Hohoho, Hepi Chinese New Year! Eh? Tetiba? (apa aku mengarut nih?). Ni sebenarnya aku nak cerita pasal pengalaman aku panjat Bukit Broga. Well, nice and full of experience! Kira ok laa sekali seumur hidup kan, kalau panjang umur boleh laa pegi lagi, errrr~ mungkin tak kot??? hahah. Haa,munkin lepas nih dah jarang nak update sebab akan busy sikit pasni, tapi bukan sebelum ni aku memang jarang update ke? Heh!
Well, dari perancangan kami sepatutnya kami bertolak ke sana dari uni pukul 5 tapi biasa laa pasti akan ada yang lambat, itu ini itu ini dalam pukul 5.30 pagi baru kami bertolak ke sana. Dalam perjalanan tu semuanaya ok laa, kami selamat sampai kat sana dalam pukul 6.20 pagi tapi pada mulanya kami ingat kat sana takde orang langsung jadi agak menakutkanlah bagi kami yang semua perempuan ni, yela mana tahu pape jadi kan sape nak tolong? So kami decide tuk sembahyang subuh dulu kat surau berdekatan. Lepas sembahyang kitorang pegi balik kat tempat tu dan tengok-tengok dah ada kereta kat situ means dah ada orang lah kan? Masa tu dah nak dekat pukul 7 pagi. Then, panjat lah kami berlapan kononya nak pegi tengok sunrise tapi memang tak sempat lah kan sebab kalau nak tengok sunrise at least pukul 7 dah ada kat atas sana tu tapi kitorang still duk panjat lagi kat bawah mana nak nampaknya. Well, sebenarnya nak naik atas tu agak jauh gak laa nak kena jalan, dalam 1.7km kalau ikut signboard dia tu. Nak panjat tu agak mencabar gak laa sebab naik bukit memang perlukan stamina yang tinggi dan perlukan tenaga yang lebih. Nak panjat bukit dengan jalan saja beza kot kalau jalan je ok lagi laa tapi bila dah nak kena naik cerun memang perlukan tenaga laa. Masa sampai kat tengah jalan, kira dah 3/4 tinggi bukit tu kitorang jumpa sorang aunty nih kalau korang nak tahu umur dy dah 50 tahun tapi still kuat tuk panjat Bukit Broga tu kitorang yang muda belia remaja ni baru separuh jalan dah semput termengah-mengah. Aunty tu cakap 3kali dalam setiap minggu dia akan panjat bukit tu, kiranya dia panjat bukit tu sebagai exercise tuk dia, well aunty wa salute sama lu!!! Huhuhu~ then kitorang sambung panjat sampai lah ke puncak yang pertama. Lepas rasa nak tercabut segala organ dalaman dan kaki tangan akhir nya sampai jugak kami ke atas. Dalam masa nak sampai ke puncak tu sebenarnya paling mencabar sebab apa? Sebab dia punya cerun tu mak aii 90 degree kot! Ok tipu takkan 90 degree, ada laa lebih kurang dalam 85 degree. Nak panjat tu rasa nak merangkak je tapi memang merangkak pun sikit-sikit yela takut jatuh tergolek memang innalillah laa ak kat situ, memang tak sempat nak kahwin laa jwbnya. Heh! Pape pun ianya satu kepuasan bila dah ada kat puncak walaupun sampai puncak ke-2 je sebab nak naik sampai puncak ke-3 sangat extreme dan bahaya so kitorang decide tuk tak panjat naik.
Masa nak balik pulak memang nak nangis gila-gila laa sebabnya masa nak naik ko kena panjat bukit kan? Bila nak turun nak kena turun bukit laa pulak, setakat turun bukit biasa tu ok lagi ni yang ko panjat bukit 85 degree tu masa nak turun lagi gerun kot rasa cam tak nak balik pun ada sebab tak nak turun bukit yang curam tu. tapi syukur sebab akhirnya berjaya jugak turun dengan selamatnya. Masa nak balik ke kereta tu kitorang terserempak dengan 1 group dak laki, kereta dorang pancit. Mulanya dorang nak pinjam tools tuk tukar tayar tapi malangnya tak muat pulak bolt tu nak buka tayar dorang, then mintak tolong kitorang tuk pegi hantar diorang ke workshop berdekatan. Pada mulanya keberatan lah jugak sebabnya lepas panjat bukit tu kitorang cadang nakpegi berkelah mandi sungai then masa balik nak pegi kilang Barley's (kilang coklat) tapi sebab kesian so pegi laa tolong hantar ke workshop tapi sebenarnya kat pekan berdekatan tu takde workshop pn stakat kedai motor ada laa. Then kami ualang alik 2 kali jugak laa sebab still xdapat saiz bolt yang dikehendaki. Tapi pada masa tu ada jugak orang lain yang tolong dan mungkin bernasib baik dapat laa pinjam saiz bolt yang tepat tuk tukar tayar. Fuhhh! Lega! Tapi sebenarnya agak lama jugak lah kami tunggu hampir sejam jugak kami terkandas dengan 5 orang dari kami jadi cagaran kat kedai motor tu sebab uncle tu tak caye kat budak tu masa nak pinjam tools sebab sebelum ni dia dah penah kena tipu. Huhuu, pape pun lepas tu kami ke Sungai Tekala kononnya nak berendam lah kat situ. Best sebab masa tu tak ramai orang yang tak best sebab ada monyet! Dalam-dalam tengah seronon mandi monyet tu boleh pulak datang curik makanan so terus spoil mood then decide balik uni jela pastu. Around kul 2 kami sampai uni, tapi kesian kat kawan sebab sepatutnya dia balik ke kuantan pukul 2 tapi masa dah drag banyak kat Broga nak pegi kilang Barley's pun dah tak jadi. =(
Anyway, it much fun and wonderful experience ever! =) Oh, budak yang kami tolong tu sebenarnya budak UIA, kos engineering. Huhuu~
Sedikit sebanyak gambar dari puncak Bukit Broga. =)
wah! saya nak naik hujug minggu nih! dengan selalu malas nak exercise, cam insaf plak, bila tau nak naik nih, stamina kena baguih.
ReplyDeletetapi nak naik jugak!
btw, cerita hang memang bagi maklumat yang baguih, kiranya, kalao subuh dekat bawah pun, cam susah la nak tengok sunrise? at least naik kol 6. tapi nak solat kat mana pulak ya kalau cerun 85 darjah tuh..
asalkan dapat naik suda la..
hahah..naik laa best kot bila dah sampai kat atas.. besanya org pnjt sblm subuh dlm kul4 or 5 pagi tapi kalau kul6 ok lg laa..bab solat bleh solat kat ats bukit tu ada tmpt lapang tapi make sure ada wuduk laa.. =)
ReplyDeletealaa cerun 85 darjah tu bleh je naik, dun worry laa nak turun je sebenarnya b'masalah.. heheh have fun ya?