Tuesday, May 29, 2012

Fly To SK?


Pertamanya, syukur alhamdulillah sebab impian yang sebelum ini sangat-sangat dihajati tercapai. Bagaikan mimpi tanpa kata disaat mendengar perkhabaran gembira tapi itu hanya lah sesaat cuma, lantas bertali arus fikiranku memikirkan ujian, dugaan dan cabaran yang mendatang yang perlu ku harungi. Final exam, projek FYP, program-program lain yang bertindih antara saru sama lain, (tarik nafas panjang, hembus perlahan-lahan). Bila memikirkan itu semua, sungguh sesak bagi ku.. Hati ku, perasaan ku bagaikan susah untuk bernafas. Ya, bukan mudah untuk dapatkan sesuatu yang kita nak, ianya tak semudah yang disangka. Ya Allah, kau bagilah aku kekuatan tuk menghadapi ujian, dugaan dan cabaran yang mendatang.. Sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah Ya Allah.. Untuk lepas abis exam ni dah banyak program menunggu ku, 25-28 Jun - kursus indaksi green putra (buat kat PD & Cameron) ; 29 Jun - 1 Julai - program motivasi bersama budak skolah SMK Abu Bakar (abs school); dalam perancangan nak pergi sampling 26-27 Jun; dan last sekali 1-16 Julai aku dah takde kat sini. Tuk program motivasi memang aku dah reject awal-awal, memang tak sempat pun kan nak join tapi tuk kursus induksi tu aku harap sangat aku boleh skip sebab aku nak kena pegi sampling. Tolong laa faham En. Pres ~ i need to do my field work or something else i will get mad from my SV or else i will not able to finished up my project, please give me an optional.

En. Pres : eh, pegi tw kursus kat PD tu. Penting tu.
Aku : alaaa, aku nak pegi sampling laa.
En. Pres : takde, takde.. sampling tu dunia je.
Aku : ............ (g kursus tu pn dunia gak!)

Ok, sebenarnya memang banyak benda yang buat aku runsing, pening dan sesak buat masa ni. Banyak benda yang perlu aku settle kan dalam masa yang sama; urusan passport, exam, abang aku nak nikah lagi, sampling lagi, nak kena pergi kursus lagi, nak kena prepare barang sebelum berlepas lagi. Sungguh! Ni sume buat aku sesak. Aku harap semuanya akan berjalan lancar, Ya Allah permudahkanlah bagiku urusanku..

 ...............................................
Aku : paperwork aku dah lulus! =)
Kawan : wahhh, mantap! 
Aku : mantap laa sangat.
Kawan : mesti ko excited kan
Aku : serabut kot aku.
Kawan : t ko kne laa blaja bhsa dorg skit2.
Aku : cakap bi xleh ke?
Kawan : tgk laa jgk, tp cm dorg xreti nk cakap bi je.
Aku : dah laa bhsa dorg ssh. =(
Kawan : ko blaja benda2 yg simple je, yg ko rse perlu.
Aku : hmmm,yela...
.................................................
 Aku : yeay! paperwork dah lulus!
Dia : tahniah!! i'm proud wif u. =D
.................................................



