Wednesday, December 21, 2011
Dah Takde Baru Nak Cari?
Sunday, December 18, 2011
Pada Siapa Ku Harus Mengadu?
Saturday, December 17, 2011
I Need My Home Right Now!
Monday, December 12, 2011
It's All About F.R.I.E.N.D.S!
Yeah, your friends will always beside you, support you in whatever you do. If you have a problem, they are ready to 'give' you their ears to hear what deep inside you, to hear your problems, to be with you in whatever conditions; happy or sad.
“Sebaik-baik teman adalah orang yang apabila kita memandangnya mengingatkan kita kepada Allah, yang apabila berkata memberikan pesanan untuk beramal, dan amalannya mengingatkan kita pada akhirat.”
Dia: camne? ok?
Aku: Dapat level 4! Cam xcaye je!
Dia: Wah, gila hebat! Ni bukan calang2 nih!
Aku: Mana ada! Gelabah kot aku masa test tu, pakat men cakap je. Huhu.
Wednesday, December 7, 2011
Menipu Meniru?
Teringat masa jawab test 2 sem yang lepas, ada sorang tutor tu cakap "Lebih baik awak dapat KOSONG dari awak meniru ".
Aku: Meniru memang laa. Test Sc. air & tanah dari 68 orang sorang je lulus, yang lulus tu pun sebab meniru so kalau ikutkan semua fail lah!
P/s: Aku dah hilang respect kat ko laa. Tak boleh ke ko usaha dengan usaha ko sendiri????Even ko dapat pointer 3.75 & above (dean's list) tapi tu bukan menunjukkan ko punyai kepandaian tapi KEBODOHAN tahu tak? (Ok yang meniru tu budak CHINESE ok!!!!????)
Wednesday, November 30, 2011
Saat Kritikal
Pape pun aku masih sihat di sini, masih belum masuk ICU lagi!
Well, saat-saat ni laa semua benda akan di uji
Kesabaran dan juga emosi yang tak menentu
Maafkan daku kerana berkelakuan begitu
Bukan kehendak ku begitu tapi keadaan memaksaku
Ku berharap akan ada yang memahami ku
Tanpa perlu ku ucapkannya
Tapi itu tak mungkin terjadi
Dan mungkin hanya harapanku semata
Wahai diri, bangkitlah dari segala kegelisahan dan kesakitan
Wahai angin, bawalah pergi semua kecelaruan
Wahai hati, tetapkanlah diri ini
Wahai kaki, kukuhkan lah berdiri
Kerana perjalanan masih jauh untuk di lalui
p/s: sekarang minggu-minggu akhir sebelum final exam, dan pasti saat ini semua orang sedang berperang dengan hati dan perasaan untuk menyiapkan segala tugasan yang datang bagaikan angin kencang! Oh, semoga dapat lalui nya dengan hati yang tenang!
Tuesday, November 22, 2011
Bermulanya Kisah Tentang FYP
Ok, berbalik pada FYP. Mesti ada yang tertanya-tanya apakah FYP? FYP is stand for Final Year Project! WHATTTTTT????????? Yeah, final year project!!!! Dah nak final year ke aku nih? Serius aku rasa cam baru je semalam masuk Uni pastu sekarang dah kena wat projek final year! Ohmaiiii!!!!! Then, tibanya masa untuk aku bangkit dari tidur yang agak lena sebelum ni and yeah welcome the busiest day until i finished the FYP! Tapi kan, tapi kan.... Hurmmm, aku nak wat pasal apa nih? I have no idea at all!!!! PLEASE HELP ME!!!!!!!!!! Ok, we have 3 choice to choose 3 title that we want to do in our final year project, then we will get supervisor to give an advice and guide line bout our project. But for the first step is to choose the TITLE! Hurmmm, boleh tak tido malam jawabnya nih! Please someone, if u have any idea can give me a little bit? PLEASEEEEEE~~~
Sunday, October 30, 2011
No Words Can be Expressed
Ujian itu Rahsia Allah s.w.t
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
Saturday, October 29, 2011
Ujian Allah: Sejauh Mana Keredhaan Kita?
Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.
Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.
Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.
Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."
Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)
Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"