Saturday, January 28, 2012

One Piece!


Haa, sape kat sini penah tengok cite ni? Angkat tangan cepat!!! Heheh. Well, sebenarnya aku dah addicted nak tengok cite ni, seriously! Tapi disebabkan haritu aku balik umah tanpa sempat meng'copy' episod yang seterusnya dari kawan aku so sekarang ni aku duk melangut je la kat umah ni proposal tak terbuat-buat, adoyai~

Kenapa aku suke cite ni??? Sebabnya dalam cerita ni ada semua unsur; persahabatan, kerjasama, leadership, lawak, pengorbanan dan macam-macam lagi. Bagi aku walaupun hanyalah anime tapi dalam cerita dia penuh dengan unsur-unsur kehidupan. Iya lah masakan boleh bergenang air mata aku masa tengok episod dia bergaduh untuk mempertahankan kapal (merry nama kapal tu) yang dah banyak berjasa pada mereka, sebagai ketua Lufyy kena buat keputusan samada nak memilih kapal atau krew kapal dia sendiri; episod dia membakar kapal dia sebab dah tak boleh nak guna dah (merry terbelah dua). Serious memang sangat-sangat touching. Kalau orang lain tengok cite ombak rindu sampai nangis-nangis tapi bagi aku baik aku tengok cite One Piece ni tak rugi air mata aku sia-sia camtu je kan??? Huhuu~


Lecturer: Saya tak tahu babak mana yang semua student duk nangis masa tengok cite ombak rindu tu. Saya tengok cite tu punya cari babak mana tapi takde pun, pelik saya!
Kawan: Mengarut je cite tu dr. saya tengok gelak-gelak je dalam wayang tu. Saya rasa rugi Rm12 pegi tengok cite tu.
Aku: .......(no idea sebab tak engok cite tu ^^ )
p/s: Tapi kan bagi aku laa aku tak suka tengok cite melayu kalau nak tengok kat wayang sebabnya bila aku kuar mesti aku rasa menyesal/rugi duit aku tengok cite tu. Bukan aku tak menyokong industri tanah air kita sendiri tapi apa yang aku nak tengok kadang tu tak menepati cita rasa aku. Memang ada je cerita yang bagus tapi tak banyak. Hmm.
...........................

Aku: Yeahh, dah abis tengok cite One Piece 407 episode!!!
Dia: Perghhhh!!! 407 episode banyak tu!!
Aku: Hehe, ko ada cite One Piece tak? Nakkk!!!!!!!!!!! Tapi nak episod 4++ keatas.
Dia: Study dulu, lepas exam baru boleh bagi..
Aku: Eh, ko ada ke??? Nakkkk!!!
Dia: Aku takde tapi kawan aku de tengok cite tu.
Aku: Hmm.... -_-!

Tuesday, January 17, 2012

Broga Hill

Hohoho, Hepi Chinese New Year! Eh? Tetiba? (apa aku mengarut nih?). Ni sebenarnya aku nak cerita pasal pengalaman aku panjat Bukit Broga. Well, nice and full of experience! Kira ok laa sekali seumur hidup kan, kalau panjang umur boleh laa pegi lagi, errrr~ mungkin tak kot??? hahah. Haa,munkin lepas nih dah jarang nak update sebab akan busy sikit pasni, tapi bukan sebelum ni aku memang jarang update ke? Heh!

Well, dari perancangan kami sepatutnya kami bertolak ke sana dari uni pukul 5 tapi biasa laa pasti akan ada yang lambat, itu ini itu ini dalam pukul 5.30 pagi baru kami bertolak ke sana. Dalam perjalanan tu semuanaya ok laa, kami selamat sampai kat sana dalam pukul 6.20 pagi tapi pada mulanya kami ingat kat sana takde orang langsung jadi agak menakutkanlah bagi kami yang semua perempuan ni, yela mana tahu pape jadi kan sape nak tolong? So kami decide tuk sembahyang subuh dulu kat surau berdekatan. Lepas sembahyang kitorang pegi balik kat tempat tu dan tengok-tengok dah ada kereta kat situ means dah ada orang lah kan? Masa tu dah nak dekat pukul 7 pagi. Then, panjat lah kami berlapan kononya nak pegi tengok sunrise tapi memang tak sempat lah kan sebab kalau nak tengok sunrise at least pukul 7 dah ada kat atas sana tu tapi kitorang still duk panjat lagi kat bawah mana nak nampaknya. Well, sebenarnya nak naik atas tu agak jauh gak laa nak kena jalan, dalam 1.7km kalau ikut signboard dia tu. Nak panjat tu agak mencabar gak laa sebab naik bukit memang perlukan stamina yang tinggi dan perlukan tenaga yang lebih. Nak panjat bukit dengan jalan saja beza kot kalau jalan je ok lagi laa tapi bila dah nak kena naik cerun memang perlukan tenaga laa. Masa sampai kat tengah jalan, kira dah 3/4 tinggi bukit tu kitorang jumpa sorang aunty nih kalau korang nak tahu umur dy dah 50 tahun tapi still kuat tuk panjat Bukit Broga tu kitorang yang muda belia remaja ni baru separuh jalan dah semput termengah-mengah. Aunty tu cakap 3kali dalam setiap minggu dia akan panjat bukit tu, kiranya dia panjat bukit tu sebagai exercise tuk dia, well aunty wa salute sama lu!!! Huhuhu~ then kitorang sambung panjat sampai lah ke puncak yang pertama. Lepas rasa nak tercabut segala organ dalaman dan kaki tangan akhir nya sampai jugak kami ke atas. Dalam masa nak sampai ke puncak tu sebenarnya paling mencabar sebab apa? Sebab dia punya cerun tu mak aii 90 degree kot! Ok tipu takkan 90 degree, ada laa lebih kurang dalam 85 degree. Nak panjat tu rasa nak merangkak je tapi memang merangkak pun sikit-sikit yela takut jatuh tergolek memang innalillah laa ak kat situ, memang tak sempat nak kahwin laa jwbnya. Heh! Pape pun ianya satu kepuasan bila dah ada kat puncak walaupun sampai puncak ke-2 je sebab nak naik sampai puncak ke-3 sangat extreme dan bahaya so kitorang decide tuk tak panjat naik.

Masa nak balik pulak memang nak nangis gila-gila laa sebabnya masa nak naik ko kena panjat bukit kan? Bila nak turun nak kena turun bukit laa pulak, setakat turun bukit biasa tu ok lagi ni yang ko panjat bukit 85 degree tu masa nak turun lagi gerun kot rasa cam tak nak balik pun ada sebab tak nak turun bukit yang curam tu. tapi syukur sebab akhirnya berjaya jugak turun dengan selamatnya. Masa nak balik ke kereta tu kitorang terserempak dengan 1 group dak laki, kereta dorang pancit. Mulanya dorang nak pinjam tools tuk tukar tayar tapi malangnya tak muat pulak bolt tu nak buka tayar dorang, then mintak tolong kitorang tuk pegi hantar diorang ke workshop berdekatan. Pada mulanya keberatan lah jugak sebabnya lepas panjat bukit tu kitorang cadang nakpegi berkelah mandi sungai then masa balik nak pegi kilang Barley's (kilang coklat) tapi sebab kesian so pegi laa tolong hantar ke workshop tapi sebenarnya kat pekan berdekatan tu takde workshop pn stakat kedai motor ada laa. Then kami ualang alik 2 kali jugak laa sebab still xdapat saiz bolt yang dikehendaki. Tapi pada masa tu ada jugak orang lain yang tolong dan mungkin bernasib baik dapat laa pinjam saiz bolt yang tepat tuk tukar tayar. Fuhhh! Lega! Tapi sebenarnya agak lama jugak lah kami tunggu hampir sejam jugak kami terkandas dengan 5 orang dari kami jadi cagaran kat kedai motor tu sebab uncle tu tak caye kat budak tu masa nak pinjam tools sebab sebelum ni dia dah penah kena tipu. Huhuu, pape pun lepas tu kami ke Sungai Tekala kononnya nak berendam lah kat situ. Best sebab masa tu tak ramai orang yang tak best sebab ada monyet! Dalam-dalam tengah seronon mandi monyet tu boleh pulak datang curik makanan so terus spoil mood then decide balik uni jela pastu. Around kul 2 kami sampai uni, tapi kesian kat kawan sebab sepatutnya dia balik ke kuantan pukul 2 tapi masa dah drag banyak kat Broga nak pegi kilang Barley's pun dah tak jadi. =( 


