Jika Bumi Bisa Bicara
Setiap bekas makanan mempunyai jenis-jenisnya yang tersendiri. Anda boleh lihat label di bawah bekas makanan anda. Saya tahu masih ramai yang tidak mengetahui maksud simbol-simbol yang tertera di bawah bekas makanan anda. Di sini saya sertakan sedikit penerangan berkaitan simbol-simbol yang tertera beserta jenis dan kesan-kesan bahan tersebut.
1. PETE (polyethylene terephthalate)
Keadaannya yang jernih dan boleh dilihat isi kandungannya ,selalunya digunakan untuk botol plastik seperti botol air mineral atau botol air gas. Bahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja,kadang-kadang di rumah, kita akan menggunakan semula botol tersebut dengan menambahkan air suam kedalamnya,ini boleh memberi kesan jangka panjang seperti kanser.
2. HDPE (high density polyethylene)
Selalunya digunakan pada botol susu yang berwarna putih susu. Apabila kita hendak beli botol susu digalakkan lihat dahulu kualiti dan jenis botol susu itu, kalau boleh yang disahkan keselamatan penggunaannya.
3. V atau PVC (polyvinyl chloride)
Digunakan pada plastik pembungkus dan botol-botol ,ia akan menyerap pada makanan jika dipanaskan. PVC berpotensi mengakibatkan kesan bahaya pada ginjal dan hati.
4. LDPE (low density polyethylene)
Biasanya digunakan untuk tempat makanan dan botol-botol yang lembek. Barang dengan kod 4 tidak dapat di hancurkan tetapi baik untuk tempat menyimpan makanan.
5. PP (polypropylene)
Adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk meletak atau menyimpan bahan makanan dan minuman .biasanya boleh didapati pada botol transparen yang tidak jernih .Kita digalakkan mencari simbol seperti ini apabila membeli barangan buatan plastik.
6. PS (polystyrene)
Kebanyakkannya digunakan sebagai bahan membungkus makanan, Bahan Polystyrene boleh memresapkan styrine ke dalam makanan. Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem saraf.
7. Other (biasanya polycarbonate)
Polycarbonate boleh mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosak sistem hormon. Kita digalakan menghindari bahan plastik Polycarbonate.
Dan untuk lebih baik lagi, sila guna bekas yang mempunyai simbol BPA FREE. Ini adalah yang terbaik daripada semua jenis bekas makanan. Walaupun harganya sedikit mahal tapi bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati? So, fikir-fikirkan demi kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan alam sekitar. Dan jika anda lihat serta baca di sini , di sini dan juga di sini anda dapat mengetahui serba sedikit keburukan dan kesan-kesan penggunaan polisteren dan beberapa cara pencegahan yang boleh anda lakukan.
Bagi mengatasi masalah ini terdapat juga agensi-agensi yang bergiat aktif melancarkan program bagi memastikan kehijauan bumi ini terus terpelihara. Antaranya anda boleh lihat di website ini cleaner greener penang bahkan ada juga sekolah yang membuat program seperti itu contohnya seperti sekolah Han Chiang High School dimana mereka mempromosikan kehijauan kekal terpelihara. Bahkan program seperti ini patut di contohi di negeri-negeri lain, di sekolah-sekolah, serta IPTA dan IPTS yang lain. Di harap masyarakat luar menyedari akan kepentingan menjaga alam sekitar agar ia tetap indah dan terpelihara.
No comments:
Post a Comment