Thursday, February 9, 2012

Kehadapan LELAKI ku..




kehadapan LELAKI ku....

saat kau mula mahu berkawan denganku...

janganlah kau beri layanan istimewa kepadaku...

aku takut aku terpikat dengan keperibadianmu...



kehadapan LELAKI ku....

sekiranya kau mahu lebih mengenali hati budiku...

usahlah kau memberi ucapan manis buatku....

aku bimbang aku terbuai dengan kata2 keramat mu itu...



ke hadapan LELAKI ku...

andai janji2 dan harapan2 itu bukan untukku...

janganlah kau terus-terusan menabur janji dan harapan palsu...

aku khuatir aku  takkan mampu hapus semua janji2 itu dari ingatanku...



kehadapan LELAKI ku...

biarkan aku tetap jadi diriku yang dulu....

aku yang tak pernah memikirkan cinta yang satu itu...

aku tak mahu perasaan itu mendera aku...

kerana... untuk menolaknya..sungguh aku tak mampu,..



jadi... kehadapan LELAKI....

jangan pernah kau dekati aku...

andai layanan istimewa itu hanya sebuah lakonanmu....

jangan pernah katakan kau sentiasa rinduiku..

andai ucapan itu hanya pemanis bibirmu...

jangan pernah kau tabur janji dan harapan palsumu..

andai kau hanya mahu mempermainkanku...

jangan sesekali berikan cintamu padaku...

jika akhirnya kau akan pergi meninggalkan ku....



No comments:

Post a Comment