Thursday, October 18, 2012

KESAKITAN & KEBANGKITAN

Bismillah...
Alhamdulillah, terima kasih untuk kesakitan yang Engkau berikan ya Allah.. Kerana dengan kesakitan ini aku terus gagah untuk bangkit kembali. 


Ya, ada dua kesakitan; kesakitan yang menyakitkan dan kesakitan yang merubah diri seseorang. Dan aku baru sahaja melalui kedua-dua kesakitan ini. Kesakitan yang menyakitkan hampir seminggu dan dari kesakitan itu telah merubah aku menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Dan melalui kesakitan itu juga aku telah belajar untuk bangkit kembali dari terus menerus dibelenggu kesakitan. Hebatnya air mata, dari kesakitan aku telah menumpahkan air mataku yang bagaikan tersekat sebelum ini, dan dari air mata itu aku ketemui kekuatan untuk bangkit kembali. Bangkit dari terus menyakitkan hati dan diri sendiri kerana aku tahu masih ramai yang menyayangi diriku, aku masih ada sahabat yang selalu membahagiakan, yang selalu menceriakan, dan yang selalu disampingku. Tidak sanggup aku korbankan mereka hanya untuk seseorang yang tak layak untuk nilai air mata yang telah ku tumpahkan. Masih ada ramai lagi yang perlukan ku, mengharap aku berada disamping mereka disaat mereka resah dan gelisah, disaat mereka perlukan aku tuk meluahkan segala kegundahan, dan disaat mereka perlukan kekuatan dariku tuk meneruskan hidup dengan semangat yang kian pudar. Sungguh, aku sayang mereka seperti mana aku sayang kepada Allah, seperti aku sayang kedua ibu bapaku dan keluargaku kerana tanpa mereka siapalah aku?

Terima kasih untuk menyakiti ku, kerana dengan itu aku menjadi semakin kuat!

No comments:

Post a Comment