Sunday, May 8, 2011

Urban Heat Island





Hmm,ak post entry ni sebelum aku balik umah esok, lepas ni aku tak tahu bila pulak aku akan post lagi entry kat sini. Maybe lepas aku balik kem? Tak pun lepas aku abis cuti? Hoho, lama tu lagi 4 bulan baru abis cuti sempat lagi nak beraya kat umah nih!

Ok, back to the point. Kenapa aku post pasal ni 'urban heat island'?. Sebabnya sekarang ni aku rasa panas sangat sangat, panas yang berbahang. Even aku baring kat katil dengan kipas terpasang dengan 'kelajuaan' 5 aku still rasa panas, rasa berbahang yang membuatkan aku berpeluh-peluh ni tak payah nak bersusah-susah pegi jogging atau sauna sebab kat dalam bilik pun aku dah rasa macam duduk kat dalam sauna. "Eleh ni baru panas dunia belum lagi panas akhirat. Kat akhirat nanti lagi berganda-ganda panas kot". Hek eleh, memang laa kat akhirat panas dia lagi berganda-ganda tapi panas kat dunia ni manusia yang buat tau! Kenapa aku cakap camtu, ni laa sebab dia urban heat island nih!

Apa itu 'urban heat island'?
Mana-mana kawasan yang membangun (biasanya kawasan bandar) yang suhunya lebih tinggi dari kawasan sekeliling atau lebih tepat bukan kat kawasan bandar contohnya kawasan kampung.



Apakah masalah yang akan timbul disebabkan oleh 'urban heat island' ni?
Apa yang akan terjadi kemudian adalah peningkatan suhu dalam kawasan ni dan meningkatkan lagi tahap pencemaran yang dah memang sedia ada tercemar ni.



Apakah yang menyebabkan berlakunya 'urban heat island'?
Antara sebab-sebabnya adalah disebabkan permukaan hitam of course jalan-jalan raya yang menyerap haba dari matahari, kurangnya tanaman atau pokok-pokok untuk menyerap haba-haba untuk menyejukan bumi. So, bayak-banyak laa tanam pokok even kat kawasan bandar pun tapi ni sume kerja perancang bandar untuk merancang sesuatu bandar.



Cara mengatasi?
Banyakkan tanam pokok-pokok, bina bangunan-bangunan yang mesra alam, 'environmental friendly', merancang pembangunan yang terancang jangan sampai semua bukit kau nak toreh, semua pokok kau nak gondolkan abis tu takkan semua tempat kau nak jadikan kawasan pembangunan, kawasan perumahan? Aku tau laa semakin lama penduduk kat malaysia ni dah semakin bertambah dengan warga asing nya lagi memang tak cukup dengan penempatan yang sedia ada, kadang tu aku rasa yang malaysia ni dah takde rupa malaysia pun ada pegi mana-mana mesti akan jumpa laa warga-warga asing ni. *sigh*

Ok, laa aku rasa sampai setakat ni je laa dulu tuk entry ni sebab aku rasa nyamuk-nyamuk dah wat party kat dalam bilik aku nih. Oh, aku baru pukul nyamuk dalam 6-7 ekor yang semuanya dah kekenyangan hisap darah aku. Huh, tah pape punya nyamuk! Gggrrr~~

Hooray!!!



Perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.


Hai semua..

Amacam? Sihat? Harap-harap sihat hendaknya. Oh, tak dapat nak di gambarkan dengan kata-kata bila hari ni aku dah abis exam! Yay! Selepas 4 hari berhempas pulas memerah segala isi otak dan keringat (tak leh bla tol ayat aku) akhirnya abis jugak! Fuhh, lega beb! Bayangkan selama 4 hari aku kena mengadap 5 papers, well lebih kurang macam spm jugak kan? Tapi pressure dia lebih kat sini bila dah masuk U dan soalan dia mesti laa lagi advance kalau tak baik tak payah belaja kalau camtu. Well, pape pun ni dah cukup tuk membuatkan otak aku sedikit 'short' bila time-time exam camni, rasa sesak nafas pun ada gak bila exam tiap-tiap hari di tambah pulak dengan 1 hari ada 2 papers lagi masyukk~ Ok pape pun segalanya dah berakhir, maka akan bermula laa percutian selama 4 BULAN! Oh, seronok! Tapi sekarang tengah duk sibuk dan pening kepala duk kemas barang. "Awat tak muat beg nih????". Adoi sakit kepala eh! Camne nak sumbat sume barang dalam beg bagi muat semua? Haru betol laa. Sumbat-sumbat sampai muat,wawawa lantak laa. Peduli apa aku? Hik3. Well, untuk miggu 1st dengan 2nd ni aku ada program. Bukan 1 tapi 2!!! Wahh, sungguh bermakna cuti ku ini! (koya gila ayat). Last but not least, bagi sesiapa yang tak abis exam lagi (mesti dah nak abis kan?) good luck buat korang, siapa yang dah abis exam, selamat bercuti dan bagi yang dah memang tengah cuti, selamat bercuti gak! Now i will join the club! Hahah. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. =)

Stress jawab exam, camni laa jadi nya.

Beberapa hari yang lalu:
Dia: bila lagi exam..?
Aku: Arini,esok dgn lusa. :'(
Dia: wahh, banyaknya! Hehe standard laa tu. xyah laa cedey2
Aku: Huu, yela. =(
Dia: Jgn laa risau, kalau risau p beli aiskrim. Makan aiskrim. =)
Aku: ............. ^^

NotaKaki 1: Tengah cari idea dan bahan tuk buat next entry.
NotaKaki 2: Nanti bila aku dah abis program aku akan sediakan 'laporan' penuh pasal program tu ye? Aku pun dah terlampau 'exited state' dah ni. Hehe, sabar na!

Monday, May 2, 2011

Hitler Marah Gula Gula


Please see this video first!

Hahah, adoi laa. Aku tak tahu sape yang buat video ni, tapi aku suka walaupun dia wat aku gelak sampai guling-guling kat lantai. Apa-apa pun mesej dia sampai. Aku rasa semua orang rakyat malaysia dah tahu pasal hal ni; wujudnya klon Kpop kat Malaysia. Cehh, berani lagi guna perkataan Kpop tu 24:7 Group Kpop Malaysia Pertama? Buat aku rasa nak muntah hijau ada laa. Oh peh-lish laa, aku rasa peminat Kpop bakal jadi anti Kpop Malaysia atau nak besh sikit Mpop Malaysia! Hah! Tak kurang dari tu yang tadi pasal Mpop Malaysia group laki ni pompuan pun nak jugak? WTH? Gula-gula? Euuwwww~~ Tolong laa bawak-bawak bertaubat wei, perlu ke nak tiru budaya luar nih? Ko ingat kitorang suka? Oh, peh-lish laa.