Tuesday, March 29, 2011

Down

Hari adalah hari yang sangat-sangat down bagi aku.. Bagaikan jatuh terjelapok ke tanah apabila melihat result test yang baru di keluarkan tadi. Sedih, bagaikan halilintar yang memanah diriku, tanpa kata, diam seribu bahasa! Lalu otak ligat memikirkan apakah yang telah terjadi? Kenapa begini dan kenapa begitu? Bagaikan tidak percaya, mahu disalahkan pada takdir? Oh, mana mungkin! Otak masih ligat berfikir mencari kesalahan diri, di mana salahnya diriku? Lalu, aku teringat akan entri ni yang penah aku post sebelum ini. Ya mungkin ada silapnya, mungkin aku dah lalai seketika daripadaNya. Mungkin aku kurang memohon daripadaNya. Dan sekarang aku perlu bangkin semula, demi masa depanku.. demi harapan kedua ibu bapa ku.. Dan aku memerlukan sokongan darimu wahai sahabat-sahabat ku. Sentiasalah berada di sisi ku, sentiasalah di sampingku, sentiasalah bersamaku kerana kamu sumber inspirasiku. Yang selalu memberiku kata-kata semangat dan dorongan, yang sentiasa di sisi ku di saat aku perlukan mu, yang sentiasa bersamaku di saat susah dan senang. Kita ketawa bersama apabila sedang gembira dan kita menangis bersama tika berduka. Jarak tidak akan dapat memisahkan kita, walau jauh di mata tapi kita dekat di hati. Terima kasih kerana sudi bersamaku dan minta maaf atas segala kekurangan ku, kerana diriku hanya insan biasa yang punya kelemahan dan tak bisa lari dari kesalahan. Semoga ikatan persahabatan kita hanya dapat dipisahkan dengan kematian dan semoga kita dapat berjumpa lagi di sana nan abadi. =)

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 2011



Please save our earth! Just 1hour you can change everything! =)

Tuesday, March 22, 2011

DILEMA

Ya, aku betul-betul dalam dilema sekarang ni. Dilema untuk memilih dan membuat keputusan! Dilema untuk memilih subjek elektif yang perlu aku ambik tuk sem depan. Oh, keliru, celaru dan fikiran tak menentu. Apa yang patut aku pilih? Jikalau aku tak memilih tuk sem akan datang adakah aku masih berpeluang untuk mengambilnya di masa hadapan (sem akan datang)? Sungguh! Sangat menggangu pemikiran aku, keputusan yang mungkin akan memberi kesan di masa hadapan, mungkin bagi orang lain untuk membuat keputusan memilih subjek elektif just a piece of cake but for me its not a piece of cake but the whole of cake! Samada memilih lecturer ataupun subjek yang di ingini sungguh susah tuk membuat keputusan. Subjek elektif yang di ingini tapi lecturer yang mengajar? Ermmm, so and so.. Mungkin akan memberi aku sedikit kesukaran; apakah aku tak sanggup menghadapi cabaran? "takkan kau takde matlamat?" ayat yang membuat aku tersentak sebentar memikirkan sesuatu, kebenaran! Ya, kebenaran! Takkan aku takde impian sendiri? Tapi bagaimana pula dengan pointer yang akan datang? Kesannya mungkin pada pointer. Adakah pointer itu sangat penting? Mungkin ya, mungkin tidak! Semua orang fikir kalau ambik subjek tu like u go to the hell. Ya, aku pun fikir begitu. Bagaikan mengambil risiko yang tinggi kalau ambik subjek tu, dah laa subjek teras (wajib) pada sem akan datang pun aku akan belajar dengan lecturer tu, mampu ke tuk aku carry kedua-duanya sekali? Argghhhhhhhhhhhhh!!!!! Serabut! Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku! Tapi dari rata-rata jawapan yang kawanku memberi jawapan apabila aku minta pendapat; kesemua daripada mereka berpendapat bahawa memilih subjek adalah lebih penting dari lecturer dan mereka menyuruhku supaya memilih subjek daripada lecturer. Bagi sesiapa yang membaca post ni anda di alu-alukan memberi pendapat dan nasihat. Sesungguh ia sangat membantu untuk aku membuat keputusan.

Subjek elektif yang tersenarai:
-Kimia alam sekitar lanjutan
-penilaian risiko dan kesihatan alam sekitar
-teknologi pengawalan pencemaran udara
-teknologi rawatan sisa merbahaya *what i mean above
-pemodelan sistem alam sekitar
-bioremediasi alam sekitar
-sistem tenaga alam sekitar
-rawatan air minum
>>> I need to choose 3 out of 8

Zivilia Band - Aishiteru (With Lyrics).flv

Monday, March 21, 2011

Kenduri

Penat! Tiada kata yang dapat di ungkapkan dengan kata-kata. 2 hari lepas aku telah menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku kat selangor. Oh, sorang lagi dari ahli keluarga kami dah menginjak masuk ke alam berumah tangga. Aku bila lagi? Ntah laa. Sesape yang berkenaan kat luar sana tu cepat-cepat laa masuk minang! Eh??? Cam promote lak, ok just kidding don't take it serious. Dari majlis tu semuanya nampak ok tapi ada 1 yang buat aku terfikir dan tertanya-tanya. Kenapa tak ramai orang? Ok nak lebih spesifik lagi biasanya kalau time kenduri mesti akan ada orang-orang kampung atau jiran-jiran kita yang datang 'rewang' kan?? Tapi yang ni takde! Pelik! Hanya berharap pada ahli keluarga ataupun senang cakap adik-beradik! Memang laa adik-beradik akan tolong tapi dengan hanya tulang 4 kerat mana cukup? Dan lagi satu pasal jemputan. Makanan banyak jemputan sikit? Adoyai, asal leh jadi camni plak??? Kenapa tak jemput je 1 kampung, nak kata 1 kampung 1 lorong pun tak sampai. Kalau laa nak buat majlis kecil-kecilan atau sederhana takkan laa jiran tetangga tak dijemput? Hmm, ni mungkin leh dijadikan ikhtibar buat aku di masa akan datang. Biar lebih jangan kurang tapi jangan berlebih-lebih sangat sampai membazir dan jangan berkurangan sangat sampai ada yang tak dapat makan. Lagi bagus kalau sedang-sedang, tak banyak sangat dan tak kurang sangat kan ok camtu tak payah laa membazir sangat makanan.

Wednesday, March 16, 2011

Andai Awak Tahu..

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.