Thursday, March 3, 2011

Zoo Negara Volunteer

Sape ada bace surat khabar harian metro ari isnin yang lepas?? Haa, mesti ada bace pasal ni kan? heheheh

Oh,kenapa dengan line internet??? Time ni jugak laa dia nak buat hal kan? Dengki tol dengan aku! Uhuu, xpe walaupun ak xleh nak wat draft kat blog aku tu tapi ape guna word kan? So, aku buat laa dulu karangan kat word nih. Cam zaman skolah plak ye? Kena wat karangan, ‘ceritakan pengalaman anda ketika menjadi sukarelawan di zoo negara’ ok tu adalah tajuk karangan tuk arini. Heheh. Ok sebenarnya aku penat sebab baru balik dari kampong baru, padahal semalam baru pegi zoo. Walau apa pun aku tetap gagahkan tangan dan jari-jari tuk menari-nari di atas papan kekunci ni. Oh, metafora yang sangat berkesan! Ahaha,tapi sekarang ni aku just nak ceita sal zoo dulu, pasal kampong baru nanti ye?

Hari: ahad

Tarikh: 27 feb 2011

Masa: 6.45 pagi

Lokasi: depan KPZ

Owhh, semangat gila berkumpul awal-awal pagi semata-mata nak pegi zoo

Owhh, semangat gila bangun awal-awal pagi semata-mata nak g zoo. Di saat orang lain masih di ulit mimpi kitorang dah bangun dan bersiap-siap tuk g zoo. Kene berkumpul 6.45 PAGI ok! Nasib baik kumpul kat depan kolej aku je, hahaha kesian kat budak yang duk kat K2 dan k13 sebab kena berjalan ke kolej kitorang. Xpe pagi-pagi exercise baik tuk kesihatan! Oh teringat plak zaman PLKN dulu, kena PT pagi kul 6.30 pagi dah berkumpul tau! Ok sambung cerita balik, lepas berkumpul dan attendance di ambil so kitorang diberi sarapan roti dan air kotak. Ok laa just tuk alas perut je pun, then lepas tu kitorang nek laa bas pegi ke zoo; bas 1st tuk group 1-4 dan bas 2nd tuk group 5-7. Well, dalam perjalanan tu sume orang melayan perasaan dan tak kurang juga yang berkongsi cerita, tah ape yang di ceritakan aku pun tak tau. Hahah.

Masa: 8.30 pagi (approximately)

Lokasi: zoo Negara

1st trip. Sambil duk menunggu kite ambil laa pic dulu! ohOo~

Wajib pakai! tak leh tanggal sampai laa kitorang balik

Ni nak panggil ape ye? Name tag? Tapi takde nama aku pun..

Ok,kitorang dah sampai di zoo. Mula-mula kononnya nak tunggu 2nd bas datang and then masuk sama-sama tunggu punya tunggu sambil ambik gambar sekeping dua kat luar zoo then pres ckp suh masuk. Bila dah masuk tak lama lepas tu dorang bagi briefing then bagi-bagi tugas ikut group. Ok, aku group 4 sebab sume group len dah dapat tugas just group aku je yang takde lagi. Tetiba jesorang pakcik tu cakap “ok, saya nak 4 orang ikut akak ni 2 laki 2 perempuan, cepat!”. Dak laki 2 orang dah kuar dah tinggal dak pompuan je blom. So sumenya pandang antara satu sama lain. ‘sape nak pegi?’ Sorang budak cina pompuan dah pegi tinggal lagi sorang je lagi.

Kawan 1: “sape nak pegi?” (sambil pandang aku)

Kawan 2: “ha, sape nak pegi ni? Nak 2 orang pompuan, swee yun dah pegi” (sambil pandang aku)

Kawan 3: “eh, sape nak pegi?” (sambil pandang aku)

Ok, fine! Sume pandang aku, so aku dengan pasrah dan redha pegi menyerah diri walaupun dengan hati yang berat. Baru 2-3 langkah aku jalan then aku pandang belakang dan tengok dorang.

Kawan 1: “kenapa? Oh, takde kawan ea?”

Bila aku dengar camtu terus aku pegi je. Ape nak jadi, jadi laa. Mana kata-kata kawanku sebelum ni? “awak kite 1group dengan awak jangan tinggal saya, nanti kita sesorang”. Ok aku je yang nak kena jaga ko, balik-balik ko ntah kemana, tak kisah plak kalau dengan orang lain. Ok, dah! Cukup setakat ni. Berbalik pada cerita. Kitorang 4 orang dah di tugaskan tuk berada di bahagian dapur zoo iaitu kitorang perlu menyediakan makanan yang akan diberi kepada haiwan-haiwan dalam zoo tu nanti. Masuk-masuk je dah dapat keje.

“Awak ambik bakul besar tu, isi ikut menu yang kat sini.”

“oh,ok!”

“ Ambik pisang 2kg, ambik kubis bulat 2.5kg, betik 2kg, salad 2kg, kangkung, daun keledek…blab bla bla”

Masa tu pakai ambik dan capai je sume yang dia suh ambik, dah tak fikir dah kotor ke ape walaupun dalam hati de gak laa terdetik ‘euuwwww’ tapi dalam hati jela kalau lontarkan mesti kena fire punya laa! Tapi, serius aku cakap, penat kot! Bila dah ciap isi sume bakul dengan makanan; buah dengan sayur then kitorang pun letak kat luar pastu dah xtau nak wat pe! Keje dah ciap? Uhuu~~ dok terconggok je. Tapi tak lame pastu ada lori kecik datang, dia pun cakap-cakap laa dengan sorang p.cik ni aku rasa dy leader kat situ pastu dy suh angkat bawak nek lori. Then baru aku paham, dia nak bawak bagi kat haiwan-haiwan; bila dah ciap angkat sume p.cik tu cakap “bawak dorang ni skali, suh dorang wat keje. Tolong-tolong skit. Yang pompuan tak payah laa.” ‘Errkkk? Nak ikootttt!!!!!!!!!! ‘Malangnya p.cik tu tak dengar sebab kitorang cakap dalam hati je. Sedeh! Yang budak laki 2 orang tu plak cakap “nak ikot tak? Nak ikot tak?”. Amboi! Ko tak dengar ke p.cik tu cakap kitorang tak payah pegi? Saje je nak wat aku jeles! Dah laa p.cik tu garang/tegas kecut perut aku dowh!. Dengan redhanya kitorang duk laa tercongok kat luar tepi longkang. Sadis gila! Wuuuu~ T_T

Lepas rehat 30 minit dri kul10 hingga 10.30 pagi, kitorang pegi balik kat dapur tu. P.cik tu ada cakap something kat sorang abang ni sebab ada lagi makanan yang tak dihantar ke kandang masa mula-mula dorang hantar sebelum rehat, so kena laa anta makanan tu lagi sekali. Lepas sume makanan siap letak kat atas lori then tiba masa tuk hantar. Aku dengan lagi sorang dak cina; swee yun nama dia cakap laa yang kitorang nak ikut jugak pegi anta makanan tu sebab boring duk kat situ dan p.cik tu bagi! Yesss! Sronok bukan main!. Tapi yang tak best nya aku kena buli. Hukhukhuk. Kena buka pintu pagar laa, angkat makanan tu pegi ke kandang laa, itu ini itu ini. Aishhh! tapi yang bestnya time tu dapat laa pegi meronda-ronda kat kawasan zoo tu nek lori. Oh! Sronok, sebab tak payah penat-penat nak berjalan kaki tapi tu tak semua tempat yang kitorang pegi. Lepas je ciap anta makanan tu sume dan balik semula ke dapur tu, p.cik tu cakap kitorang dah boleh rehat sebab dah tak de keje yang nak kena buat so kitorang boleh rehat awal laa time tu. Awal gila kot kitorang dapat rehat sebab time tu baru kul11.30 p.cik tu suh datang balik kat dapur tu dalam kul2 ptg so, kitorang rehat 2jam setengah! Oh,senyum lebar semua orang. Lepas tulis nama kat buku record then kitorang dibenarkan rehat, kalau nak pegi jejalan pun boleh. Hah, ape lagi kitorang decide nak pegi berjalan sekitar zoo laa nak tengok lagi haiwan-haiwan tu sebab masa naik lori tu kitorang tengok just sepintas lalu je, dan kitorang anta makanan kat bahagian belakang kandang tapi haiwan-haiwan tu sume kat depan so nak jugak laa pegi jejalan. Masa tu aku cari laa swee yun kononnya nak laa pegi skali sebab aku dengan dia je pompuan dalam group tu alih-alih tengok dah takde!. Sekejap je hilang! Ayooo! Then dorang; dak laki group aku ni ajak laa ikot dorang skali sebab dorang pun nak berjalan gak sekitar zoo tu so nak tak nak ikot jugak laa, dorang jalan depan aku jalan kat belakang ikot dorang sesekali dorang pandang gak belakang maybe sebab takot tetiba aku hilang kot? Ahahah,dah laa aku tak ingat sangat jalan kat situ so ok laa walaupun takde kawan still bleh lagi nak troskan sendiri. ‘If you don’t have a friend than make a friend!’ uhuu~ aku suka ayat ko bayam!. Lepas penat berjalan lebih kurang nak dekat sejam lebih jugak laa then kitorang decide nak balik semula ke kantin tuk makan tengah ari masa tu mula laa tercengan-cengan cari jalan balik,hahah nasib baik jumpa gak!