Anyway, it much fun and wonderful experience ever! =) Oh, budak yang kami tolong tu sebenarnya budak UIA, kos engineering. Huhuu~

Sedikit sebanyak gambar dari puncak Bukit Broga. =)






 

Thursday, January 12, 2012

First Love


Wahhh!!!! Cam tak caye je aku boleh post pasal benda nih! Hahah. Okeh, ni gara-gara aku tengok movie tajuk dia 'First Love (A Little Thing Called Love)'. Well masa aku mula-mula tengok cerita nih aku dah gelak sakan, lawak! Tapi dalam masa aku tengok cite ni tetiba teringat balik zaman muda-muda dulu. Heheh, yela zaman hingusan dulu time masa kat sekolah. Tipu laa kalau ko cakap ko takde 'first love' masa time skolah dulu, lain laa macam aku ni. Heh, serius! Aku tak tipu! Well, aku rasa semua orang ada first love sendiri kan? Kan? Kan??? Bukan korang je yang ada tau! Aku pun ada gak! Heh, ni nak berlagak sikit nih.

Hah, ni laa first love aku. Jangan Jeles ok? Oppa, saranghaeyo! (Oh, gedik gila)
Ok, berbalik pada cerita yang aku tengok semalam, sebenarnya cerita tu adalah cerita dari Thailand, tapi memang sangat best dan menarik. Mengisahkan sorang budak perempuan yang jatuh cinta kat senior dia iaitu first love dia. Dalam masa yang sama dia cuba macam-macam cara tuk tarik perhatian lelaki tu, well it shows you determination. Mungkin di alam realiti aku rasa ada jugak yang buat camtu. Heh, dengan pelakon lelaki yang hensem + plak dengan pelakon pompuan yang dulunya tak cantik berubah jadi cantik, dengan sedikit humor diselitkan memang perfect! Trust me! Even kawan aku pun ciap marah-marah aku sebab bagi cerita tu kat dia, heheh release tension laa kononnya. Maaf kawan, sebab cerita tu dah mencuri masa study mu tapi ko suka kan??? Heheh, nak tau lebih lanjut boleh tengok sendiri kat SINI-----> First Love (A Little Thing Called Love)   

Aku: Ok dah abis tengok movie.
Dia: Oh, tengok movie rupanya! Study2!
Aku: Heheh, nak study laa ni. =P

Wednesday, January 11, 2012

Dia

Awak..
Tak mengapa awak tiada disisi
Sebab saya ada Dia..
Dia yang selalu bersama saya
Dia yang tak pernah lupakan saya
Dia yang selalu memerhatikan saya
Dia yang setia mendengar segalanya
Dia yang selalu menjaga dan melindungi saya
Walau awak tiada disisi
Saya masih ada Dia
Maaf kalau saya lebihkan Dia dari awak
Sebab Dia sentiasa disisi saya
Ketika awak tiada
Ketika saya tidak punyai sesiapa
Saya tahu Dia lebih memahami saya
Kerana tiada siapa boleh menandingi Dia
Jadi, usahlah awak risau akan saya
Saya tak apa-apa
Walau awak tiada