Haluuu...!!! (^^)V
Baru dua hari start kelas aku dah rasa tak bermaya. Nak kata penat sehari ada dua kelas je pun, paling banyak pun tiga kelas tu pun sejam tiap satu tapi tu laa kan baru merasa jadi budak final year, kena wat tesis so agak kejutan budaya laa skit. Bukan apa sebernanya aku agak cuak sebab aku tak start apa-apa pun lagi stakat baru nak wat proposal dah tak tentu arah dah hidup aku. Mana taknya semalam aku hantar proposal dah kena reject atau dalam erti kata lain nak kena betulkan balik hampir semua jugak laa lebih kurang macam kena buat semula je..? Hmm~ disebabkan supervisor aku adalah seorang yang sangat perfect? Mungkin barangkali so banyak yang aku perlu top-ups lagi secara details. Ko ingat senang ke nak jawab soalan dia kalau kena soal. Mana taknya supervisor aku tuh memang dah biasa jadi panel yang mana kelebihan orang yang dah biasa jadi panel ni dorang boleh detect kelemahan walaupun secara kasarnya nampak perfect. Huh, scary kan? Tapi disebabkan kitorang pun baru belajar nak wat tesis, yela undergraduate laa kata kan so nasib baik supervisor aku takde laa nak 'smash' atau 'hentam' kalau buat salah. Well, ada lagi satu benda yang dari masa cuti aritu aku selalu terfikir iaitu pasal selfish. Macam mana laa nanti aku nak ambik sample ye? Ada ke orang nak tolong aku nanti..??? Pape pun aku masih berserah dan pasrah disebabkan aku tak tahu apa akan belaku pada masa akan datang. Cakap pasal ni aku teringat tadi roomate aku ada cakap dia beruntung sebab selalu de orang tolong dia dan dia cakap kalau dia sorang-sorang mesti tak boleh nak survive. Mungkin kat situ ada pro dan cons. Pro sebab ada orang selalu tolong dia, cons sebab nanti bila dah keje ada lagi ke orang akan tolong dia? Hmm, tak pe laa rezeki masing-masing kan? Bak kata kawan aku; rezeki ada dimana-mana. Usaha tu penting! Tahu..!?? =) Ok, pape pun ni baru permulaan, takkan aku dah nak putus asa kan? Nak yang terbaik kena laa usaha lebih skit kan? Btol tak? Heheh, k laa kalau rajin aku post lagi ye? Adios~
p/s: Bayam ko dah halfway tapi aku baru on the way.. T_T
huhu halfway yg penghujungnya macam jalan mati jer..ko ade 2 sem lgi kot...fighting..u can do it dear,,
ReplyDelete