Kat sini aku nak share sikit camne nak atasi, hadapi dan tangani masalah ni. Cewah, cam pro je aku ni kan? Hahahah, koya gila aku nih!
- Apa-apa pun first kita mesti laa hindari. Cuba cari alternatif lain, means guna jalan lain. Dah tau jalan tu tiap-tiap hari memang slalu jam guna laa jalan lain. Bukan ada 1 jalan je kan? Tapi kalau memang itulah satu-satunya jalan yang ada nak buat camne lagi? Nak tak nak lalu jela dah takde jalan lain dah, kang tak pasal-pasal nak pergi tempat lain tempat lain pulak sampai yang tu aku tak tau.
- Guna pengangkutan awam. Haa,yang ni bagus tuk menggurangkan jumlah kenderaan di jalan raya. Murah, jimat kos dan tenaga. Tapi biasa laa mesti ada pro dan contra nya kan? Well aku pun kalau naik komuter memang sakit hati laa, dengan kena tolaknya dah 1 hal bila train penuh, bab himpit-himpit laki pompuan pun dah 1 hal, kalau dah himpit-himpit tu paham-paham laa, tak kurang jugak dengan si celuk saku. Yang ni ramai gak kawan-kawan aku yang kena tapi nasib baik laa sekarang ni dah ada coach wanita so takde laa macam dulu lagi, dah tak payah nak berebut-berebut dengan orang laki, foreigner, mat bangla dan mat indon. Tapi kan aku respect kat lecturer aku sorang nih dia takde kereta! Even dia datang fakulti naik penggangkutan awam. Nak kata dia tak mampu memang tipu laa, tapi dia memang sangat bagus! Sangat menjaga environment!
- Kalau boleh laa kan, kalau datang kerja ke apa ke biar laa penuhkan kereta tu. Aku ni payah sikit nak amalkan sebab ape, bukannya sume orang nak pegi destinasi yang sama kan? Dan bukan sume orang tinggal di kawasan yang sama tapi kalau boleh share, share laa kereta dengan kawan-kawan.
- Kalau berada dalam kesesakan lalu lintas kita memerlukan banyak kesabaran. Aku tak paham laa kenapa orang tak leh nak bersabar walaupun berada di jalan raya. Hey, ko nak cepat sampai orang lain pun nak cepat sampai gak boleh tak bawak bersabar sikit?! Ni tak asal nampak kosong je terus masuk laluan orang! Lagi panas kalau jenis potong sebelah kiri pastu tetiba je nak masuk laluan orang. Serius beb! Bikin panas! Sila pastikan anda berada di laluan yang betul dan tolong lah hormat pada pemandu jalan raya yang lain, anda nak cepat sampai orang lain pun nak cepat sampa jugak. Bawak bersabar, pandu cermat jiwa selamat dan ingatlah orang yang tersayang.
- Bagi yang berada dalam kesesakan jalan raya, aku paham perasaan korang. Boring kan? Dah laa penat-penat balik kerja pastu tersangkut pulak dengan kesesakan lalu lintas tapi takpe! Aku akan bagi tips supaya korang tak boring masa dalam kereta tengah tunggu traffic jam.
- Dalam kereta korang mesti ada radio kan? Tipu laa kalau kau cakap takde radio, mesti ada punya! kecuali laa kalau radio dalam kereta tu rosak, heheh. Hah, apa lagi kalau dah tahu boring buka laa radio dengar lagu yang korang suka at least boleh laa layan lagu tu dari korang duk menung tunggu jalan nak clear kan ok tu.
- Buat laa exercise yang ringan-ringan dalam kereta. At least takde laa rasa lenguh sangat duduk lama dalam kereta tu. Sambil dengar lagu sambil gerakkan badan. Ohoo~~ lupakan apa yang orang perkatakan bila nampak anda berbuat demikian tapi jangan laa sampai over sangat noh!
- Dalam-dalam penat baru balik kerja mesti lapar kan? Apa kata sebelum korang balik tu singgah laa gerai ke atau kedai kat tepi jalan tu beli goreng pisang ke keropok ke kacang-kacang ke so ada jugak laa aktiviti korang masa dalam kereta tu. Selain tu dapat laa jugak korang alas perut kan? Jangan lupa beli air sekali kang tak pasal-pasal tercekik mana kau nak cari air tengah-jengah traffic jam tu???
suatu ketika dahulu::
Aku: Naik komuter? (muka berkerut)
Kawan: Abis tu nak naik pe lagi?
Aku: Ko tau? aku lagi rela duk dalam kereta yang jalan jam daripada nek komuter yang sesak dan berhimpit-himpit tu!
Kawan: Aku pun sama!
Aku: Nak jumpa kat mana?
Kawan: Jumpa kat Mines jela, ang tak suka nek komuter kan?
Aku: Bagus laa. Trima kasih sebab memahami aku. huu~~
Kawan: Aku tau ang tak suka nek komuter.
Kawan: Abis tu nak naik pe lagi?
Aku: Ko tau? aku lagi rela duk dalam kereta yang jalan jam daripada nek komuter yang sesak dan berhimpit-himpit tu!
Kawan: Aku pun sama!
Aku: Nak jumpa kat mana?
Kawan: Jumpa kat Mines jela, ang tak suka nek komuter kan?
Aku: Bagus laa. Trima kasih sebab memahami aku. huu~~
Kawan: Aku tau ang tak suka nek komuter.
NotaKaki: Aku tak suka naik komuter yang bersesak-sesak dan berhimpit-himpit laki perempuan. Tapi sekarang dah ada coach wanita so its better than before. Tapi still tak berapa suka sebab nak kena tunggu lama. Isk!
No comments:
Post a Comment