Thursday, May 3, 2012

Ice Skating

Salam & hai.. ^^V  Harap semua sihat bagi sesiapa yang baca post ni laa.
Well, sebenarnya aku takde mood sangat nak post pasal benda ni tapi disebabkan oleh seseorang aku post kan jugak laa. Ice skating.. Suka, gembira, teruja bla bla bla... (yang menunjukkan perasaan excited) tu semua masa mula-mula nak main, yela jakun tak penah main ice skating nak kata main ice skating masuk Sunway Pyramid pn tak penah sebelum ni mananya tak excited state bila masuk sunway tu. Tapi tu semua hanya sementara, 1st round main ok lagi laa sebab tak jatuh tapi 2nd round main memang jatuh bertimpa-timpa laa. Mula-mula jatuh biasa je so tak kisah sangat laa,yela tak pandai main mustahil laa tak jatuh kan??? Ok kawan aku tak jatuh walau sekali pun! Heh, bila kali kedua aku jatuh lepas orang tolong angkatkan aku memang time tu aku dah rasa sakit sangat. Errr~ kaki cramp! Masa tu aku rasa kaki aku macam dah tak boleh nak gerak dan masa tu memang aku berdiri static kat tempat aku jatuh tu sebab rasa tak boleh nak gerakkan kaki. At last aku cuba jugak gerakkan kaki aku sebab takkan aku nak berdiri je kat situ jadi macam patung. Then,aku try laa lagi main tapi malang memang dah berbau sebab aku tak boleh nak imbang badan tambah plak aku tak reti nak break time tu memang aku langgar je sorang budak cina kat situ, maaf aku tak sempat nak cakap suruh ketepi terus aku langgar dia. Well, aku tau dia cakap something pasal aku dalam bahasa cina dia sebab aku langgar dia lepas tu aku terus keluar. Huhuuu~ time balik aku dah rasa something kat kaki aku..SAKIT!!! Ya, sangat sakit dan time tu aku dah jalan terhincut-hincut sampai kawan aku sendiri perasan. Malam nya kaki aku lagi sakit sebab rasa dah tak boleh nak pijak lantai paling seksa bila time sembahyang nak rukuk, duduk antara dua sujud dan nak berdiri balik memang nak menangis aku dibuatnya. Huhuu~ kalau laa mak tau aku jatuh camni sekali (jatuh secara terduduk) memang kena marah laa aku jawabnya. Sedangkan dulu aku jatuh kat toilet sebab selipar licin pun dah puas kena marah sebab takut pape jadi kat sistem peranakan dan masa tu aku ciap kena urut lagi tu aku jatuh skali je ni aku jatuh banyak-banyak kali camne? Huwaaaaaa~~~ :'(

 Ok, masa aku main ramai orang kot! yela time cuti public holiday pulak tu mana tak nya.

 ...............................
Aku : Sakit gila badan aku jatuh sebab main ice skating.
Kawan : Fuyohh,men ice skating tu. ko men kat mne? sunway?
Aku : yela kat sunway laa, kat mana lagi ada tempat ice skating.
Kawan : a'ah kan. mesti ko jatuh t'golek2.. hahah
Aku : aku xde laa jatuh t'golek guling2.
Kawan : hahah, lps ni try laa plak men snowboard.
Aku : mana laa aku nak cari snowboard kat m'sia nih? aihhh
Kawan : ko datang laa cni.
Aku : .......??? (hmm,yela klu de rezeki sampai laa aku kat sne)
................................
Aku : Huhuuu~ =(
Dia : Kenapa sedey ni..?
Aku : Rasa xsihat sbb jatuh kot.. badan rse sakit2
Dia : jatuh..? bile..? teruk x..? jatuh katne ni..?
Aku : jatuh men ice skating............

p/s: Nak kata serik tak tahu laa dah serik ke belum main ice skating nih. Tapi at least aku dah capai impian aku nak men ice skating walaupun mungkin hanya sekali. Aku cuba capaikan impian aku satu demi satu kerana aku tak tahu sampai bila aku boleh hidup.

p/s/s: Mungkin kalau aku ada rezeki lain kali aku boleh cuba pulak main snowboard! Woah! Thanks kawan! =)

p/s/s/s: Aku bukan sape2 bagi 'Dia' dan sebaliknya. Tapi aku suka berkongsi dengannya. =) Tolong jangan disalah erti kan ya?

NotaKaki: Trima kasih buat kawan2 ku sebab begitu mengambil berat akan diriku. love u!  

Monday, April 30, 2012

Kursus Kahwin

Salam..
Yo, wassup bro & girls.. Pehhh, motif?
Heheh, terasa macam dah lama tak tulis something kat sini almaklumlah busy laa katakan, ye dok?? Heh. Well, berdasarkan pada tajuk di atas (skema laa plak) sebenarnya aku nak cerita pasal kursus kahwin. Biasa laa bila sebut pasal kursus kahwin mesti orang akan ingat kita dah nak kahwin kan? Tapi tak semestinya orang yg pergi kursus kahwin tu akan melansungkan majlis perkahwinan dalam masa yang terdekat. Mungkin dia akan kahwin setaun akan datang atau dua tahun akan datang atau bila-bila masa yang sesuai kerana soal jodoh itu terletak pada Allah s.wt. Dia maha mengetahui segala-galanya tak gitu? "Nak pegi kursus kahwin? Ko dah nak kahwin ke?". Well, benda tu biasa, jangan nak buat terkejut atau buat-buat terkejut plak. Heh. Ok, kembali pada topik di atas. Walaupun aku bukannya dalam keadaan nak kahwin dalam keadaan terdekat tapi sebab rasa macam akan memudahkan di masa akan datang bercampur dengan perasaan ingin tahu so aku gagahi jugak laa tuk pegi kursus tu. Apa yang aku boleh cakap bila abis kursus kahwin ni adalah lebih banyak ilmu yang aku perolehi, benda yang kita tak tahu sebelum ni lepas pegi kita dah tahu serba sedikit berdasarkan pengalaman yang diceritakan. Banyak ilmu yang aku dapat lepas pergi kursus tu, walaupun experience is the best teacher tapi experience dari orang lain pun kita boleh jadikan guru kita sebagai panduan supaya tak tersalah jalan. Pape pun memang best laa pergi kursus kahwin tu sebab tak kering gusi dibuatnya asyik duk gelak je dari pagi sampai petang, lawak sangat!! Tapi dalam masa yang sama aku dapat rasa something kurang bila dia cerita tentang perkahwinan dalam pada masa tu tetiba aku terfikir pemahaman antara lelaki dan perempuan tu perlu semasa dalam kursus kahwin, dan ape yang aku dapat simpulkan maybe pergi berpasangan dengan bakal suami/isteri adalah lebih baik, bukan aku cakap pergi bersedirian tu tak bagus tapi adalah lebih baik jika kedua-duanya pergi bersama. Pape pun aku nak cakap memang best laa pergi kursus tu dan banyak ilmu yang aku peroleh dari situ. So, korang ape lagi? Cepat-cepat laa pegi.. Heheh



 

Monday, March 26, 2012

Malu?

 Hahah, mungkin ada betulnya... =)

Hahah, well aku tak penah rasa malu sampai camtu sekali masa hari tu. Aku tak tahu kenapa. Nak kata aku buat perkara yang memalukan tak pulak, tapi serius! Aku memang malu sampai rasa tak tahu nak letak muka kat mana. Mungkin tu perasaan aku je kot tapi malangnya dia pun perasan. Hahah! Maaf lah ye aku memang dah malu gila, rasa tebal muka sampai tak sanggup nak tegur. Heheh, apakah? Mungkin dia adalah ujian untuk ku...

Thursday, March 15, 2012

Bahasa Jiwa

"Tidak semua manusia mengerti s'gala perasaan yang ada di hati kita
Tidak pula dapat selalu memahami gejolak jiwa yang ada di dalam diri kita
Janganlah selalu mengharapkan orang lain harus mengerti akan perasaanmu walaupun ia adalah sahabat karibmu sendiri...
Kar'na perasaan adalah bahasa hati yang dapat berubah di setiap waktu
Hari ini ia adalah orang yang sangat mengerti akan perasaan hatimu
Mungkin esok ia adalah orang yang paling tidak memahamimu
Janganlah memaksa kar'na saudaramu juga hanyalah seorang manusia biasa
Cukuplah hanya Allah tempat mencurahkan segala isi yang ada di hati kita dan menumpahkan segala perasaan yang ada di jiwa
Tidak semua manusia mengerti s'gala perasaan yang ada di hati kita

