Monday, March 26, 2012

Malu?

 Hahah, mungkin ada betulnya... =)

Hahah, well aku tak penah rasa malu sampai camtu sekali masa hari tu. Aku tak tahu kenapa. Nak kata aku buat perkara yang memalukan tak pulak, tapi serius! Aku memang malu sampai rasa tak tahu nak letak muka kat mana. Mungkin tu perasaan aku je kot tapi malangnya dia pun perasan. Hahah! Maaf lah ye aku memang dah malu gila, rasa tebal muka sampai tak sanggup nak tegur. Heheh, apakah? Mungkin dia adalah ujian untuk ku...

Thursday, March 15, 2012

Bahasa Jiwa

"Tidak semua manusia mengerti s'gala perasaan yang ada di hati kita
Tidak pula dapat selalu memahami gejolak jiwa yang ada di dalam diri kita
Janganlah selalu mengharapkan orang lain harus mengerti akan perasaanmu walaupun ia adalah sahabat karibmu sendiri...
Kar'na perasaan adalah bahasa hati yang dapat berubah di setiap waktu
Hari ini ia adalah orang yang sangat mengerti akan perasaan hatimu
Mungkin esok ia adalah orang yang paling tidak memahamimu
Janganlah memaksa kar'na saudaramu juga hanyalah seorang manusia biasa
Cukuplah hanya Allah tempat mencurahkan segala isi yang ada di hati kita dan menumpahkan segala perasaan yang ada di jiwa
Tidak semua manusia mengerti s'gala perasaan yang ada di hati kita

p/s:Sahabat adalah orang yang paling mengerti siapa kita, tapi sahabat kita itu juga manusia jadi wajar ada kalanya dia tidak memahami kita...jadi,kembalikan ke niat awal untuk bersahabat.Bukankah Allah yang telah menyatukan hati 2 orang sahabat ??? Maksudnya,biarkan Allah yang mengubati luka hati itu...okay?"
Ni adalah post status dari cousin aku kat fb. Untuk pertama kali aku baca post ni sebenarnya aku tak dapat tangkap makna yang tersurat dan tersirat yang ingin dia sampaikan, dan lepas dua tiga kali aku baca, baru aku tersedar sesuatu. Lama aku memikirkannya, betulkah? Dan akhirnya aku dapat jawapan... Memang benar apa yang diperkatakan. Walau pada mulanya aku seakan tidak mahu mengakuinya dan kemudian aku sedar ianya tak seperti yang kita sangkakan. Masakan orang lain boleh memahami perasaan kita yang terpendam rapi di lubuk hati? Bahkan yang tersirat amatlah susah. Bila melihat pada diri sendiri, ya sebelum ni aku mengharapkan agar orang lain/sahabat mengerti apa yang ada di hatiku walaupun tidak diungkapkan. Dan kini aku sedar bahawa hanya DIA yang mengetahui apa yang ada di lubuk hatiku, hanya DIA yang mengetahui tanpa perlu bercerita panjang kerana DIA lebih dekat dengan jiwa tanpa perlu kata-kata.

p/s/s: Sebenarnya ayat di atas adalah dari lagu Bahasa Jiwa by Maidany

Andai Aku Adalah Tulang Rusukmu Yang Telah Hilang



Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana….
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang  selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
Buat bakal imam Ku..


Sunday, March 11, 2012

Finishing School

Annyeonghaseyo!!! ^^V
Opss!! Ter'korea' laa pulak!
Bukan apa ni just nak cerita pengalaman arini pegi finishing school. Well, it's just like compulsory for us who will be graduated as an undergraduate student. (Perhhh, dah start dah aura finishing school aku. Yela kitorg kena cakap bi tapi belakang faci cakap je pun bm,hak3). Ok, ni bukan apa yang aku nak cerita sebenarnya. Nak jadikan cerita, ada satu aktiviti ni yang mana kitorang kena tulis first impression kat orang yang baru kami kenal yang mana kertas akan ditampal kat belakang setiap orang dan nanti orang lain akan tulis kat belakang kita yang mana kita tak tahu apa yang dia tulis, nak cam tulisan pun agak impossible sebab baru kenal kan even tahu sapa yang tulis tapi still tak tahu apa yang dia tulis. Kat sini kitorang boleh bagi impression samada good impression or bad impression + advice or pape laa yang kita nak dia ubah ke. Then, aku tak terkecuali lah. Tapi ada satu yang orang tulis yang buat aku gelak besar jugak laa masa baca iaitu "mcm faezah elai.. hehe tinggi btl" yang aku nak stress kat sini adalah part faezah elai tu. Adoi, memang aku gelak besar laa. Nak kata ada iras aku rasa jauh sama sekali kot, maybe part nama dan ketinggian kot tu yang dia tulis camtu. Anyway thanks to those who write at my back, InsyaAllah I will try to improve my self. Seperti yang faci aku kata benda ni adalah tuk kita tahu apa impression orang kat kita terutama yang baru kenal dan kita cuba tuk perbaiki kelemahan kita tu tuk jadi lebih baik. InsyaAllah. Kalau orang tak tulis/cakap mana kita nak tahu ye dak? Heheh, ok sampai di sini saja perutusan tuk arini. Wish my best luck for tomorrow mock interview ok? Nite, wasalam. =)

Nampak tak? Maaf laa hanset murah je, nak beli kamera tak mampu. Huhuu~
(kalau boleh zoom try laa zoom tapi better tak payah kot, malu!)