Monday, April 30, 2012

Kursus Kahwin

Salam..
Yo, wassup bro & girls.. Pehhh, motif?
Heheh, terasa macam dah lama tak tulis something kat sini almaklumlah busy laa katakan, ye dok?? Heh. Well, berdasarkan pada tajuk di atas (skema laa plak) sebenarnya aku nak cerita pasal kursus kahwin. Biasa laa bila sebut pasal kursus kahwin mesti orang akan ingat kita dah nak kahwin kan? Tapi tak semestinya orang yg pergi kursus kahwin tu akan melansungkan majlis perkahwinan dalam masa yang terdekat. Mungkin dia akan kahwin setaun akan datang atau dua tahun akan datang atau bila-bila masa yang sesuai kerana soal jodoh itu terletak pada Allah s.wt. Dia maha mengetahui segala-galanya tak gitu? "Nak pegi kursus kahwin? Ko dah nak kahwin ke?". Well, benda tu biasa, jangan nak buat terkejut atau buat-buat terkejut plak. Heh. Ok, kembali pada topik di atas. Walaupun aku bukannya dalam keadaan nak kahwin dalam keadaan terdekat tapi sebab rasa macam akan memudahkan di masa akan datang bercampur dengan perasaan ingin tahu so aku gagahi jugak laa tuk pegi kursus tu. Apa yang aku boleh cakap bila abis kursus kahwin ni adalah lebih banyak ilmu yang aku perolehi, benda yang kita tak tahu sebelum ni lepas pegi kita dah tahu serba sedikit berdasarkan pengalaman yang diceritakan. Banyak ilmu yang aku dapat lepas pergi kursus tu, walaupun experience is the best teacher tapi experience dari orang lain pun kita boleh jadikan guru kita sebagai panduan supaya tak tersalah jalan. Pape pun memang best laa pergi kursus kahwin tu sebab tak kering gusi dibuatnya asyik duk gelak je dari pagi sampai petang, lawak sangat!! Tapi dalam masa yang sama aku dapat rasa something kurang bila dia cerita tentang perkahwinan dalam pada masa tu tetiba aku terfikir pemahaman antara lelaki dan perempuan tu perlu semasa dalam kursus kahwin, dan ape yang aku dapat simpulkan maybe pergi berpasangan dengan bakal suami/isteri adalah lebih baik, bukan aku cakap pergi bersedirian tu tak bagus tapi adalah lebih baik jika kedua-duanya pergi bersama. Pape pun aku nak cakap memang best laa pergi kursus tu dan banyak ilmu yang aku peroleh dari situ. So, korang ape lagi? Cepat-cepat laa pegi.. Heheh