Saturday, October 27, 2012

Cara Yang Terbaik



Bismillahirrahmanirrahim...

Allah mengetahui yang terbaik, akan memberi kesulitan untuk menguji kita, kadang Ia pun melukai hati kita, supaya hikmahNya tertanam dalam. Jika kita kehilangan cinta maka pasti ada alasan disebaliknya,

Alasan yang kadang sulit untuk dimengertikan namun kita harus tetap percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberikan yang lebih baik. Ingatlah bahwa kita mungkin menemukan cinta dan kehilangannya, tetapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu ikut mati bersamanya.

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur? Ketika kita menangis? Ketika kita membayangkan?

Ini kerana hal Terindah di dunia tidak terlihat.. kadangkala, orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakiti hati kita. Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan ,ada orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan.

Tetapi ingatlah,melepaskan bukanlah akhir dari dunia,melainkan awal dari suatu kehidupan baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yg menangis,mereka yg tersakiti, yang telah mencuba dan mencari,

Kerana merekalah yang menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Pepatah mengatakan,

Cinta yang agung adalah ketika kita menitikkan air mata dan masih peduli terhadapnya, ketika dia tidak mempedulikan kita dan kita masih menunggunya dengan setia, ketika dia mencintai orang lain dan kita masih mampu tersenyum sambil berkata “aku turut bahagia untukmu”…

Sakit patah hati bertahan selama kau menginginkannya dan akan mengiris luka sedalam kau membiarkannya.

Tantangannya bukanlah bagaimana boleh diatasi melainkan apa yang boleh diambil sebagai pelajaran dan hikmahnya.

Orang terkuat bukanlah mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh.

Cinta bukannya perkara menjadi “orang sempurna”. Justeru perkara menemukan seseorang yang boleh membantu menjadikan dirimu menjadi sempurna.

Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang, bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita "Melepaskannya."

p/s : BAHAGIA yang menerpa tidak kekal selamanya.. Begitu juga dengan DERITA yang sering mengalirkan air mata kita... Jangan sesekali kita LUPAAllah sentiasa ada untuk kita... BE STRONG...

p/s/s : ‎"Terkadang kamu melepaskan seseorang, bukan kerana kamu berhenti mencintainya, tapi kerana sebesar apapun usahamu, dia tetap tak mencintaimu"

p/s/s/s : I saw you, but i can't reached you, I heard you, but i can't talk to you, But i'm always look after you without you knowing...

Thursday, October 18, 2012

KESAKITAN & KEBANGKITAN

Bismillah...
Alhamdulillah, terima kasih untuk kesakitan yang Engkau berikan ya Allah.. Kerana dengan kesakitan ini aku terus gagah untuk bangkit kembali. 


Ya, ada dua kesakitan; kesakitan yang menyakitkan dan kesakitan yang merubah diri seseorang. Dan aku baru sahaja melalui kedua-dua kesakitan ini. Kesakitan yang menyakitkan hampir seminggu dan dari kesakitan itu telah merubah aku menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Dan melalui kesakitan itu juga aku telah belajar untuk bangkit kembali dari terus menerus dibelenggu kesakitan. Hebatnya air mata, dari kesakitan aku telah menumpahkan air mataku yang bagaikan tersekat sebelum ini, dan dari air mata itu aku ketemui kekuatan untuk bangkit kembali. Bangkit dari terus menyakitkan hati dan diri sendiri kerana aku tahu masih ramai yang menyayangi diriku, aku masih ada sahabat yang selalu membahagiakan, yang selalu menceriakan, dan yang selalu disampingku. Tidak sanggup aku korbankan mereka hanya untuk seseorang yang tak layak untuk nilai air mata yang telah ku tumpahkan. Masih ada ramai lagi yang perlukan ku, mengharap aku berada disamping mereka disaat mereka resah dan gelisah, disaat mereka perlukan aku tuk meluahkan segala kegundahan, dan disaat mereka perlukan kekuatan dariku tuk meneruskan hidup dengan semangat yang kian pudar. Sungguh, aku sayang mereka seperti mana aku sayang kepada Allah, seperti aku sayang kedua ibu bapaku dan keluargaku kerana tanpa mereka siapalah aku?

Terima kasih untuk menyakiti ku, kerana dengan itu aku menjadi semakin kuat!

Monday, October 15, 2012

"JIKA ENGKAU BERANI PINANGLAH AKU"



"JIKA BERANI PINANGLAH AKU"

Jika benar engkau suka kepadaku,
Jika benar engkau cinta kepadaku,
Jika benar engkau sayang kepadaku,

Maka datanglah ke rumahku, temuilah kedua orang tua ku, katakan semua itu kepada Ayah dan Ibu ku, Dan pinanglah aku kepada mereka.

Jika engkau telah yakin, dan jika engkau telah siap membangun bahtera rumah tangga nanti, maka ikatlah aku dalam sebuah ikatan pernikahan yang suci.

Engkau berani bukan?... Jika engkau beralasan masih belum berani, Jika engkau beralasan masih belum siap, 

Maka ku anggap engkau hanya mahu main-main saja dengan diriku, Ku anggap engkau hanya ingin menjadikan aku sebagai pacarmu saja tak lebih dari itu..

