Tuesday, March 22, 2011

DILEMA

Ya, aku betul-betul dalam dilema sekarang ni. Dilema untuk memilih dan membuat keputusan! Dilema untuk memilih subjek elektif yang perlu aku ambik tuk sem depan. Oh, keliru, celaru dan fikiran tak menentu. Apa yang patut aku pilih? Jikalau aku tak memilih tuk sem akan datang adakah aku masih berpeluang untuk mengambilnya di masa hadapan (sem akan datang)? Sungguh! Sangat menggangu pemikiran aku, keputusan yang mungkin akan memberi kesan di masa hadapan, mungkin bagi orang lain untuk membuat keputusan memilih subjek elektif just a piece of cake but for me its not a piece of cake but the whole of cake! Samada memilih lecturer ataupun subjek yang di ingini sungguh susah tuk membuat keputusan. Subjek elektif yang di ingini tapi lecturer yang mengajar? Ermmm, so and so.. Mungkin akan memberi aku sedikit kesukaran; apakah aku tak sanggup menghadapi cabaran? "takkan kau takde matlamat?" ayat yang membuat aku tersentak sebentar memikirkan sesuatu, kebenaran! Ya, kebenaran! Takkan aku takde impian sendiri? Tapi bagaimana pula dengan pointer yang akan datang? Kesannya mungkin pada pointer. Adakah pointer itu sangat penting? Mungkin ya, mungkin tidak! Semua orang fikir kalau ambik subjek tu like u go to the hell. Ya, aku pun fikir begitu. Bagaikan mengambil risiko yang tinggi kalau ambik subjek tu, dah laa subjek teras (wajib) pada sem akan datang pun aku akan belajar dengan lecturer tu, mampu ke tuk aku carry kedua-duanya sekali? Argghhhhhhhhhhhhh!!!!! Serabut! Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku! Tapi dari rata-rata jawapan yang kawanku memberi jawapan apabila aku minta pendapat; kesemua daripada mereka berpendapat bahawa memilih subjek adalah lebih penting dari lecturer dan mereka menyuruhku supaya memilih subjek daripada lecturer. Bagi sesiapa yang membaca post ni anda di alu-alukan memberi pendapat dan nasihat. Sesungguh ia sangat membantu untuk aku membuat keputusan.

Subjek elektif yang tersenarai:
-Kimia alam sekitar lanjutan
-penilaian risiko dan kesihatan alam sekitar
-teknologi pengawalan pencemaran udara
-teknologi rawatan sisa merbahaya *what i mean above
-pemodelan sistem alam sekitar
-bioremediasi alam sekitar
-sistem tenaga alam sekitar
-rawatan air minum
>>> I need to choose 3 out of 8

1 comment:

  1. erk??aku yang jadi konfius bha..huhuu....em..pilih lah sub yang ko boleh bawa..lec tu..lain kira..wallahualam

    ReplyDelete