Saturday, February 26, 2011

Aku Hanya Wanita Biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

Friday, February 25, 2011

Penat?

Salam.. (senyum)
Aku tak nak tulis panjang sebab aku dalam kepenatan sekarang. Apa yang aku nak kongsikan adalah aku sekarang dalam keadaan yang neutral. Emosi biasa-biasa dan kadang-kadang di luar jangkauan aku. Pelik! Hari tu tetiba aku menyuarakan ketidakpuasan hatiku dan kepenatan yyang aku hadapi masa rehearsal pada hari rabu yang lepas. Maaf ye pengarah saya bukan taknak beri komitmen tapi masa tu jam dah menunjukkan 1.45 PAGI! Tapi kamu masih mahu buat rehearsal yang tah keberapa kali. PENAT! Dan pada masa tu emosi aku tak stabil, ye sekarang ni pun tapi aku still boleh kawal dengan mendiamkan diri kalau tak abis sume orang aku sakitkan hati bila terkeluar kata-kata yang boleh menguriskan hati dan perasaan orang. Ok, sekarang masih boleh kawal. Oh, minggu ni agak full bagi aku. Ye, ari khamis semalam baru abis program lepas tu tidur memang tak sedar diri nasib bek bangun pegi kelas. Huh, dan pada hari ahad ni aku akan ke ZOO neraga sebagai sukarelawan. Oh, yang tu aku tak tahu laa camne penatnya nantii dan pada hari isnin pulak aku akan ada field trip untuk ke KL (or Kg Baru) tuk buat case study tuk kursus ekologi yang aku ambik. Fuhhh, rasa memang best dan harap-harap segalanya berjalan dengan lancar laa. AMIN! Oh, nanti bila aku ada masa kelapangan dan dah tak penat lepas balik dari zoo dan KL t bleh laa aku ceritakan serba sedikit berkenaan dengan perjalanan aku ketika menyertai aktiviti-aktiviti ni.
Ok, aku nak rest sekejap. Nanti aku ada discussion nak kena plan tentang perjalanan kami dan apa yang perlu kami lakukan semasa field trip nanti. Semoga segalanya berjalan lancar dan di permudahkan segala urusan. =)

Surat Untuk Adam


Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya, kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah ku ketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, aku sayang padamu.

Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi duhai Adam, lihatlah dunia kini.

Kini, aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan, dipasar, di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa, aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu, guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku memanjat tangga di pejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha, mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, jika murid bodoh, guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa, kaulah puncanya!

Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam, gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak, disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri.


source:http://www.facebook.com/notes/acho-demi-masa/surat-untuk-kaum-adam/198254083535598

Sunday, February 20, 2011

EXPERIMENT TIME!

Hai sume! =)
waahhhhh... (rolling eyes) Tengok laa blog aku ni, dah bertukar wajah laa... i like!
Uhuu~ boring ye? Ni laa keje aku tyme aku boring dan keseorangan kat dalam bilik ditambah plak dengan kerajinan so jadi laa camni.. (padahal de je keje lain; report malas nak wat! huh)
Ok, abaikan je tu sume, ni aku nak cite skit pasal experiment aku tuk dua miggu yang lepas ni. Memang boleh dikatakan memang terbaik laa wa cakap sama lu! Uhuu~

1st experiment kitorang kena wat pasal ikan. Oh, sebelum tu aku lupa nak cakap ni adalah experiment yang kitorang kena jalankan di bawah kursus/subjek biologi pencemaran. Ye, dengar pasal pencemaran ni laa yang kitorang kena wat. Monitor ikan tuk seminggu ala ni lebih kurang kena bela ikan tu laa tapi air yg kitorang guna dah bercampur dengan air yang tercemar; yang ni aku tak tau lab assistant tu ambik air tercemar ni kat mana, maybe air dari kilang. Hmm~ Then tuk menjalankan experiment ni kitorang memerlukan 3 bekas aquarium yang kecik sebab kitorang guna ikan kecik je, setiap bekas akan di isi dengan 20 ekor ikan iaitu dari spesis tiger bulb dan lagi 1 spesis kitorang tak tau nama dia ape so kitorang letak jela 'no name'. So, tuk dipendekkan cerita objektif experiment ni adalah tuk tengok samada ikan ni boleh resistance tak dengan keadaan air tercemar dan pada kadar pencemaran yang manakah ikan-ikan ni akan mati. Menarik bukan? Tapi yang sadisnya adalah tuk menjalankan experiment ni kitorang dah 'membunuh' banyak ikan-ikan yang tak berdosa! Wuuu~ Sebabnya tuk jalankan experiment ni kitorang memerlukan 3 bekas dan setiap bekas ada 20 ekor ikan, kitorang suma ada 10 group tapi kami dah gabungkan group maka jadilah 5 group je. Tapi bila di kira 3*20*5=300 ekor ikan! Ya, bukannya sikit tapi banyak! 300 ekor ikan kitorang dah bunuh! Huu~ sadis bukan? Dan tak cukup dengan tu, sebenarnya mula-mula ikan tu tak mati sume pun tapi bila dah lepas tujuh hari still ada ikan yang hidup dan sebab banyak lagi yang hidup konon-kononya kitorang kena monitor lagi tuk seminggu tapi sume orang dah malas nak monitor so mse hari isnin hari tu kena set up untuk next experiment tapi bila sampai je tengok ikan sume dah nyawa-nyawa ikan, bila tanya kenapa dorang cakap Dr. suh tambah acid sebabnya nak tengok behavior ikan tu terhadap acid plak. So, abis mati sume ikan tu. Sobs sobs~

Ni adalah ikan yang kami guna. Banyak kot!

Ikan dah ciap set up. So kena monitor tu seminggu plak.

Selepas experiment ikan minggu lepas kitorang wat experiment cacing plak! Oh, ni lagi extreme lagi-lagi bagi kami yang pompuan ni, kenapa??? Sebabnya sume geli dengan cacing termasuklah aku! Wohoo~ Kali ni nak tengok cacing tu boleh resistance tak dengan keadaan tanah yang tercemar. Kali ni same je dengan ikan tapi yang bezanya kalau ikan 5 group tapi tuk cacing ni ade 10 group, so jadi 20*3*10=600!!! 600 cacing yang kitorang guna tuk experiment kali ni. Fuhh! banyak gila! Dan yang paling lucunya masa nak set up experiment akan dengar laa jeritan-jeritan budak-budak pompuan sebab nak kena ambik cacing, ade yang lepas tu tak makan mee pun ade sebab teringatkan cacing. Hahaha~ Yela mana tak nya cacing yang kitorang guna bukannya cacing m'sia ni tapi cacing afrika, so saiz dia besar lagi dari cacing kat sini. Tapi serius weh!! Aku geli dengan cacing tu! Dan yang paling peliknya lepas kitorang tambah acid dalam tanah tu mula-mula memang laa ada yang mati tapi lepas hari ke-3 cacing-cacing tu sume dah tak mati! Maknanya sumenya still masih hidup dan sihat-sihat plak tu! Gila kentang! Masalahnya group yang tambah acid sama dengan kuantiti kitorang cacing dia mati sume, cacing kitorang plak yang tak mati-mati. Aishh! So, penat laa nanti aku nak wat discussion! Any idea? why the earthworm still alive?

Owh,aku geli dengan cacing!

Friday, February 18, 2011

PEMERGIANNYA DIRASAI

Mungkin benar kata orang, bila kita dah kehilangan baru kita sedar bahawa kita amat mengasihinya. Tanggal 16 febuari 2011, orang yang sebelum ni mengajar aku bermain volleyball dah kembali ke rahmatullah. Arwahyarham abang Khairul Azra telah kembali menemui sang pencipta yang Maha Agung disebabkan oleh accident di Seremban. Serious! Bila aku tau tentang berita kehilanganya aku terasa sedih sebab abg Khairul Azra ni sangat baik dengan kitorang. Masa kami menjadi anak buah dia sem lepas tuk koko volleball, dia slalu cakap yang kitorang ni adalah antara group yang terbaik di antara sebelum-sebelum ni. Dia sangat ambik berat pasal kitorang selepas masa latihan sebab tangan kitorang akan merah-merah lepas main volleyball. Bila dia tengok tangan kitorang merah-merah lepas tu dia nasihatkan kitorang supaya tuam dengan ais untuk mengelakkan tangan kitorang yang kemerah-merahan ni sakit lepas balik dari koko. Begitu sabarnya dia mengajar kitorang ni lebih-lebih lagi yang takde basic tuk main volleyball bahkan ada jugak yang takde basic langsung dalam sport tuk main volleyball. Dia dah buktikan bahawa orang yang takde basic dalam bermain volleyball pun sebenarnya boleh main! Dan ternyata dia dah berjaya buktikan bahawa walaupun ada di antara kitorang yang takde basic dalam sukan boleh bermain sebenarnya. Oh! Begitu banyak kenangan yang tak terungkap di dalam kotak pemikiranku. Kini, ia seakan-akan bermain-main di ruang pemikiran dan masa lalu umpama terimbas kembali. Yup, orang yang berbudi dan baik hati pasti akan dikenang orang walaupun ianya telah pergi mengadap Illahi. Bak kata kawanku; "Dia baik, mesti laa Allah sayang dia. Sebab tu dia pergi dulu sebelum kita. Kita yang hidup ni perlu meneruskan kehidupan kita, membuat amal untuk dijadikan bekalan untuk masa hadapan. Hidup ni hanya persinggahan. Die is the beginner for the eternity life". Yup, mesti meneruskan hidup dengan tabah dan sabar demi mencari keredhaanNYA. Semoga Allah mencucuri rahmatnya dan menempatkannya dikalangan orang-orang yang soleh. Al-fatihah.

Hanya tinggal kenangan. Perginya tak kembali.

Our best group forever! you are the best teacher!

Wednesday, February 9, 2011

Cintai Dia Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan Dan Keikhlasan



Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)

" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An Nuur: 32 )




" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." ( QS. Ar Ruum: 21 )Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya." ( Hadis )

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa': 32 )

Cukup cintai dia dalam diam..,

Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..,

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )




Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk ~