Sunday, March 6, 2011

KERJA TAPI TAK SAMA!

Apa yang penting? KERJASAMA!

Salam..
Oh, mungkin malam ni aku nak luahkan sikit perasaan aku kat sini,
Perasaan yang boleh dikatakan tak puas hati, kecewa, dan mungkin sakit hati pun ada sekali.
Aku nak tanya apa itu kerjasama? Semangat berpasukan? Teamwork?
Bila kita dibahagian dalam group atau kumpulan yang lebih dari seorang untuk membuat atau menyiapkan sesuatu perkara; apa-apa saja benda bila kita dah ada dalam group/kumpulan kita mestilah bekerjasa right? Buat keje sama-sama.. Siapkan sama-sama.. Susah sama-sama, senang sama-sama.. Kalau nak harapkan sorang je nak wat sume keje tu baik tak payah ada group kalau macam tu.. Kalau tak tido sama-sama tak tido, sama-sama siapkan keje tapi what the H bila aku sorang duk pulun siapkan sume keje tu korang duk gelak-gelak ketawa, hepi-hepi macam tak penah ada keje yang nak kena ciapkan, even tak penah ambik tahu pun pasal sume keje yang nak kena ciapkan! Hey! Ni keje berkumpulan! Bukan keje sorang-sorang! Seriously, ni laa first time aku rasa sangat-sangat kecewa dengan dorang, kalau korang tak tahu nak buat sekalipun ko ingat aku ni tahu nak buat ke sume tu???? Sebab tu lah lecturer bagi group suh duk bincang ramai-ramai dalam group cari jalan penyelesailan tuk buat sume soklan assignment tu! Bukan ko wat tak tahu je bila dah tak tahu nak wat.. Kalau aku sorang je yang nak kena duk pikir camne nak selesaikan sume soklan memang tak dapat laa, pe ko ingat aku ni genius??? Tengok soklan je dah boleh jawab? Bukan tu je korang langsung tak tanya apatah lagi nak buat-buat tanya pasal keje yang diberi tu. Korang tak penah nak ambik tahu pun ye? Tak penah rasa risau pun assignment tak ciap, tak berhantar? Isk, penat! Letih! Nak menangis pun ada aku dengan perangai korang sume. Korang tak sedar ke markah assignment ni akan dibawak ke final? Kalau assignment pun dah tunggang terbalik, camne laa dengan result final nanti? Test pun dah ntah kemana. Tolonglah! Jangan berharap kat aku sorang je, kalau aku tak tanya korang wat tak tahu even aku tanya pun korang takde respond! Jangan sampai kesabaran aku memuncak, jangan sampai aku bertindak di luar jangkauan korang sume. Aku diam tak bermakna aku setuju dengan tindakan yang korang buat! Tolonglah.. Aku merayu supaya bagi kerjasama, walaupun aku tahu 'dorang' tak kan baca dalam blog ni even tak tahu pun kewujudan blog ni tapi aku harap dorang tak pentingkan diri sendiri. Tolong fikir tentang orang lain jugak, jangan terlalu berharap kat orang lain.

Dimana kerja berpasukan?

Nota kaki:
1. Hari jumaat lepas aku hantar assignment yang tak siap. Hanya separuh yang di ciapkan tu pun aku buat dengan kawan aku lagi sorang. Aku hantar dan direkodkan atas nama aku yang menghantar assignment sebagai wakil kumpulan 7.
2. Kami semua ada 7 orang tapi yang buat hanya 2 orang, mana lagi 5???
3. Adakah mereka masih tidak paham apakah itu erti kerjasama?
4. Perlu ke aku korbankan diri sendiri untuk mereka? Owh,sem lepas aku penah laluinya juga tapi takde laa seteruk sem ni, at least dulu just sorang dua je yang wat masalah tapi ni hampir kesemuanya! Dulu aku pulun wat report nak dapatkan markah the best tapi bila result final aku hanya dapat C tapi yang tak wat keje tu dapat B! Adilkah?
5. Isu keikhlasan timbul bila sudah lama memendam perasaan. Pada mulanya ikhlas dan di pertengahannya bertukar menjadi tak ikhlas? Oh Tuhan, kau jauhkanlah aku dari perasaan itu!
6. Mengharapkan kerjasama dari ahli kumpulan yang lain. Tapi bagaimana???

Kan bagus kalau aku ada ahli group yang camni!

No comments:

Post a Comment