Tuesday, March 29, 2011
Down
Hari adalah hari yang sangat-sangat down bagi aku.. Bagaikan jatuh terjelapok ke tanah apabila melihat result test yang baru di keluarkan tadi. Sedih, bagaikan halilintar yang memanah diriku, tanpa kata, diam seribu bahasa! Lalu otak ligat memikirkan apakah yang telah terjadi? Kenapa begini dan kenapa begitu? Bagaikan tidak percaya, mahu disalahkan pada takdir? Oh, mana mungkin! Otak masih ligat berfikir mencari kesalahan diri, di mana salahnya diriku? Lalu, aku teringat akan entri ni yang penah aku post sebelum ini. Ya mungkin ada silapnya, mungkin aku dah lalai seketika daripadaNya. Mungkin aku kurang memohon daripadaNya. Dan sekarang aku perlu bangkin semula, demi masa depanku.. demi harapan kedua ibu bapa ku.. Dan aku memerlukan sokongan darimu wahai sahabat-sahabat ku. Sentiasalah berada di sisi ku, sentiasalah di sampingku, sentiasalah bersamaku kerana kamu sumber inspirasiku. Yang selalu memberiku kata-kata semangat dan dorongan, yang sentiasa di sisi ku di saat aku perlukan mu, yang sentiasa bersamaku di saat susah dan senang. Kita ketawa bersama apabila sedang gembira dan kita menangis bersama tika berduka. Jarak tidak akan dapat memisahkan kita, walau jauh di mata tapi kita dekat di hati. Terima kasih kerana sudi bersamaku dan minta maaf atas segala kekurangan ku, kerana diriku hanya insan biasa yang punya kelemahan dan tak bisa lari dari kesalahan. Semoga ikatan persahabatan kita hanya dapat dipisahkan dengan kematian dan semoga kita dapat berjumpa lagi di sana nan abadi. =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment