sangat noh!
  • Dalam-dalam penat baru balik kerja mesti lapar kan? Apa kata sebelum korang balik tu singgah laa gerai ke atau kedai kat tepi jalan tu beli goreng pisang ke keropok ke kacang-kacang ke so ada jugak laa aktiviti korang masa dalam kereta tu. Selain tu dapat laa jugak korang alas perut kan? Jangan lupa beli air sekali kang tak pasal-pasal tercekik mana kau nak cari air tengah-jengah traffic jam tu???
Ermmm, rasanya ni saja yang dapat aku berikan buat masa ni kalau aku ada idea lagi nanti aku buat lagi post camni ok? Need to be prepare for my presentation today. Wish my luck! ;)

suatu ketika dahulu::

Aku: Naik komuter? (muka berkerut)
Kawan: Abis tu nak naik pe lagi?
Aku: Ko tau? aku lagi rela duk dalam kereta yang jalan jam daripada nek komuter yang sesak dan berhimpit-himpit tu!
Kawan: Aku pun sama!

Aku: Nak jumpa kat mana?
Kawan: Jumpa kat Mines jela, ang tak suka nek komuter kan?
Aku: Bagus laa. Trima kasih sebab memahami aku. huu~~
Kawan: Aku tau ang tak suka nek komuter.

NotaKaki: Aku tak suka naik komuter yang bersesak-sesak dan berhimpit-himpit laki perempuan. Tapi sekarang dah ada coach wanita so its better than before. Tapi still tak berapa suka sebab nak kena tunggu lama. Isk!

Sunday, April 10, 2011

Ice Room

Ohoo~~ moshi moshi!
Wah, lama gila aku rasa aku tak update blog ni kan?
Nak kata busy, ada laa sikit. Sebenarnya ada je masa nak online tapi nak update blog ni cam takde feel so sekarang baru rasa nak tulis something.

Kenapa ice room???
Ok, aku bukan ada kat bilik yang dipenuhi salji apatah lagi dalam peti ais atau apa-apa yang seangkatan dengannya tapi ice room ni sebenarnya adalah sebuah restoran! Yup, restoran yang diberi nama Ice Room. Aku pergi makan kat sini masa aku pegi nilai hari tu, umah ayah sedara aku. Malam tu dia bawak aku kuar nak beli barang tapi alang-alang tu makan terus laa kat luar tak payah dah susah-susah balik nak masak lagi. *Ni hanya boleh di amalkan masa baru-baru dapat gaji je ok! Dan bagi orang yang ada anak baru sorang dua, kalau nak belanja orang pun pastikan kat lebih dari 3 orang kalau tak memang pokai laa lepas tu.

Ok teruskan pada cerita yang asal. Pada mulanya ayah sedara aku ni nak ajak pegi makan kat Sushi King. Dia tanya aku ni makan tak sushi? Agak-agak boleh masuk tak kalau nak makan benda ni. Dia cakap kalau rasa geli-geli nak makan cakap awal-awal nanti kan rugi je beli tapi aku tak makan. Tetiba masa tu aku teringat yang aku penah beli sushi kat Carrefour dulu tapi memang aku tak makan, tak tau laa kenapa tak leh nak masuk kat tekak nih tapi maybe jugak sebab cara dia buat ke? Yela beli kat Carrefour pastu dy letak plak kat tempat fozen so macam ada bau-bau sikit terus tak lalu makan last-last ayah aku yang abiskan semua sebab orang lain suma taknak makan. Ok, lepas tu dah decide nak try jugak makan kat Sushi King bila masuk je kedai tu terus rasa panas dan berwap. Rupa-rupanya black out so kat situ just ada sushi kalau nak order makanan lain tak boleh sebab dapur tak boleh guna so kitorang pun keluar laa. Dalam hati aku "melepasssssss!" ye, melepas laa nak makan sushi orang belanja. Wuuu~~ Then, lepas tu laa dia bawak aku pegi Ice Room. Makanan dia not bad laa, sedap jugak yang specialnya dia punya ais cream! Yummy!

Ice cream blueberry! Yummy!
*Ice cram ni sebenarnya dah kena makan separuh baru nak ambik gambar. Hehe tapi tak perasan kan???


Ice cream peanut

Chicken chop.

Ermmm,tak tahu laa nama dia apa tapi isi kat dalam dia adalah udang. Sedap!

Ni tomyam. Masam kot!

Yang ni adalah sup cendawan, rasa dia lebih kurang je dengan sup cendawan yang kat pizza hut!

Ni laa antara makanan yang di order malam tu tapi sume makanan ni bukan aku makan sorang ok! Malam tu memang perut betul-betul full laa memang kekenyangan laa malam tu.

