Sunday, May 8, 2011

Urban Heat Island





Hmm,ak post entry ni sebelum aku balik umah esok, lepas ni aku tak tahu bila pulak aku akan post lagi entry kat sini. Maybe lepas aku balik kem? Tak pun lepas aku abis cuti? Hoho, lama tu lagi 4 bulan baru abis cuti sempat lagi nak beraya kat umah nih!

Ok, back to the point. Kenapa aku post pasal ni 'urban heat island'?. Sebabnya sekarang ni aku rasa panas sangat sangat, panas yang berbahang. Even aku baring kat katil dengan kipas terpasang dengan 'kelajuaan' 5 aku still rasa panas, rasa berbahang yang membuatkan aku berpeluh-peluh ni tak payah nak bersusah-susah pegi jogging atau sauna sebab kat dalam bilik pun aku dah rasa macam duduk kat dalam sauna. "Eleh ni baru panas dunia belum lagi panas akhirat. Kat akhirat nanti lagi berganda-ganda panas kot". Hek eleh, memang laa kat akhirat panas dia lagi berganda-ganda tapi panas kat dunia ni manusia yang buat tau! Kenapa aku cakap camtu, ni laa sebab dia urban heat island nih!

Apa itu 'urban heat island'?
Mana-mana kawasan yang membangun (biasanya kawasan bandar) yang suhunya lebih tinggi dari kawasan sekeliling atau lebih tepat bukan kat kawasan bandar contohnya kawasan kampung.



Apakah masalah yang akan timbul disebabkan oleh 'urban heat island' ni?
Apa yang akan terjadi kemudian adalah peningkatan suhu dalam kawasan ni dan meningkatkan lagi tahap pencemaran yang dah memang sedia ada tercemar ni.



Apakah yang menyebabkan berlakunya 'urban heat island'?
Antara sebab-sebabnya adalah disebabkan permukaan hitam of course jalan-jalan raya yang menyerap haba dari matahari, kurangnya tanaman atau pokok-pokok untuk menyerap haba-haba untuk menyejukan bumi. So, bayak-banyak laa tanam pokok even kat kawasan bandar pun tapi ni sume kerja perancang bandar untuk merancang sesuatu bandar.



Cara mengatasi?
Banyakkan tanam pokok-pokok, bina bangunan-bangunan yang mesra alam, 'environmental friendly', merancang pembangunan yang terancang jangan sampai semua bukit kau nak toreh, semua pokok kau nak gondolkan abis tu takkan semua tempat kau nak jadikan kawasan pembangunan, kawasan perumahan? Aku tau laa semakin lama penduduk kat malaysia ni dah semakin bertambah dengan warga asing nya lagi memang tak cukup dengan penempatan yang sedia ada, kadang tu aku rasa yang malaysia ni dah takde rupa malaysia pun ada pegi mana-mana mesti akan jumpa laa warga-warga asing ni. *sigh*

Ok, laa aku rasa sampai setakat ni je laa dulu tuk entry ni sebab aku rasa nyamuk-nyamuk dah wat party kat dalam bilik aku nih. Oh, aku baru pukul nyamuk dalam 6-7 ekor yang semuanya dah kekenyangan hisap darah aku. Huh, tah pape punya nyamuk! Gggrrr~~

No comments:

Post a Comment