Kemana saja dia pegi aku ikot dia dari belakang. Sebenarnya ada lagi sorang tapi time ni aku ikot dia je sebab lagi sorang dah pegi tempat lain.

Hah, mana arah tuju??

Lepas kul 2 kitorang kumpul balik dan masa tu kitorang Nampak de 1 lori yang penuh dengan roti baru sampai. Ni mesti kitorang yang kena clearkan sume ni, memang betol pun! Clearkan 1 lori yang penuh dengan roti, masukkan dalam bakul angkat dan simpan. Pergghhhh! Penat! 1 bakul besar yang penuh dengan roti berat gila kot, nak turunkan dari atas lori ke bawah memang sangat berat dan tuk tenaga seorang pompuan tuk angkat memang susah sikit at least nak kena ada 2orang. Kadang tu aku tolak je dengan tangan tu pun kadang tu tak bergerak,hahah dah penat sengat time tu dah laa suh wat cepat, penah masa angkat bakul kosong nak isi dengan roti aku terhempas bakul tu pastu de sorang abang ni cakap “woit, ganasnya! Tak payah laa ganas-ganas.” Adoi, ganas ke? Terhempas laa, time tu nak cepat siapkan sume benda tu je dah tak larat kot. Wuuu~ T_T ok. Lepas ciap clearkan lori dan angkat sume wat masuk dalam so time tuk bagi makan waktu petang plak. So macam bese laa angkat barang letak dalam lori then hantar. Syok gila keje,hahah tapi penat gak sebab kena angkat barang berat-berat. Lepas abis hantar so berakhir laa keje kitorang! Abis awal! Senyum lebar! Walah! =) p.cik tu cakap keje kitorang sume dah setel dan bleh laa nak pegi jalan-jalan lagi lepas tu, as usual swee yun trus cabut tinggalkan aku. Ok,takpe! Aku tak kisah, then dak laki 2orang tu Tanya aku nak pegi mana? Heh, aku pun cakap laa “nak tengok penguin!” “ada ke?” “ada laa,abang tu cakap ada dekat tempat orang wat show dekat area2 situ” “ok, jap lagi kita pegi jom duk rehat jap kita minum-minum dulu” oh orang nak blanje aku on je! Ahhahahah. So lepas ciap minum pegi laa jalan-jalan kat area2 situ dan pegi laa tengok penguin as my wish. Uhuuu~ kul5.30 kumpul balik kat kantin tu dan masa tuk bersurai. Ambik gambar skit sebagai kenangan then naik bas balik ke upm! Penat! Tapi sangat seronok! =)

Ok, kali ni entri mungkin panjang skit sebab aku nak letak gambar-gambar masa di zoo. Weee~ enjoy! ;)

Anda tahukh ini haiwan ape??

Oh,kuda! kecik je kuda ni

Burung apa?? Kasawari ke? Ntah? Aku pun tak brapa pasti

Ini lah tapir! Spesis terancam!

Kambing ni wat muka redha je..

Masa ni kitorang tengah bagi burung ni makan.

Muzium lebah. Macam-macam jenis lebah ada, madu pun ada jual kat sini tapi aku tak beli pun! hahaha,tengok jela.

Owhh,siyes besar dowh!

Kura-kura ke labi-labi??

Punya laa lama nak tunggu badak ni kuar dari air..akhirnya dia kuar gak! Lapar punya pasal kalau tak duk berendam jela dalam air. huh

Pingu! Inilah pinguin!

Berenang-renang kegembiraan.. =)

Kat kawasan akuarium..banyak kot ikan dalam tu.

Ikan apakah? Ntah laa..

Ni pun aku tak tau nama dia apa..uhuu~ malas tol nak baca dia punya label.

Ni kalau tak silap aku ikan sungai. Nama dia aku tak pasti. hahah

Booth pameran!

Unta! Aku ingat boleh jumpa kat padang pasir je tak tahu laa plak kat zoo pun ada. Hahah, jakun gila.

Hamster??? Oh, ni tikus terbesar di M'sia!

Bear! Tengok/cari apakah itu?

Zebra! Slalu tengok kat tv je kot.

Bapak besar ikan ni wa cakap sama lu!

Adakah ini dari spesis ikan pirana??

Gajah yang baik?? uhuu~

Ok lah, aku dah malas nak upload gambar lagi. Cukup laa ni kan? uhuu~~ Nanti aku cite plak sal pegi kampung baru wat field trip ye? ;)

No comments:

Post a Comment