Tetiba teringat
Aku: weh, nak makan apa nih?
Kawan: Ala aku nak makan ape ni...ala ape chopstik ke ape nama dia??
Aku: kahkahkah, ko biar betul nak makan chopstik?? chicken chop laa bukan chopstik!
Kawan: (muka blushing) pape laa, jom!
hihihi! XD

Tuesday, March 29, 2011

Down

Hari adalah hari yang sangat-sangat down bagi aku.. Bagaikan jatuh terjelapok ke tanah apabila melihat result test yang baru di keluarkan tadi. Sedih, bagaikan halilintar yang memanah diriku, tanpa kata, diam seribu bahasa! Lalu otak ligat memikirkan apakah yang telah terjadi? Kenapa begini dan kenapa begitu? Bagaikan tidak percaya, mahu disalahkan pada takdir? Oh, mana mungkin! Otak masih ligat berfikir mencari kesalahan diri, di mana salahnya diriku? Lalu, aku teringat akan entri ni yang penah aku post sebelum ini. Ya mungkin ada silapnya, mungkin aku dah lalai seketika daripadaNya. Mungkin aku kurang memohon daripadaNya. Dan sekarang aku perlu bangkin semula, demi masa depanku.. demi harapan kedua ibu bapa ku.. Dan aku memerlukan sokongan darimu wahai sahabat-sahabat ku. Sentiasalah berada di sisi ku, sentiasalah di sampingku, sentiasalah bersamaku kerana kamu sumber inspirasiku. Yang selalu memberiku kata-kata semangat dan dorongan, yang sentiasa di sisi ku di saat aku perlukan mu, yang sentiasa bersamaku di saat susah dan senang. Kita ketawa bersama apabila sedang gembira dan kita menangis bersama tika berduka. Jarak tidak akan dapat memisahkan kita, walau jauh di mata tapi kita dekat di hati. Terima kasih kerana sudi bersamaku dan minta maaf atas segala kekurangan ku, kerana diriku hanya insan biasa yang punya kelemahan dan tak bisa lari dari kesalahan. Semoga ikatan persahabatan kita hanya dapat dipisahkan dengan kematian dan semoga kita dapat berjumpa lagi di sana nan abadi. =)

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 2011



Please save our earth! Just 1hour you can change everything! =)

Tuesday, March 22, 2011

DILEMA

Ya, aku betul-betul dalam dilema sekarang ni. Dilema untuk memilih dan membuat keputusan! Dilema untuk memilih subjek elektif yang perlu aku ambik tuk sem depan. Oh, keliru, celaru dan fikiran tak menentu. Apa yang patut aku pilih? Jikalau aku tak memilih tuk sem akan datang adakah aku masih berpeluang untuk mengambilnya di masa hadapan (sem akan datang)? Sungguh! Sangat menggangu pemikiran aku, keputusan yang mungkin akan memberi kesan di masa hadapan, mungkin bagi orang lain untuk membuat keputusan memilih subjek elektif just a piece of cake but for me its not a piece of cake but the whole of cake! Samada memilih lecturer ataupun subjek yang di ingini sungguh susah tuk membuat keputusan. Subjek elektif yang di ingini tapi lecturer yang mengajar? Ermmm, so and so.. Mungkin akan memberi aku sedikit kesukaran; apakah aku tak sanggup menghadapi cabaran? "takkan kau takde matlamat?" ayat yang membuat aku tersentak sebentar memikirkan sesuatu, kebenaran! Ya, kebenaran! Takkan aku takde impian sendiri? Tapi bagaimana pula dengan pointer yang akan datang? Kesannya mungkin pada pointer. Adakah pointer itu sangat penting? Mungkin ya, mungkin tidak! Semua orang fikir kalau ambik subjek tu like u go to the hell. Ya, aku pun fikir begitu. Bagaikan mengambil risiko yang tinggi kalau ambik subjek tu, dah laa subjek teras (wajib) pada sem akan datang pun aku akan belajar dengan lecturer tu, mampu ke tuk aku carry kedua-duanya sekali? Argghhhhhhhhhhhhh!!!!! Serabut! Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku! Tapi dari rata-rata jawapan yang kawanku memberi jawapan apabila aku minta pendapat; kesemua daripada mereka berpendapat bahawa memilih subjek adalah lebih penting dari lecturer dan mereka menyuruhku supaya memilih subjek daripada lecturer. Bagi sesiapa yang membaca post ni anda di alu-alukan memberi pendapat dan nasihat. Sesungguh ia sangat membantu untuk aku membuat keputusan.

Subjek elektif yang tersenarai:
-Kimia alam sekitar lanjutan
-penilaian risiko dan kesihatan alam sekitar
-teknologi pengawalan pencemaran udara
-teknologi rawatan sisa merbahaya *what i mean above
-pemodelan sistem alam sekitar
-bioremediasi alam sekitar
-sistem tenaga alam sekitar
-rawatan air minum
>>> I need to choose 3 out of 8