Tuesday, April 26, 2011

Obesiti Punya Pasal Makanan Kat Kantin Sekolah Dipersalahkan?


15 JENIS MAKANAN LARANGAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menyenaraikan 15 jenis makanan dan minuman yang dilarang untuk dijual di kantin sekolah bagi menjamin kesihatan murid selain mengelakkan berlakunya masalah obesiti di kalangan mereka.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, antara makanan termasuk dalam kategori itu adalah mee segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan ringan yang berperisa dan mempunyai pewarna tiruan serta makanan yang diproses seperti daging burger, sosej dan nuget.


“Pada Mei nanti, kita akan berkongsi garis panduan ini dengan orang ramai dan mengedarkan kepada pengusaha kantin selepas mendapat pengesahan kerana ia masih di peringkat cadangan oleh kementerian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pertama Persatuan Pegawai Sains Kementerian Kesihatan (Asomh).

Bagaimanapun, kementeri katanya tidak menafikan selepas mengeluarkan larangan jualan makanan ini, kemungkinan pengusaha kantin akan membantah, tetapi apa yang perlu diberi penekanan adalah kesihatan kanak-kanak berbanding keuntungan yang dikaut.


Beliau berkata, senarai yang dilarang itu hanya tertumpu kepada jualan di kantin sekolah dan tidak meliputi jualan oleh penjaja makanan ringan di luar pagar sekolah.


Namun katanya, garis panduan kepada penjaja makanan ringan di luar pagar sekolah juga akan dicadangkan dalam masa terdekat.

Menurut Rosnah, jenis minuman yang dilarang pula adalah minuman yang mengandungi alkohol, teh dan kopi, minuman berkarbonat, minuman yang mempunyai bahan pewarna serta minuman berperisa kecuali susu berperisa.


“Walaupun isu nasi lemak hangat diperkatakan, namun di dalam garis panduan yang bakal dilancarkan bulan depan, nasi lemak termasuk dalam 60 menu makanan yang boleh diambil, namun perlu disediakan dengan cara yang lebih sihat seperti mengurangkan santan dalam nasi dan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan bilis,” katanya.

Lima lagi yang dilarang adalah makanan ringan yang berupa mainan, semua makanan yang disertakan dengan permainan, makanan jeruk, makanan dan minuman yang melepasi tarikh luput serta semua jenis makanan dan minuman yang melanggar Peraturan Makanan 1985.

Fast food!

Hahah, aku tak paham betul laa dengan masalah ni. Dulu aku rasa masa zaman-zaman aku sekolah dulu makanan-makanan tu jugak yang dia jual takde masalah pun? Kenapa tetiba sekarang ni benda ni jadi isu plak? Nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, keropok, nuget, sosej2 etc semua tu ada je jual dan aku sendiri ada je makan takde laa sampai obesiti pun? Budak-budak time tu aku rasa takde masalah pun dengan kegemukan, aku rasa bila masuk sekolah menengah pun benda yang sama jugak yang dia jual. Kalau kat coop tu memang banyak je jual gula-gula, wafel apollo, club 9, jajan-jajan bagai semua ada de jual, ada je yang beli tapi sampai jadi obesiti? Impposible!

Bagi pandagan aku laa kan, sekarang ni bukannya masalah makanan yang dia jual kat kantin sekolah tapi corak pemakanan yang mak bapak dorang ajar kat umah tu sebenarnya yang tak betul. Pembelajaran awal kanak-kanak bermula dari rumah kan? Kalau dah selalu sangat mak bapak ajar anak-anak dorang makan fast food sejak dari kecik lagi baru beberapa tahun dah bawak pegi makan kat mcD apa kes??? Aku sendiri bila tengok pun rasa terkejut, boleh plak bagi anak yang dalam setahun dua makan mcD? Aku rasa dulu pun mak bapak aku nak bawak makan kat kfc pun punya laa susah ni lagi laa setiap hujung minggu, paling best setiap kali malas nak masak..perghhhh!!! Mana tak nya jadi obesiti? Aku makan mcD pun masa kat U sekarang ni, baru laa merasa nak makan mcD kalau sebelum ni hmmm,haram!

Tapi kalau kat sekolah dia dah tukar pemakan murid-murid tapi kat luar still makan makanan fast food dengan junk food, adakah masalah obesiti ni dapat di atasi? Kat sekolah tak dapat makan, kat luar? Hentam jela. Bagi aku pape pun semuanya masih terletak pada mak bapak, kalau dah di didik dari kecik tentang cara pemakanan yang betul so dorang walaupun kat luar akan follow apa yang dah di ajar pada awal pemikiran dorang. Ibu bapa perlu bagi guideline pada kanak-kanak tentang apa yang baik dan buruk sesuatu makanan. Pengambilan makanan yang seimbang adalah perlu untuk kesihatan dan tumbesaran kanak-kanak. Bukankah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya?' Kalau dah jadi buluh baru nak lentur silap-silap boleh patah.


Kecik-kecik dah ajar makan makanan camtu mana tak gemuknya???

Beberapa hari yang lalu masa nak beli air kat jusco
Aku: Eh, distilled water?
Kawan: Gapo mu nih?
Aku: Air botol tu dia tulis distillation process, bukan ke distilled water ke tu?
Kawan: Hah? Mu biar betul? Gilo betul laa g jual distilled water.
Aku: Betul weh aku nampak masa lalu tadi.
Pegi kat bahagian jual air
Aku: Hah, mu tengok ni.
Kawan: Bior betul wei, boleh plak dia g jual air distilled water. Distilled water kan kosong (means takde sebarang ion even oksigen), aku boleh ambik air ni kat lab je kot.
Aku: Hahah, tau takpe! Ada jugak ke orang nak beli air ni?
Kawan: Kalau jenis yang nak beli yang murah mesti pakat beli je nih.
Aku: Hmm,macam2!

NotaKaki: Air minuman yang dalam botol tu dia ada banyak proses. Ada yang melalui proses penapisan (filtration), osmosis (reverse) dan penyulingan (distilation).

2 comments:

  1. mak ayah skrg terlalu sibuk dgn kerja..xde masa nk masak tuk ank2 so fast food la jln mdhnya tpi mak ak dlu kje gak but still leh msk tuk ktorg..ataupun ibu2 skrg dah xde skill memasak???erkkk still need to praktis....

    p/s:rmai mak ayah yang berjaya membesarkan ank2 tapi gagal mendidik...

    ReplyDelete
  2. ye,ak dlu pn mak ayh ak kje ok je. xde nya nak mkn kedai..sbb dah t'biasa t'didik mcm tu, x dibiasakan dgn makanan2 fast food.. mcD, pizza, domino's siyes ble ak blaja jauh duk hostel (start dri matrik) baru ak knl benda2 ni sume. klu sblm ni xpnh laa nk merasa,stakat tgk dlm iklan je, skrg ni pn klu mkn mmg sgt jrg laa

    ReplyDelete