Maka ku katakan kepadamu, Jangan engkau terlalu berharap aku akn menerima cintamu.

Biar sajalah aku merasa nyaman dengan kesendirianku. Aku hanya akan mempersembahkan diriku seutuhnya kepada pasangan halalku nanti. Bukan untuk yang hanya mau main-main dengan hatiku. Terlalu berharga hatiku untuk dipermainkan. 

Begitulah caraku melindungi hati dan diriku. kefitrahan dan kehormatan akan selalu ku jaga sampai tiba masanya nanti. Aku tak mau menjerumuskan diri pada apa yang telah dilarang Agama. Aku tak mau menjadikan kebebasanku akan menghancurkan masa depanku. Yang hujung-hujungnya menjadikan diriku bersedih dan meratap dalam penyesalan yang berpanjangan.

Sungguh aku tak mau hal itu terjadi pada jalan hidupku.


Kata hatiku: kalau berani sila lah datang ke rumah. Rasanya sebelum ini aku dah penah mencabar seseorang tuk datang ke rumah, ber'ia benar katanya nak datang ke rumah tapi disebalik itu terdapat sandiwara. Beranikah? Semakin lama aku dah semakin faham dengan perangai lelaki, terima kasih ya Allah atas ujian yang Engkau berikan kepadaku. Dan kini aku tahu segalanya. Bermain dengan hati dan perasaan memang payah apatah lagi nak mengawalnya. Sungguh, wanita itu lemah dan lembut hatinya. Walau sekuat mana pun dia atau sekeras mana pun dia, pasti akan ada satu saat dia akan 'jatuh' dan tak mampu lagi tuk mengawal hati dan perasaannya. Perasaan yang hanya dipendam dan amat menyakitkan. Oleh itu, wahai lelaki di luar sana.. Janganlah kalian membuat wanita di luar sana jatuh hati kepadamu jika hanya untuk dipermainkan hatinya dan anda tiada niat untuk berkahwin dengannya, kerana 'sakit' yang dihadapi hanya Allah saja yang tahu, lebih pahit dari hempedu dan lebih sakit dari tusukan sembilu. Simpanlah kata-kata keramatmu "sayang" dan "rindu" itu buat insan yang teristimewa setelah di ijab kabulkan dan bukan untuk mana-mana wanita yang masih belum halal bagimu, bantulah mereka menjaga hati mereka yang rapuh dan lembut itu. Bukan senang untuk mereka menjaga hati kerana terlalu banyak ujian dan dugaan buat mereka. Bantulah mereka, kasihanilah mereka. Akhir kata; JAGA DIRI, JAGA IMAN, JAGA HATI.

Ikhlas dariku yang masih merasa 'sakit' dihati,

Salam santun salam Ukhuwah fillah...

Monday, October 8, 2012

Serabut Vs Celaru


Bismillah... "rabbi yassir wala tu'asir" Ya Allah permudahkanlah dan jangan engkau susahkan... Ya, sekarang aku berada di bawah keadaan di mana semua benda berada di titik tengah pemikiran. Semua benda perlu difikirkan dan diselesaikan dalam masa yang sama termasuk soal hati dan perasaan. Sejauh mana pun aku lari, masalah ni tetap ada seolah-olah tak boleh berenggang denganku. "You make me scared, ko ingat senang nak jaga hati?" ye, memang susah sangat bayam, tapi aku akan cuba sehabis baik tuk jaga hati aku. Aku tak boleh lari then i must faced it! Dan tuk hadapi ni sume bukan senang, seriously bukan senang! Dalam masa yang sama perlu fikirkan tentang projek fyp yg still hold on, serious aku tak dapat bayangkan kalau aku tak dapat siapkan projek nih T_T.. Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku, ameen. Semoga aku tetap kuat dan tabah mengharungi ujian dan dugaan dariMu ya Allah. 

Untuk soal hati dan perasaan, aku memang ambik serious akan hal ni. Benda yang bagi aku tak boleh dibuat main-main. Mungkin bagi orang lain, ya boleh dibuat sebagai gurauan tapi bukan saya. "Marriage is a matter of life" memang betul tu, perkahwinan adalah tentang kehidupan bukan tuk masa sekarang je tapi soal masa depan. Dengan siapa kau akan hidup tuk the rest of your life, kebahagiaan atau penderitaan? Orang yang akan bawa ku ke syurga bersama-samanya kelak. Sebab tu aku sangat ambik serius akan hal ni. Lagi satu, tolong jangan buat aku perasan, jangan bagi harapan, jangan terlalu ambik berat pasal diriku sebab tu semua akan buat aku terperasan sendiri. Tengok? Susah kan nak jaga hati? Mungkin bagi orang that's small the matter but it's not me! Jangan bagi harapan dan buat tu semua kalau takde niat apa-apa atau just untuk suka-suka sebab benda tu sangat sakit bagi orang lain. Kesakitan yang tak dapat dilihat oleh mata kasar tapi sakitnya lebih pedih dari tergores dek sembilu. 

p/s: Allah takkan uji seseorang itu kalau Dia tau kita tak mampu tuk harungi semua tu. =)