Wednesday, March 9, 2011

The Naked Man

Surprises!!!

Oh, tak tahu kenapa
tiba-tiba aku rasa macam dah tak selamat nak tinggal kat sini
tempat yang sebelum ni aku rasa selamat tuk di duduki dan di diami telah bertukar menjadi tempat yang agak 'menakutkan'!
perasaan gundah gulana, risau, bimbang, takut
semuanya bermain di benak pemikiran
Apakah yang sedang berlaku sebenarnya?
Apa yang dikehendaki dan di cari-cari sebenarnya???
Ceritanya bermula dari cuti selepas Tahun Baru cina
blok tempat kediaman aku digemparkan dengan berita bahawa 'the naked man' dah masuk blok kami, blok kediaman yang kami duduki di sini
bagaikan panahan halilintar bahkan lebih hebat lagi dari itu! semua orang bagaikan tak percaya setelah apa yang telah berlaku
desas-desus cerita tersebar dengan meluas!
terpana seketika bila mendengar berita yang telah di heboh bagaikan sudah tidak ada lagi kata-kata yang boleh di ucap di bibir setiap orang
bukan sekali, bahkan tiga kali berturut-turut!
hadirnya pada setiap hujung minggu, dan
kemudian hilang seketika bagaikan halimunan
tapi kini kenapa dia kembali semula???
apakah yang dicari sebenarnya?
apakah motif sebenarnya?
semua persoalan masih menjadi tanda tanya
bukan sahaja aku tapi semua warga blok bestari
kenapa jadi camni?
bagaikan tak dapat diterima oleh kewarasan akal
kenapa 'naked man' boleh masuk ke dalam blok tanpa seurat benang pakaian?
motifnya masuk ke dalam blok pada waktu siang???
Oh, memang tak masuk akal
bahkan tak tercapai dek akalku!
Tolonglah wahai 'the naked man'..
please don't disturbed us again!
Don't you ever show your face in front of us without any cloth
We never ever want to see you!
NEVER EVER!

No comments:

Post a Comment