Saturday, August 18, 2012

Ini Harapanku


Aku : saya tidak layak untuk awak.
Kau : Kenapa?
Aku : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…
Kau : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Aku : awak pintar, awak ada banyak peminat.
Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
Aku : saya juga tidak dalam  ilmu agama.
Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
Aku : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…
Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
Aku : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.
Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.
Aku : Awak terlalu sempurna.
Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?
Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.
.
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).
.
Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:
“Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut”


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/temuilah-ayah-saya/#ixzz23mxQTYDR



p/s:
pada saya,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah menduga.
biar dia tahu yang buruk,
sebelum mengharap yang baik-baik.

kalau dia ikhlas, 
dia akan sedia menerima yang kekurangan yang ada, 
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.

apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikkan
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?

biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini.
biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu.
biar dia tahu. biar dia buat keputusan.
supaya dia tak rasa tertipu, supaya dia tak menyesal kelak.


Wednesday, August 15, 2012

Lamaran?



Bismillah..
"Saya bukan baik, tapi saya cuba tuk jadi yang terbaik" tersentap seketika bila membaca bait tulisannya. Sungguh ini bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Ini tentang masa depan dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Ianya tak sama dengan permainan kanak-kanak dulu kala, kerana ini adalah tanggugjawab dan amanah dariNya yang perlu dipikul selepas lafaz ijab dan kabul. Dan bila tiba saatnya, bagaikan terpana dengan kata-katanya. Adakah ini takdir dariNya? Bagaikan halilintar yang tersentuh dijiwa, mulut terkunci bagaikan hilang bicara, otak ligat mencari rasionalnya dan hati mula gundah gulana. Semuanya hadir tanpa dipinta, adakah ini takdirNya? Maka bermula saat ini, istikharahku akan meniti di setiap hariku. Mengharap petunjuk dan keredhaan Ilahi.

Pesanan dari sahabat: Kalau buat istikharah jangan bias, kawal emosi kat tengah-tengah dan jangan bias kat mana-mana.

..............................................................................................................................................................

Dan sekarang telah ku lepaskannya pergi tuk kedua kalinya, masih adakah tuk kali ketiga???. Sungguh, tiada kata dapat ku singkapkan hanya memandang sepi apa yang terjadi. Mungkin ini cara terbaik untuk sekian kalinya kerana aku percaya pada takdirNya dan juga qada' dan qadar dari Tuhan yg Esa. Masakan tulang rusuk boleh tertukar walaupun terpisah pasti akan bercantum semula. InsyaAllah, kalau ada jodoh tak kemana. Janji Allah tu pasti kerana perancanganNya adalah sebaik-baik perancangan. Berserah dan bertawakallah kepada Allah. Semoga diriku dikurniakan ketenangan dan kekuatan untuk menempuh segala ujian dan dugaan yang Engkau berikan Ya Allah. Aminn Ya-Rabb.




Sunday, August 12, 2012

Fikiran Terbang Melayang


Perjalananku bagaikan terhenti di sini
Nafasku bagaikan tersekat
Diriku bagaikan kaku seketika
Seperti manusia beku
Mata terpejam ingin melupakan
Tapi otak tetap ligat memikirkan
Mengharapkan sebuah jawapan
Dari semua persoalan
Hati berkata dan otak mencerna
Agar mereka seiring dan sehaluan bersama
Tapi apakan daya
Otak dan hati sangat berbeza
Masakan sama fungsinya?
Arghh, inginku keluar darinya
Berhenti berfikir semuanya
Berlari menuju kehadrat Ilahi
Mengharap ketenangan abadi.