Ni adalah post status dari cousin aku kat fb. Untuk pertama kali aku baca post ni sebenarnya aku tak dapat tangkap makna yang tersurat dan tersirat yang ingin dia sampaikan, dan lepas dua tiga kali aku baca, baru aku tersedar sesuatu. Lama aku memikirkannya, betulkah? Dan akhirnya aku dapat jawapan... Memang benar apa yang diperkatakan. Walau pada mulanya aku seakan tidak mahu mengakuinya dan kemudian aku sedar ianya tak seperti yang kita sangkakan. Masakan orang lain boleh memahami perasaan kita yang terpendam rapi di lubuk hati? Bahkan yang tersirat amatlah susah. Bila melihat pada diri sendiri, ya sebelum ni aku mengharapkan agar orang lain/sahabat mengerti apa yang ada di hatiku walaupun tidak diungkapkan. Dan kini aku sedar bahawa hanya DIA yang mengetahui apa yang ada di lubuk hatiku, hanya DIA yang mengetahui tanpa perlu bercerita panjang kerana DIA lebih dekat dengan jiwa tanpa perlu kata-kata.
p/s/s: Sebenarnya ayat di atas adalah dari lagu Bahasa Jiwa by Maidany
No comments:
Post a Comment