Friday, March 4, 2011

Field work: Kampung Baru

Bukti kitorang dah sampai ke Kampung Baru!

Oh, hari ahad dah pegi zoo..Hari isnin pegi kampung baru! Menarik! Penat ko jangan cakap laa.. Double kepenatan ko tau tak?? Macam double cheese burger tu~ Hmm, aku kene pegi Kampung Baru tuk wat field work berkenaan dengan ekologi kat tempat tu. Apa yang kitorang kena buat adalah; tentukan spesis flora dan fauna yang ada kat kawasan tu, berapa banyak electricity yang digunakan kat situ, apa dia punya material construction yang digunakan tuk buat pembinaan kat sana etc. Ok, 1st time pegi kampung baru so sume ahli group aku ni dorang pun tak penah pegi ke sana gak so sume kira 0-0 laa. Mula-mula dari KTM Serdang kitorang kena pegi ke stesen seputeh sebab lecturer kami tunggu di sana. Oh, sebelum tu aku nak cakap skit, kitorang pegi field work naik penggangkutan awam ok!!? Takde nya nak guna bas, uhuu~ ni adalah di sebabkan oleh lecturer kami yang sangat menjaga environment! Tabik spring laa kat lecturer aku tuh! Even dia takde pun kete cam orang bese nih mesti akan pakai kete besar punya, yela bukannya tak mampu nak beli terlebih dari mampu pun tapi dia sendiri tak nak. Even datang kuliah nak ngajar kitorang pun dari umah dia (aku tak tau kat mana) naik komuter dan LRT kot nak datang. Fuyoo~ terbaik giler! Ok, dah! Aku sambung balik cite. Dah sampai seputeh kitorang jumpa lecturer kitorang dan decide tempat yang akan kitorang pegi, setiap group pegi tempat yang berbeza. Ya, group aku pilih tuk pegi ke kampung baru. Then lepas dengar briefing kitorang pun separate laa ikot haluan masing-masing. Dari seputeh kitorang pegi ke KL Sentral. Sampai je kat KL Sentral kitorang perlu naik LRT Kelana Jaya tuk pegi ke Kampung Baru. Ok, ni bukan kali pertama aku sampai KL Sentral tapi tak tau laa nape time tu macam kebingungan dah terjadi. Kalau tak silap aku dia punya stesen kat bahagian tengah tapi aku tak pasti kedudukan dia kat mana so sume cam bingung je bila dah sampai sana.
"Weh, kat mana hah stesen dia?"
"Ntah?? Kat atas kot?"
"bukan ke kat bahagian tengah? Tapi aku tak ingat plak kat bahagian mana"
"takpe, kita tak tau ni laa nak kena tau"
Ok, sume dah nek atas tingkat 1.
"Eh?? Kat sini ke? Bukan ke kat bawah?"
"Eh? Ha'ah laa.. Kat bawah kan?"
Ok, sume turun bawah balik. Kami sumenya berlima.
"Hah, kat situ kan?"
Jalan depan sikit akhirnya jumpa!
"Haa, betol laa kat sini!"
Time nak beli tiket dah start wat jakun sebab kena guna vending machine.
"Camne ni?"
"Alaa, tekan-tekan je"
"Ok, aku try"
Akhirnya, lepas beli tiket nak kena naik LRT. Disebabkan sume orang tak penah pegi dan tak tau nak kena naik kat platform mana, so dorang ikut je aku masa tu disebabkan oleh aku jalan kat depan skali. Bila dah naik LRT sume yang tengah dok sibuk cakap-cakap dan borak-borak tetiba diam bila dengar; "next station is Bangsar".
"Wehhhh!!! Kita salah naik train kan?? Sepatutnya kita naik kat sebelah sana, arah ke Gombak bukan ke Kelana Jaya"
"Erkkk??"
Ok, lepas tu kitorang turun kat Bangsar dan tukar platform menghala ke Gombak. Dan time ni sume orang dah tergelak sesame sendiri. Salah naik train! Hahahahah. Kawan aku ada yang tengah lapar masa tu duk makan makanan ringan je. Isk, dah tau nak pegi jalan makan laa dulu sebelum pegi! Dan nasib baik dorang takde laa nak salahkan aku sebab aku yang jalan depan sekali pegi ke platform ke Kelana Jaya, lagipun masa aku tunjuk platform ke Kelana Jaya dorang duk angguk je so aku jalan jela. Uhuu~ takpe, ni laa namanya pengalaman. Ye dak? Then bila dah naik train kitorang trus tuju ke Kampung Baru dan bila sampai je trus snap gambar dan mulakan kerja kitorang. Ambik gambar sebanyak yang mungkin tuk memudahkan buat report nanti. Yang tak besh nya time tengah duk ambik-ambik gambar tetiba je hujan. Mula-mula ok lagi laa gerimis, boleh lagi laa nak jalan lagi. Kitorang ciap singgah kat gerai makan ais kepal lagi tu! Ais kepal beharga rm1!!! Cam tak caye pun ada sebab masa tu masing-masing dah kuarkan duit rm2-3 tuk bayar ais kepal skali dia cakap "rm1 je dik" sume macam tak caye! Tapi itulah kebenarannya! Lepas tu hujan lagi lebat, dah memang tak leh nak wat pe laa, so kitorang decide tuk balik je disebabkan kitorang rasa dah cukup kot gambar yang kitorang ambik dan masa tu dorang dah start planning benda lain.
"Eh, jom singgah memane dulu nak? Awal lagi ni"
"Nak pegi mana? Mid?"
"Oh, aku tak penah lagi pegi Mid dowh"
"Hah? Ko biar btol???"
"Btol! Aku tak penah lagi pegi Mid"
"Ok-ok, takpe! Jom kitorang bawak ko pegi Mid"
Hahah, cam tak caye je aku kawan aku ni tak penah pegi Mid. Bagos gila!

Sampai je kat Mid masuk trus pegi surau. Solat di utamakan dulu! Oh, lepas tu kitorang pegi laa jalan-jalan pusing Mid Valley. Then sebelum balik pegi makan kepsi dulu pastu solat maghrib then masa tuk balik ke U. Sampai-sampai je bersihkan badan, mandi, solat pastu trus tidur dan ke esokkan harinya kelas kul8 pagi! Oh!!! Penat tak terkata! Maka, berakhirlah sebuah cerita.
TAMAT!
* Mid = Mid Valley

Kat stesen Seputeh. Discussion group!

Walaupun panas tapi dorang semangat bertanya tentang apa yang perlu kitorang lakukan kat sana nanti.

Oh, this is my group members!

Salah naik train! bertukar ke platform yang sebenar. Sume dah kelaparan?

Hah, siap dengan peta kau!

Berlatar belakang kan KLCC. Oh,kitorang ingat nak pegi cari rumah biru yang slalu orang wat pengambaran kat dalam tv tu yang berlatar belakang kan KLCC jugak!

Ais kepal! Ni dah tinggal separuh! Oh, ngidam nak makan nasi lemak antarabangsa!

Ni laa orangnya yang tak penah pegi Mid. So kitorang dah penuhi impian dia. Hahhaha.

No comments:

Post a Comment