Friday, April 22, 2011

Pesta Buku Antarabangsa,PWTC


Adoiwehhh... Lengguh sungguh laa aku hari ni. Puas seharian duk g jalan-jalan, men kejar-kejar, penat sungguh laa. Mula-mula gila semangat + excited + teruja macam-macam perasaan ada mula-mula nak pegi sana. Bila dah sampai memang excited laa kat dalam tu teruja tengok buku banyak-banyak tapi kan.... Adoi laa, ada 1 benda yang aku tak suka bila ada promoter jual barang duk ikut, kalau barang beh takpe gak wei. Tolong laa bagi ruang kat orang nak jalan-jalan kat situ ni duk ikut jugok, dah laa paksa-paksa suruh dengar! Adoweii, tolong laa paham kalau orang dah kata tak nak tu tak nak laa ni nak paksa jugok. Dah laa dia punya booth banyak gila dalam tu, g conquer kat situ dah 1 hal dengan geng-geng dia pulak ramai berterabur kat situ. Huh,penat laa nak buat drama sebabak dalam tu. Isk!

Tak cukup lagi masa balik ke U takpasal-pasal kena jalan kaki dari fakulti ke kolej. Aloha, penat laa duk meredah padang tengah-tengah malam dalam gelap plak tu, memang berani sungguh laa gara-gara pakcik bas tu cakap bas last masuk kolej baru je lalu. Dah laa tengah-tengah duk jalan tu boleh plak nampak ada bas masuk lagi kolej! Waaaaaaaaaaa~~~ Sampai hati sungguh pakcik buat saya camni. Tak pasal-pasal berjalan kaki balik ke kolej, memang betul-betul exercise laa aku arini, sadis sungguh laa.

Ok, dah tak nak cerita pasal benda mengarut tu, back to the main point! Sebenarnya tadi aku pegi pesta buku kat PWTC. Memang banyak gila laa buku dalam tu yang dia jual. Cakap je nak buku apa semua ada, dari buku ilmiah, fiksyen, novel, majalah, komik dan macam-macam lagi laa dengan penerbit yang berbeza-beza dari telaga biru, jemari seni, saujana publication, dll semua ada dalam tu. Memang bagus laa tuk sesiapa yang suka dan minat membaca buku, dan time tu boleh laa dapat diskaun harga buku kalau beli masa tu. Tapi tadi pun masa aku pegi memang ramai gila laa orang walaupun hari jumaat tapi kalau pegi weekends lagi laa aku tak tahu nak cakap apa, better pegi weekdays laa aku syorkan kalau tak bersesak-sesak laa dalam tu even dalam surau pun nak kena beratur panjang sebab ramai orang. Huuu~ ok aku dah penat nak tido. Salam~

NotaKaki: Sila bawa duit yang banyak sebab nanti anda mesti teruja melihat buku yang sangat banyak dan bersiap sedialah untuk melarikan diri dari promoter bila ke sana nanti ye? ;)

SELAMAT BERKUNJUNG KE PESTA BUKU ANTARABANGSA DI PWTC! =)


Maaf ni yang tahun lepas punya, yang tahun ni 22 April - 1 Mei 2011.

No comments:

Post a Comment