p/s:Sahabat adalah orang yang paling mengerti siapa kita, tapi sahabat kita itu juga manusia jadi wajar ada kalanya dia tidak memahami kita...jadi,kembalikan ke niat awal untuk bersahabat.Bukankah Allah yang telah menyatukan hati 2 orang sahabat ??? Maksudnya,biarkan Allah yang mengubati luka hati itu...okay?"
Ni adalah post status dari cousin aku kat fb. Untuk pertama kali aku baca post ni sebenarnya aku tak dapat tangkap makna yang tersurat dan tersirat yang ingin dia sampaikan, dan lepas dua tiga kali aku baca, baru aku tersedar sesuatu. Lama aku memikirkannya, betulkah? Dan akhirnya aku dapat jawapan... Memang benar apa yang diperkatakan. Walau pada mulanya aku seakan tidak mahu mengakuinya dan kemudian aku sedar ianya tak seperti yang kita sangkakan. Masakan orang lain boleh memahami perasaan kita yang terpendam rapi di lubuk hati? Bahkan yang tersirat amatlah susah. Bila melihat pada diri sendiri, ya sebelum ni aku mengharapkan agar orang lain/sahabat mengerti apa yang ada di hatiku walaupun tidak diungkapkan. Dan kini aku sedar bahawa hanya DIA yang mengetahui apa yang ada di lubuk hatiku, hanya DIA yang mengetahui tanpa perlu bercerita panjang kerana DIA lebih dekat dengan jiwa tanpa perlu kata-kata.

p/s/s: Sebenarnya ayat di atas adalah dari lagu Bahasa Jiwa by Maidany

Andai Aku Adalah Tulang Rusukmu Yang Telah Hilang



Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana….
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang  selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
Buat bakal imam Ku..


Sunday, March 11, 2012

Finishing School

Annyeonghaseyo!!! ^^V
Opss!! Ter'korea' laa pulak!
Bukan apa ni just nak cerita pengalaman arini pegi finishing school. Well, it's just like compulsory for us who will be graduated as an undergraduate student. (Perhhh, dah start dah aura finishing school aku. Yela kitorg kena cakap bi tapi belakang faci cakap je pun bm,hak3). Ok, ni bukan apa yang aku nak cerita sebenarnya. Nak jadikan cerita, ada satu aktiviti ni yang mana kitorang kena tulis first impression kat orang yang baru kami kenal yang mana kertas akan ditampal kat belakang setiap orang dan nanti orang lain akan tulis kat belakang kita yang mana kita tak tahu apa yang dia tulis, nak cam tulisan pun agak impossible sebab baru kenal kan even tahu sapa yang tulis tapi still tak tahu apa yang dia tulis. Kat sini kitorang boleh bagi impression samada good impression or bad impression + advice or pape laa yang kita nak dia ubah ke. Then, aku tak terkecuali lah. Tapi ada satu yang orang tulis yang buat aku gelak besar jugak laa masa baca iaitu "mcm faezah elai.. hehe tinggi btl" yang aku nak stress kat sini adalah part faezah elai tu. Adoi, memang aku gelak besar laa. Nak kata ada iras aku rasa jauh sama sekali kot, maybe part nama dan ketinggian kot tu yang dia tulis camtu. Anyway thanks to those who write at my back, InsyaAllah I will try to improve my self. Seperti yang faci aku kata benda ni adalah tuk kita tahu apa impression orang kat kita terutama yang baru kenal dan kita cuba tuk perbaiki kelemahan kita tu tuk jadi lebih baik. InsyaAllah. Kalau orang tak tulis/cakap mana kita nak tahu ye dak? Heheh, ok sampai di sini saja perutusan tuk arini. Wish my best luck for tomorrow mock interview ok? Nite, wasalam. =)

Nampak tak? Maaf laa hanset murah je, nak beli kamera tak mampu. Huhuu~
(kalau boleh zoom try laa zoom tapi better tak payah kot, malu!)